CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Wednesday, December 31, 2008

Tanggal Terakhir 31 December 08

Berakhirlah sudah tahun 2008...
Akan bergantilah hari baru bagi tahun 2009....
Begitulah kita...setiap yang lama akan berganti yang baru...
Begitu juga dengan usia...makin lama makin meningkat.....

Januari > Februari > March > April > May > June > July > August > September > October > November > December

Bulan berganti bulan...hari berganti hari.....
Begitulah seterusnya sehingga hayat dikandung badan..

Banyak kenangan Manis & Pahit semasa menempuh tahun 2008
Banyak yang indah....memang susah utk dilupakan...
Abdikanlah semua kenangan dalam lipatan sejarah agar ianya sentiasa berada didalam ingatan walaupun tahun terus bertukar....


SELAMAT TINGGAL 2008
&
SELAMAT DATANG 2009

Tuesday, December 30, 2008

Beginilah.....

Penyakit lama datang kembali......
Dapat gaji...shopping kasut dulu...Sebab apa panggil penyakit..mana tak nyer,kalau tak beli aku akan teringat-ingat...bukan tu penyakit nama nyer.Tambahan pulak kalau memang nak berjalan semuanyer nak baru..

Sebulan beli sampai 2 pasang,giler lah Yan..tapi memang dah mengancam beb..1 pasang kasut tumit tinggi & 1 pasang lagi kasut leper...Tapi aku sendiri pun hairan bila masa aku nak pakai kasut high heels tu?????

Monday, December 29, 2008

Salam Maal Hijrah 1430m

SALAM MAAL HIJRAH 1430 masihi
29.12.2008 (1 muharam 1430 m)

Sunday, December 28, 2008

Juara SEHATI BERDANSA 2

Akhirnya......
Pasangan LISDA & FAUZI telah berjaya mendapat gelaran JUARA SEHATI BERDANSA 2.Memang pasangan ini yang aku suka utk merebut gelaran itu.


2 Pasangan akan bertanding dalam merebut gelaran JUARA SEHATI BERDANSA 2.
Pasangan2 tersebut ialah :-

a) Amyza & Khairil
b) Lisda & Fauzi

Saturday, December 27, 2008

Romantik nyer......

Alamak....kenapa aku nie???????

Sat bila lak pandai romantik2 nie.....sakit ke hehehehehe

Bila lak aku boleh berpeluang macam nie?

Merasa sesuatu yang belum pernah aku rasa......

Bukan tak teringin,tapi masih mencari.......

Mencari yang boleh memberi kasih & sayang seperti gambar diatas......

Adakah aku akan jumpa?

..........

........

......

....

..


Tapi sampai bila...........
Aku harus mencari.....

Wednesday, December 24, 2008

:: I do it just for you ::

Look into my eyes
You will see
what you mean to me
Search your heart
Search your soul
And when you find me there you'll
Search no more
Don't tell me it's not worth tryin' for
You can't tell me it's not worth dyin' for
You know it's true
Everything i do
I do it for you

Look into your heart
You will find
There's nothin' there to hide
Take me as i am
Take my life
I would give it all i would sacrifice
Don't tell me it's not worth fightin' for
It help me when there's nothin' i want more
You know it's true
Everything i do
I do it for you

There's no love
Like your love
And no other
Could give more love
There's nowhere
Unless you're there
All the time
All the way

You can't tell me it's not worth tryin'for
I can't help it there's nothin' i want more
Yeah...i would fight for
I'd lie for you
Walk the wire for you
Ya i'd die for you
You know it's true
Everything i do
I do it for you



p/s : Songs from Bryan Adam....memang menyentuh perasaan....


Tuesday, December 23, 2008

Alahai Atuk & Opah

Dah 2 hari opah berada di rumah aku....Buat masa nie mereka akan dijaga oleh Family aku.Inilah dugaan yang perlu aku & Family tempuh.Kalau nak tahu,aku pernah cerita yang dalam blog,Opah aku tidak boleh berjalan,sebelah badan tak boleh bergerak.Dah lama kalau tak salah aku dah masuk 7 bulan.Dah macam2 usaha & berubat....masih berkeadaan yang sama.So sekarang nie aku & family kena angkat opah utk aktiviti mandi,makan & apa2 jelah.

Atuk pulak masih boleh berjalan,cuma dia selalu mengerang kerana dia ada penyakit ashma.Kadang2 kesian gak,tapi apa boleh buat...kami boleh bawa dia gi hospital & bagi makan ubat utk mengurangkan ashma yg ditanggung.Itulah gara2 terlampau banyak sangat merokok.....Bila usia makan lanjut...tanggung sekali penyakit.

Sebenarnya ada kisah disebalik semua ini terjadi....tapi selagi mereka masih ada,tak pelah berkorban apa saja & telan saja pahit2 hempedu w'pun kadang2 memang menyakitkan.InsyaAllah...setiap kebaikan akan dibalas oleh yang maha Esa......

Monday, December 22, 2008

Cik Yan oiiiiii

Ini aku snap...masa orang semua tengah sibuk2 ngan pengantin...aku pun apa lagi suruh lah sapa2 yang boleh snapkan gambar aku.Aku pun tak tau kat mana nak bergambar,so aku pilihlah kat tepi jalan....Aku tak sempat nak ambil gambar ngan pengantin pun...keadaan terlampau berasak2,so aku pun tak berapa selesa......Tapi yang best kami dapat makan bersama2 ngan pengantin..nak snap lauk pengantin pun tak sempat,al-maklum waktu tu memang makan tengahhari....terus makan & kenyang langsung terlupa :)


Moga Bahagia....Amin

UCAPAN :
SELAMAT PENGANTIN BARU KEPADA
EDDY & JU
# Semoga berbahagia meniti kehidupan yang baru bersama2 dengan orang yang dikasihi.Alamilah keindahan itu dengan nikmatnya.Dan tambahkan lagi keceriaan dengan kehadiran orang baru,lengkap sudah sebuah rumahtangga yang dibina atas dasar cinta pandang pertama #

Majlis nie semasa mengiringi pengantin untuk kerumah pihak pengantin perempuan...Seronok bila aku tengok sepupu aku naik pelamin.Rasa aku pun tak sabar nak ikut jejak langkah dia.....Aku tak banyak sangat snap gambar,terlampau syok tengok pengantin sampai kelupaan....sebenarnya pun gambar memang tak banyak ambil,sebab sepupu aku nie pemalu.Bila nak ambil gambar,dia marah2 pulak....ada jugak pengantin yang macam nie yek???

Thursday, December 18, 2008

Tanpa Mak & Abah

Hari nie Mak & Abah aku nak balik kekampung.......
Utk memastikan majlis kenduri kahwin tu berjalan dengan lancar......
Tinggallah aku & adik2 dirumah.......

Mulalah aku asyik nak call mak dikampung.Kalau uol nak tahu,aku nie tak leh nak berpisah jauh ngan mak.Kadang2 tu malam pun aku tak leh nak tidur...Dulu2 lagilah,kalau aku kena tinggal kat kampung mesti aku nangis sbb ingat kat mak....wakakakakakaka
Bila diingat balik....kelakarkan,tapi tulah hakikat nyer.Bila aku cal,macam2 aku tanyer..naik pening gak lah org tua tu ngan kerenah aku....Adik2 aku tak kisah pun mak & abah takde.Nasib baiklah tak lama aku ditinggalkan....sbb esok nyer aku pun nak pulang kekampung utk meraikan majlis perkahwinan sepupu aku......

Wednesday, December 17, 2008

Bestnyer......

Dalam keadaan hujan yang renyai2....membuatkan suasana yang romantik....
Aku menerima sms yang pertama......Dan melarat seterusnya
Jawab.....terima.....jawab....terima & jadilah satu pertemuan....
Aku jumpa "seseorang" yang aku memang nak jumpa & buat date selalu pun tak pe.....
Dan aku pun dibawa oleh "seseorang" pergi makan malam di Petaling Jaya...Berdua-duaan????
Keadaan pada masa tu,hanya aku saja yang tahu...memang indah utk dijadikan kenangan.

Rasa nak ulang semula,saat manis bersama....
Rasa berkasih.....
Rasa dimanja......
Rasa disayangi.....
Rasa dibelai.....
Dan bermacam2 rasa lagi.......


p/s : Thanks a lot....kerana sanggup meluangkan masa utk aku menikmati keindahan yang belum pernah aku rasakan.....

Tuesday, December 16, 2008

Novel : Eh..Iye Ke Ni?

Tajuk Novel : Eh...Iye Ke Ni?
Nama Pengarang : Liana Afiera Malik
Tarikh Beli : 04.04.08 (DI PWTC)
Harga : RM25.90

Selesai sudah Novel nie.....So aku teruskan Novel yg dah lama aku perap.....Sila tgk diatas......






:: Disaat2 Akhir ::

Kalau ikutkan hati aku nie........
Dah tiba masanya penyakit ' M ' merebak ke satu badan aku
Aku memang cukup letih kalau dengar ada kaum keluarga yang nak buat majlis

:: KENDURI KAHWIN ::
Aku nie jenis kureng sikit dlm bab2 cam nie...Dan pulak tu majlis nie berlangsung dirumah pusaka atok & opah aku di KUALA KANGSAR.Dan buat ' M ' aku jadi bertambah teruk ialah,aku kena driver pada sepanjang perjalanan nak sampai ke destinasi & aku jugak kena hantar kereta servis...terpaksalah aku korbankan time lunch tadi buat semua tu....Bila nak balik kampung yg jauh2 nie bnyk duit aku perlukan.....nie dah hampir kering dahhhhhhh.....


Monday, December 15, 2008

Perkahwinan Rahsia Rich & Velvet

Pasangan Bahagia......
RICH & VELVET Wajah kegembiraan dapat dilihat dari senyuman yg diberi oleh pasangan ini....

Macam tak percaya.....dari usik-usikan akhirnya memang menjadi suami-isteri


KL, 12 DIS 2008: Dalam sibuk-sibuk bercerita tentang perkawinan artis popular, terkejut melihat foto perkahwinan yang dikirimkan peminat fanatik bekas pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Rich dan Velvet. Hai, dalam diam-diam pasangan sejoli ini dah pun menjadi suami isteri pada tanggal 5 Disember lalu! Difahamkan, majlis ini dibuat secara rahsia di taman berhampiran sebuah ballroom. Tambah sensasi, semua tetamu yang hadir tidak dibenarkan mengambil gambar. Haa, macam mana pula boleh ada gambar seperti yang kita lihat ini?Apa kes pun, kami dapat menghidu bahwa majlis ini dihadiri kira-kira 500 orang jemputan yang terdiri dari kalangan orang ternama. Pun begitu, kami kecewa kerana tiada seorang pihak media pun dijemput membuat liputan.


"Sebenarnya mereka bukan nak sorok tapi mahu menghormati keputusan kedua belah keluarga. Orang tua mereka yang mahu perkara ini dirahsiakan. Mereka juga mahu merasai perkahwinan seperti orang biasa yakni bukan seperti artis. Tambahan pula, kebanyakan tetamu yang hadir semuanya orang besar-besar," kata teman baik Velvet itu.



:: Mencipta Rekod Pelajar-Pelajar Akademi Fantasia yang menjadi pasangan pengantin :-

1) Khai & Rosma - Akademi Fantasia 1
2) Rich & Velvet - Akademi Fantasia 4

Siapakah pasangan seterusnya..........??????????






Sunday, December 14, 2008

Kasut Baru Lagi.......

Bab2 nak buang duit memang laju je.....bulan nie dah 2 pasang aku beli.....membazir betul
Apa nak buat,kalau aku tak beli nanti bila balik rumah aku ingat2 pulak...nie memang penyakit aku dari dulu lagi......agak2 ada ubat tak??????????
Kalau nak tau bnyk kasut aku dalam almari tu,bila nak pakai pun tak tau....semuanya jenis high heels.....(nantilah ada masa aku show dlm blog).
Beli nie pun sbb minggu depan aku nak balik kampung kuala kangsar....my cousin nak kawin.....

Nie gara2 nak repair lampu keretalah....kalau tak,kasut nie aku tak beli.Repair lampu kereta je terbang RM350......(nangis aku & kopak).Nasib badanlah......kalau dah berkereta inilah akibatnya hehehehehe
Apa2 pun benda yang penting aku dah settlekan....terbang pun terbanglah janji selamat semasa aku nak pulang kekampung...tu yang penting.Apa lagi aku nak...kasut pun aku dah dapat....yabedabedu......sok leh pakai kat tempat kerja wakakakakaka..........

Saturday, December 13, 2008

Tengok WAYANG

Tajuk : THE DAY THE EARTH STOOD STILL
Waktu Tayangan : 1:45 pm
Tempat duduk dapat bahagian atas...memang selesa.Tu sebab tiketnya mahal sikit.

Oklah kali nie tgk wayang.Tapi aku pun tak faham apa yg aku tgk sebenarnya,sbb hati aku sakit & mood aku pun tak tau melayang kat mana..tangan aku pun jadi kejang tetiba.....sejuk sangat dalam panggung.Otak aku tengah bnyk berfikir.......

Friday, December 12, 2008

Dragon Fruit

First time pegang & rasa buah naga.Selalu tgk dari jauh je....glamour gak buah nie sekarang.Banyak aku lihat orang tanam di tepi rumah.....


Haaaa....sesudah di buang kulit,inilah hasilnya dari dalam....nak kata sedap sgt tu ntahlah...cuz aku rasa sikit je.....mak aku yang makan keseluruhannya....utk org yg ada penyakit kencing manis k lah...sbb buahnya kurang manis......

P/S : Terima kasih ye Abg Zainal,cuz ingat kat Yan & beri free buah Naga nie....nanti leh bawak Yan jenguk ladang pulak wakakakakaka

Ngerinya......

Sumber2 dari Cik Uji..........


Aku rasa telefon rumah berbunyi......atau aku rasa dalam mimpi......
Pagi2 bangun dari tidur,aku terus tanya ngan mak...betul ke pagi2 tadi telefon rumah berbunyi?
Ye jawab mak....aku tanya siapa yg telefon waktu pagi2 buta?
Rupanya jiran belakang rumah yg call....Mak aku cakap dia & jiran aku tgk Animal Planet kat belakang rumah????????

Aku pun pelik????????

Rupanya jiran aku mintak tolong..........rumahnya telah dimasuki " Pak Panjang ".Seekor ULAR TEDUNG......Aduhhhhhhhh!!!!!!!! ini yg buat aku seram.........
Kenapalah diorang yg tak call 999 mintak bantuan? May be mereka pun panik?
Apa yang boleh ayahku buat yelah pukul ular tu.......tak mati pun....ular tu lari ketempat lain.
Mak aku kata ular tu bunyi bising.....kepala dia tegak.......Aku dah dpt bayangkan,cam mana keadaan ular tu.....Ini yang buat aku takut.....Yelah takut dia datang balik.....Jauhkanlah........


Beginilah rupa pak panjang yg dijumpai.......

Thursday, December 11, 2008

Menu Minggu Lepas

Woiii....nampak sedap nyer....Kalau Cik Uji yg masak mana ada yg tak sedap....lainlah aku yg masak hehehehe,mengiurkan & menyelerekan...tak sabar dah nak makan MEE KARI


Licin mangkuk nie.....baru betul cara makan nyer....memang lapar tul tuan rumah nie hehehehe

Wednesday, December 10, 2008

Apa Punya Klinik Daaaaaaa

Dah 3 bulan aku bekhidmat ditempat baru sebagai HR ASISTANT.....
So sebelum aku comform aku kena buat medical check-up....
Sepatutnya aku dah buat sebelum aku genap 3 bulan,memandangkan aku takut nak buat semua tu....sehinggalah ada orang yang bertanyakan kes tu....barulah aku ambil kisah.

Dan hari nie aku memberanikan diri utk pergi medical check-up di sebuah klinik.Harap2 semasa melakukan medical check-up nie aku tak mengalami sebarang masalah.Wah!!!!!!........canggih jugak klinik nie,cam ala2 hospital swasta pulak.Tapi.............servicesnya Ya Allah.......lembab nak mampus.Aku rasa nak menjerit duduk kat situ.Nak kata ramai sangat pesakit,aku tengok line clear.Aku sampai kat situ pukul 1:45 pm settle semuanya pukul 3:40 pm......Elok2 aku ok terus jadi ko....takde sakit terus dapat penyakit...Aku tengok doctor yang check aku pun alahai.......ibarat pepatah melayu kata " Rumah kata pergi.....kubur kata mari ".Yang aku kesiankan ialah orang yang hantar aku gi klinik......Mesti dia boring giler tunggu aku....sorry ok..it's not my fault.......Dan dia hanya tersenyum wakakakakaka

Tuesday, December 9, 2008

Datuk SHAH RUKH KHAN


Macam pelik pulak nak panggil gelaran Datuk pada SHAH RUKH KHAN nie.....
Tapi tulah realitinya hehehehehe........
Handsome pulak mamat nie oppssssss kang aku kena saman pulak.....Datuk SHAH RUKH KHAN berpakaian lengkap orang melayu kita....bersongkok,baju melayu & siap bersamping....

Info :
Pada 6 hb December 2008 Datuk SHAH RUKH KHAN mendapat gelaran " DATUK " & upacara nie dilakukan di bandar bersejarah iaitu Melaka.Dan beliau akan menjelalah bandaraya tersebut sebagai tanda penghargaan beliau menerima gelaran datuk.

Rugi pulak aku tak gi kat sana....Nak ajak orang yang boleh bawak,dia pulak tak kenal siapa Shah Rukh Khan.Al-maklum lain2 bangsa....tak pelah takde jodohlah tu nak jumpa Datuk SRK.....

Nak Kembali Jadi Baby.....

Bahagianya kalau dapat happy macam baby dibawah nie


Tak perlu nak fikirkan apa2 pun.Indah semasa di alam kanak2.Rasanya nak kembali semula ke alam tu.Sentiasa akan dibelai & mendapat perhatian dari seluruh manusia.Nakal macam mana pun tiada siapa yang peduli......Kena marah pun,marah ala2 manja.

Apa yang aku ceritakan tadi hanyalah Angan semata-mata...masa itu tidak akan berputar balik utk masa yg sudah lepas.....apa yang perlu aku lakukan sekarang utk memikirkan masa hadapan & memikirkan diriku yang akan memasuki umur 27 tahun.....

Sunday, December 7, 2008

Pengumuman

Sebelum aku pulang ke kampung & di kesempatan ini aku ingin mengucapkan :




SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA
Semoga kita mendapat keberkatan di dalam mengerjakan ibadat korban




Aku akan bercuti pada 07.12.08 ~ 08.12.08
Dan pada kengkawan blogging yang pulang ke kampung,
berhati-hati di jalan raya....Nikmatilah raya nie dengan penuh kenikmatan.

Saturday, December 6, 2008

Hari Yang Menyeronokkan

Sebenarnya,dalam kepala otak aku dah plan sesuatu.......
Dan hari nie terjadilah plan tersebut......

Tepat kul 10 pagi aku hantar msg.....
Dan pertemuan pun bermula pada pukul 12 tengah hari.....

Aku menuju ke Summit USJ.....First time menjejakkan kaki kesana....
Terus cari tempat utk mengisi perut yang kosong....di STARBUCKS

Bila perut pun sudah kenyang,rancangan seterusnya ialah gi tonton wayang...
Aku pun tak tau cerita apa yang aku nak tgk,so beli jugaklah tiket.....hentam jelah
Sbb dalam plan takde nak gi tengok wayang...


Inilah cerita yang aku tgk hari tu....mula2 aku rasa cam nak tidur bila cerita nie start...tapi bila part ganas & suspens bermula,aku pun jadi tak tentu arah....kesian kat orang sebelah...tangannya jadi mangsa cengkaman aku....


Friday, December 5, 2008

Kezutan!!!! Memang Aku terkejut

Sambungan....

Ingat lagi tak cerita yang aku tak sabar nak dapat kezutan........
Memang aku dapat kezutan & Kantoi.....

Sejak kebelakangan nie aku selalu lambat,tapi takde orang yang akan nampak....(may be undang2 kat syarikat aku memang longar).Tapi untuk nak dijadikan cerita,aku sampai kat parking dengan riak terkezut,aku terkantoi apabila BOS aku sampai lebih awal dari aku.....Yang buat aku hairan & pelik,kenapa begitu awal dia datang..selalunya dialah orang yang paling lambat sampai.Jadi hari nie aku kantoi sama sekali......malunyaaaaaaa :)

Akulah orang yang tak nak dengar cakap orang tua...Mak & ayah aku selalu pesan...jangan ambik kesempatan diatas kebaikan yang BOS tu bagi....Kan dah kantoi.....


P/s : Jangan buat lagi ye.........biarlah hanya sekali sahaja........wakakakakaka

Nampak bestkan coklat nie.....aku nak bagi kat Bos....bukan bodek tau,tapi tu memang Favourite dia....tiap2 bulan aku memang "sponsor" coklat utk dia......





Inilah Penyebabnya???

Tau nie apa?
Inilah MODEM STREAMXY....dialah penyebabnya kenapa aku tak boleh nak blogging & apa2 jelah yang berkaitan dengan internet.Aku sendiri tak tau punca apa yang menyebabkan modem nie selalu rosak.Kalau nak tau jugak nie kali ke-2 modem nie rosak.Tapi aku tak bagi tau ngan orang TM pun...(takut kena caj).Sebelum aku tau modem nie problem laptop aku memang dah rosak.So bila Laptop ok,modem pulak rosak....Jadi postpone lagi aku nak blogging...Tak ke hangen satu badan

Jadi harap2 lepas nie tiada masalah lagi....aku nak blogging ngan happy se happy nya........

Thursday, December 4, 2008

Tak Sabar Tunggu Hari Esok

Hari nie sama boringnya dengan semalam.........
Aku rasa mahu jerit BORINGGGGGGGGGGGGG........

Tapi aku tak sabar nak tunggu hari esok...may be ada kezutan...Apa dia,aku sendiri pun tak pasti?Tapi aku dapat rasa sesuatu yang akan buat aku terhibur......

Dari msg yang aku terima semalam....memang buat aku tersenyum sampai bila2...msg nie pun ada kena-mengena dengan kezutan yang aku akan dapat pada esok hari.....

Menu Ringkas

Menu malam nie yang ringkas.......
Tapi bukan aku yang masak heheheheh.........


Kerang Rebus.....
First time beli & masak...cuz aku sorang je yang makan

Rendang Ayam Pedas....
Berapi kalau dah makan....

Tumis Sayur Bayam....
Favourite aku gak......







Wednesday, December 3, 2008

Layan Jelah.......

Waduh........
Pagi hari yang sangat membosankan.........
Apa yang patut aku lakukan?
Hanya menunggu pusingan jam keangka 6pm......

Sunyi sepi bila kat office tak de orang..W'pun ada orang mereka lebih suka buat hal sendiri.Tengah fikir apa yang aku nak buat...........


??????????????


Lega....jam dah pun ke angka yang aku tunggu....
Tanpa berlengah2kan masa aku pun driver kereta menuju ke section 18.Bab2 nak buang duit nie memang tak yah nak fikir pjg.Aku nak cari hadiah utk orang yang pernah memberi aku hadiah semasa aku tinggalkan tempat kerja yang lama....Dan aku jumpa ini

Aku terpandangkan tudung nie.Nampak menarik.Tak kira berapa harganya yang penting niat keikhlasan aku utk dia.....Lepas dah dpt apa yg aku nak aku jalan2 cari barang yang lain.Senang kalau jalan sorang2 nie,tiada kongkongan utk buat pilihan.Aku sebenarnya tak plan pun nak gi jalan2 secara automatik je.....leh ke camtu hehehehehe

Novel : Selagi Ada Dia

Tajuk Novel : Selagi Ada Dia
Nama Pengarang : Aisya Sofea
Tarikh Beli : 01.11.2008
Harga : RM 19.90 after less 30% RM13.93


Sejak aku ketiadaan Internet & Laptop,aku ambil masa tu utk menelaah novel2 yang masih belum aku habisi...Itu pun ikut keadaan semasa.Kalau aku boring baca novel aku buat kerja yang lain zzzzzzzzzzzzzzz.

Kadang2 kat office waktu kerja pun aku boleh curi-curi baca....memandangkan kerja aku sangat kureng,jadi aku pun buat kerja lain lah......wakakakaka......

Tuesday, December 2, 2008

Wish For You Mohd Taufiq

Well...Today is Your BIRTHDAY & I Wish For You

HAPPY BIRTHDAY & I HOPE U HAPPY ALWAYS
MOHD TAUFIQ BIN ABU BAKAR SIDEK


Aku ambik gambar nie pun secara curi2.Aku rasa dia tak tau aku ambil gambar nie.Gambar nie masa sekolah2 dulu.Sekarang boleh tahanlah.....Montok gitu :)


Nak tau ke dia nie sapa.......

Dialah kawan sekolah aku semasa Form 3 hinggalah Form 5.Satu kelas lah pulak.Dalam pada masa yang sama,aku " tersyok " pulak kat dia.......Diam-diam aku simpan perasaan kat dia.Malu nak bagi tau.....Sebenarnya dia tau yang aku suka kat dia...tapi dia buat tak tau je...yelah aku tau keadaan aku pada masa tu...Dia buat macam mana pun,aku masih suka kat dia...Hinggalah sekarang,aku masih menanti...Tapi,betul ke aku masih tunggu dia???????

Banyak pahit & manis aku bersama lelaki ini....tapi aku anggap tu semua adalah lumrah kehidupan.Dan apa yang aku dapati,dia dah pun mempunyai 'Buah Hati'.Harap-harap kali nie dia naik pelamin.

Tiap-tiap tahun bisday dia aku wish...cuma dia je lupa nak wish bisday aku.Tapi pernah sekali dia bagi present kat aku...sehelai tudung.....itulah tanda ingatan utk aku kepada dia.

Ayat Lepas Kahwin

Sekadar hanya suka-suka....serta untuk hiburkan hati....

1. Sebelum Tidur
6 Minggu : Selamat tidur sayaaang,mimpi indah2 ya,mmmuaah
6 Bulan : Tolong matikan lampu tu,silau aah
6 Tahun : Sana sikit lah...tidur kalau tak mengepit tak boleh ker?????

2. Pakai Toilet
6 Minggu : Tak apa,U masuk ler dulu,I tak kisahhhh
6 Bulan : Masih lama lagi ke nih?
6 Tahun : Brug!Brug!Brug! (suara pintu digegar),kalau nak bertapa pi lah gunung Ledang sana!!!!!

3. Balas SMS
6 Minggu : Iye sayang,jap lagi I sampai rumah.Sayang,I belikan mertubak favourite U ye sayang.....
6 Bulan : Trafik jam lah
6 Tahun : K....

4. Dating Process
6 Minggu : I Love U,I Love U,I Love U
6 Bulan : Of Course I Love U
6 Tahun : Iyalah!!Kalau I tak cintakan U,Buat apa I nikah dengan U???

5. Pulang Kerja
6 Minggu : Sayaaang,I dah balik nih....
6 Bulan : I'm back!!
6 Tahun : Masak apa hari ni???

6. Hadiah (ulang tahun)
6 Minggu : Sayang,I harap U suka cincin yang I beli utk U ni
6 Bulan : I beli lukisan,nampak sesuai dgn suasana ruang tengah
6 Tahun : Nih duit,U beli sendirilah apa yg U nak

7. Telefon
6 Minggu : Baby,ada yg ingin berbual ngan U ditelefon nih
6 Bulan : Eh...Your call...
6 tahun : Hah!!Lauk ini lagi?

8. Memaafkan
6 Minggu : Sudahlah,tak apa,dah pecah pun,nanti kita beli lagi yang lain..eh
6 Bulan : Hati-hati,nanti jatuh
6 Tahun : Orang dah bilang berkali2 pun tak faham!!!!

9. Baju baru
6 Minggu : Aduh sayang,U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 Bulan : Lah...beli baju baru lagi
6 Tahun : Dah berapa ribu habis beli baju tu?????

10. Merancangkan Holiday
6 Minggu : Macam mana kalau kita jalan2 ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 Bulan : Kita ke Bukit Bintang aje ler....senang sikit tak perlu naik flight
6 Tahun : Jalan-jalan????Duduk rumah aje tak boleh ke?Buang duit je!

11. Masakan
6 Minggu : Wah,tak sangka I,Pandai U masak.Rasa pun sedapppp
6 Bulan : Kita makan apa malam ini
6 Tahun : Hah!!!lauk ini lagi?

12. TV
6 Minggu : Baby,kita nak tengok cerita apa malam ni?
6 Bulan : Sekejap eh,citer bagus ah
6 Tahun : Jangan Tukar2 boleh tak......



Info : Dari E-mail seorang kawan

Monday, December 1, 2008

Tak Habis-Habis

Pening kalau sesiapa yang dapat makwe cam aku nie....Mana tak nya....
(cuba tengok gambar dibawah)

Ini bukan saja2 tau..Sebenarnya handbag yang dulu dah rosak.....So aku pun belilah yang baru.Utk buat belasah aku beli yang murah2 je.Bila koyak aku tak hairan sangat...cuz murah.Ini kalau Cik Uji dapat tau...habis aku....kes ungkit-mengungkit akan terjadi nyer.

Aku suka beli handbag yang saiznya besar sikit....cuz aku leh taruk macam-macam.
Barang yang penting ialah :
1) Novel
2) Wallet
3) Phone
4) Dairi
5) Barang2 Make-up
6) Kunci kereta & Kunci rumah
So barang2 nie mesti aku bawak kemana sahaja....kalau takde....Nangis beb.

Resepi : Mushroom Soup

Sejak kebelakangan nie ataupun lebih mudah difaham...sejak hari Sabtu & Ahad cuti nie aku mula belajar sesuatu yang baru......MEMASAK (hehehehehe) itupun kalau mood baik datang.


Petang Sabtu dengan rajinnya,gi lah cari barang2 yang diperlukan untuk membuat MUSHROOM SOUP.....(tunggu apa hasilnya jap lagi ye)


Resepi " MUSHROOM SOUP"
Bahan-bahan utk 10 orang makan.....


Bawang Putih 4 biji ditumbuk (tumbuk tu ibaratkan cam tumbuk orang)
Bawang besar separuh 1/2 ditumbuk
Lada hitam yg dah ditumbuk setengah sudu kecil
Low fat milk ducth lady 1 liter
Cendawan butang 1 tin dicincang
Mentega (marjerin) 3 sudu besar
Serbuk ayan knorr 4 sudu besar
Ayam isi dada 2 ketul dicincang halus (kalau malas beli yg dah siap cincang)
Tepung gandum 3 senduk besar di campurkan denga air agak2 lah,jgn terlalu cair yang sedang2 aje
Garam secukup rasa lidah anda


Cara-cara membuatnya :
1. cairkan mentega dlm periuk,tumis bawang putih & bawang besar
2. Masukkan isi ayaam sampai separuh masak
3. Tuangkan susu Low Fat
4. Masukkan air kosong dalam 1 jug
5. Masukkan Cendawan butang
6. Masukkan ayam knorr,lada hitam & biarkan mendidih
7. Masukkan Tepung gandum (sila tapis) & kacau selalu sehingga pekat
8. Masukkan garam sehingga mendidih & tutup api


Dan inilah hasilnya :



Beli yang dah siap je kat Mydin.....mana taknya cari barang ada yang tak jumpa,so nampak yang dah siap lagi senang.