CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 22, 2009

Atok!!!!!!!!!!

Fobia aku bila dapat panggilan dari rumah.......

Panggilan kali pertama :-
Emak memberitahu yang atok sudah dibawa pulang kerumah dan keadaan atok sangat nazak.Emak menyuruhkan aku pulang segera.Aku hanya kata " Ya ".Terus aku buat panggilan kat adik aku supaya tidak bekerja lebih masa.

Panggilan kali kedua :-
Berita yang sangat menyedihkan, atok aku telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 1:33 ptg.Aku macam x percaya dan bertanya dengan emak sekali lagi : ( aku terus call adik dan dalam keadaan kelam kabut aku terus pulang kerumah.Aku hanya sempat melihat jenazah atok aku yang diselubungi dengan kain.Jenazah siap dimandikan & dikapankan pada pukul 4:30 ptg dan dikebumikan dikampung halamannya di Beluru,Kuala Kangsar Perak.Itu adalah pesanan arwah bila dia meninggal jenazahnya perlu dikebumikan ditanah lahirnya.Keseluruhan kerluarga bergegas pulang kekampung & jenazah dikebumikan selepas isyak jam 9:30 malam.

Selepas semuanya selesai dengan majlis tahlil selama 3 hari berturut-turut aku pun pulang semula ke rumah pada hari jumaat petang.

Semoga arwah atok ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.....Amin

0 comments: