CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, September 4, 2008

Menghitung Hari


Bagaimana ingin aku tafsirkan perasaan ini.Sejak aku membuat keputusan untuk meninggalkan orang-orang yang aku sayang.Tak pernah terlintas difikiran ini untuk mencari pekerjaan yang lain selain felio.Inilah kenyataannya yang harus aku hadapi.

Ada peluang yang baik aku harus memikirkan yang terbaik untuk diri aku dengan keadaan sekarang apabila kehendak lebih menguasai dari keperluan.Aku harap apa-apa jua keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk masa depan aku sendiri.


Felio adalah company pertama aku bekerja setelah habis SPM.Aku di ambil bekerja sebagai Production Operator,tidak berapa lama kemudian aku dinaikkan pangkat sebagai MH (material handler) & aku diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai Leader sehinggalah sekarang.Banyak pengalaman pahit & manis selama 8 tahun 7 bulan aku berkhidmat untuk company Felio.Nak kata company nie bermasalah tak jugak cuma orang2 atasan saja yang tak dapat nak memelihara kebajikan pekerja & sebagainya.Sehingga sampai satu tahap membuatkan aku menjadi tension & tertekan.

Aku tak dapat bayangkan suasana di tempat baru.Adakah sama dengan suasana di tempat lama?Itu yang membuatkan aku menjadi berbelah bahagi.Tetapi untuk mengubah cara kehidupan aku harus membuat sesuatu yang baru & mencuba sesuatu yang baru.Susah untuk aku huraikan perasaan yang aku alami nie kepada tulisan.Hanya orang2 yang pernah mengalami sahaja boleh tahu perasaan ini.

Di tempat baru aku diberikan tugas sebagai Kerani HR disamping itu aku menolong bahagian Purchasing.Harap2 di tempat baru aku dapat menyesuaikan diri & dapat bantuan dari kengkawan yang baru.Ini adalah kerjaya aku yang baru & ini juga adalah sebahagian dari cita2 aku.

2 comments:

saya said...

sabar azian..saya doakan azian berjaya dalam kerjaya...

Yan said...

Terima kasih ye Saya.Kerana memberi sokongan kepada Yan