CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 11, 2008

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ciri-ciri wanita solehah
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh islam utk seseorang wanita menerima gelaran solehah & seterusnya menerima pahala syurga yg penuh kenikmatan dari Allah s.w.t

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah & Rasulnya
2. Taat kepada suami

Perincian dari 2 syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah & Rasulnya

* Bagaimana yg dikatakan taat kepada Allah s.w.t?
- Mencintai Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias & berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,kebajikan & ketaqwaan.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalawat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2.Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Menjaga kehormatan diri & harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami utk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak menerima tamu yg dibenci suami
- Sentiasa memelihara diri,kebersihan & kecantikannya serta rumahtangga


Faktor yang merendahkan martabat wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman.Bukanlah faktor luaran atau yg berbentuk material sebagaimana yg digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah :
1. Terlupa mengingati Allah
# Kerana terlalu sibuk dengan tugas & kegiatan luar atau memelihara anak-anak,maka tidak hairanlah jika banyak wanita yg tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah.Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yg paling berbahaya bagi diri mereka,di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-jathiah ayat 23 ertinya :
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya & Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.Dan Allah telah mengunci mati pendengaran & hatinya & meletakkan tutupan atas penglihatannya "

Sabda Rasulullah s.a.w ertinya :
" Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan" (riwayat tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t bukan saja dengan berzikir,tetapi termasuklah menghadiri majlis2 ilmu.

2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
# Keindahan dunia & kemewahannya memang banyak menjebak wanita keperangkapnya.Bukan itu saja,malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya utk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa & noda.Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t didalam kenikmatan dunia yg terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-An'am ertinya :
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan & kelalaian & sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi org2 yg bertakwa,oleh kerana itu tidaklah kamu berfikir "

3. Mudah terpedaya dengan syahwat

4. Lemah iman

5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk

Dunia adalah perhiasan,perhiasan dunia yg terbaik adalah
WANITA YANG SOLEHAH
p/s : Sumber Info dari kiriman e-mail.

4 comments:

saya said...

aduhai yan..susahnya nak menjadi wanita solehah. huhuhuuu...

Yan said...

Yg baik tu memang susah.Bergantung pada kita heheheh cam Yan pun pandai sgt.

zeti said...

thanks yan for sharing :)

Yan said...

Welcome 4 U.cuz sudi dtg umah Yan