CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, August 18, 2008

Kisah Ngeri

Dalam perjalanan aku ingin pulang ke kampung,berhenti di traffic light.Tanpa diduga sesuatu yg telah terjadi yg berlaku didepan mata aku sendiri.Dengan tak semena-mena aku menjerit aaaaaaaaaaa........Ya Allah satu kemalangan yg terjadi di antara lori & motosikal.Aku tak tau camana nak cerita.Bila cerita aku terbayangkan org yg menunggang motorsikal tu...kesian dia.

Dari arah Klang nak ke Shah Alam sebuah lori dengan lajunya telah merempuh sebuah motosikal dengan arah yang sama & mengakibatkan kemalangan di mana setelah lori tu melanggar motosikal & pemboncengnya berguling2 dan terhentak pada kereta dihadapan.Ya Allah,aku tak dapat nak bayangkan kejadian itu kerana kejadian tu berlaku dalam sekelip mata.Yg menjadi sialnya lori yg telah melanggar motosikal tu terus lari & menghilangkan diri sehingga tak dapat utk mengambil no plat.Ayahku pun memberi bantuan pada penunggang motosikal tu & tanpa rasa malu ayahku pun marah dikhalayak ramai.Memaki pemandu lori dengan hati yg geram.Nasib baik dalam kereta takde kayu,kalau tak malang pemandu lori tu kena belasah.Tak pasal2 ayahku masuk lokap.Bukannya apa,kita kena bayangkan kalau yg dilanggar tu adalah saudara mara kita....macamana?????????

Dalam perjalanan pulang ke kampung tu aku rasa FOBIA dengan kejadian yg memang tak di sangka.Bagaimanalah keadaan penunggang motor tu?Harap2 dia tidak mengalami kecederaan yg teruk.

1 comments:

zeti said...

masya allah.. dasyatnye yan.. hrp2 pnunggang moto tu slamat la kan.. zt pun penah tgk cmni gak.. masa tu tgh ujan+mlm.. moto tu pun t'plnting gak. trus zt jd fobia bila lalu kat jln tu.. huhuhu..