CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 8, 2008

Hari Pertama Ditempat Baru

Cuma nak berkongsi rasa & pengalaman sahaja.......
Sampai saja ditempat baru,hati,jantung bedegup dengan lajunya.Seram sejuk beb.Bila nampak Mr.Choo hilang segala seram tu hehehehe

So,Mr.Choo pun introduce kepada pekerja2 lain.Mula2 tu rasa janggal gak.Biasalah tempat baru.Jadi aku pun bersihkan meja & sebagainya.And then Mr.Choo bawa aku round2 kat production & sempat lagi borak2 kosong ngan Mr.Choo (nasib baik bulan pose,kalau tak msti dia ajak minum) Aku pun ambik kesempatan cerita apa yang aku nak cerita :) Aku diperkenalkan ngan Main Office.Penat jugak round kat tempat baru nie.Lenguh kaki mak oiiiii.Orang2 kat situ aku tak leh nak nilaikan lagi..sbb masih baru & tak baik aku mengandaikan sesuatu ngan terlalu awal.So aku kena pandai sesuaikan suasana & keadaan.

Banyak benda yang perlu aku pelajari,mula2 tu risau jugaklah tapi aku kena ringan mulut utk bertanya & ringan tulang utk buat yg terbaik.Aku kena buangkan sifat malu kalau ingin berjaya.Aku pun rasa segan ngan Mr.Choo nie,tapi dia nie jenis ok je.Lama2 aku nie jadi secretary Mr.Choo pulak.Mana taknya,Dia dpt msg,suruhnya aku baca,phone berbunyi aku kena jawab.Mentang2 aku duduk depan dia...tapi aku suka :P

So,aku kena teruskan hari2 yg mendatang dengan hati yang senang.Abaikan malu kalau ingin maju jaya.Ambik segala pengalaman yang ada untuk future yang akan datang.

0 comments: