CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, June 30, 2009

:)

Sorry Blogger....
Dalam bulan June blog aku dipenuhi dengan Youtube KUCH KUCH HOTA HAI.Sebab2nya aku download :-

1) Aku dah x tau apa lagi yang perlu aku ceritakan serta apa lagi yang patut aku kongsikan kepada blogger.Kadang2 dah naik buntu mencari idea utk memeriahkan blog nie.Ada masa aku pun takut blogger naik boring nak baca kisah peribadi aku yang kadang2 ada yang benar, mengarut & macam2lah.

2) Aku pun dah naik malas nak update blog nie.Cam dah xde thrill.Yelah dulu boleh gak tukar2 idea & berkongsi cerita.Tapi bila masing2 dah ada karier sendiri blog nie pun dah x berseri.Balik kerja dah penat nak buat blog nak kena kerah otak pulak.Memang MALAS tu akan terngiang2 di telinga.

3) Masalah lain, kat office aku x leh nak bukak macam2 laman web.Susah jugak.Kalau leh bukak memang aku akan menceriakan blog nie cuz aku memang xde kerja langsung.Bos pun tau yang aku xde kerja.Nasib badan dapat bos yg jenis x kisah.

4) Azam bulan July.....akan curi masa utk meneruskan blogging.Sayang pulak nak pupuskan terus.Nanti ramai kengkawan tercari2.

Sunday, June 28, 2009

Kemana Tu.....


Apa lagi....layan movie jelah.Nak keluar date pun tak tau nak ajak " pakwe " yang mana 1 (amboi bnyk ke).So aku pun ajaklah kawan aku yg dah lama x bersua.Dia pun sejak 2 menjak agak sibuk sedikit.Dekat panggung actually dah xde apa cerita pun.Nak tengok Transfomer tiket awal2 dah sold out.So aku layan je cerita NIGHT AT THE MESEUM 2.Agak kelakar jugaklah, tapi kena tengok yang 1st baru boleh faham cerita yang 2nd.

Sebelum tayangan, aku sempat gi food court makan & sembang2 apa yang patut.Al maklum memang dah lama x berjumpa.Lepas habis tengok wayang jalan2 & shopping apa yang patut.Yang buat geram ialah " SALE ".Kalau banyak duit memang aku shopping habis2an.

Thursday, June 25, 2009

KKHH - Part 12

Sambungan...

Wednesday, June 24, 2009

KKHH - Part 11

Sambungan...

Tuesday, June 23, 2009

KKHH - Part 10

Sambungan....

Monday, June 22, 2009

KKHH - Part 9

Sambungan....

Sunday, June 21, 2009

Jogging

Haaaa....aku nak gi jongging?
Seru belum tiba utk aku berjongging.Tapi teman orang jongging adalah.Aku cuma jalan2 je.Niat dihati nak baca novel.Tapi bila dah bersembang lupa apa yang telah dirancang.

Inilah orang yang beria2 nak gi jongging.Letih ke dik?Tak pe nak nampak lagi handsome kenalah usaha dengan gigih hahahahahahaha

Saturday, June 20, 2009

Balun 2 Movie

Ha...Balun 2 movie dalam 1 hari.Memang giler......Nak buat macam mana ada masa, apa lagi layanlah movie.






2 movie nie memang best.Tapi movie yang buat aku kena serangan jantung ialah DRAG ME TO HELL.Nak kata seram & takut taklah,tapi banyak aksi terkejut.Dengar pulak sound system yang terlampau.

Thursday, June 18, 2009

KKHH - Part 8

Sambungan...

Wednesday, June 17, 2009

KKHH - Part 7

Sambungan....

Tuesday, June 16, 2009

KKHH - Part 6

Sambungan...

Monday, June 15, 2009

KKHH - Part 5

Sambungan.....

Sunday, June 14, 2009

So Cute

Tau x nie kat mana?Sebenarnya aku & kawan baru balik dari kenduri kahwin,pastu nak pergi birthday party.Sebelum start b'day party aku singgah di Tesco Setia Alam.Masuklah 1 kedai yang menjual bermacam-macam binatang.Tapi yang paling best sekali ialah kucing.Yang buat geram dengan kucing nie ialah dia pandai main.Sedih tak dapat nak miliki kucing nie kerana harganya mencecah RM1450 selepas diskaun.

Kalau orang yang sayang kucing,memang dah beli kucing nie x kiralah harga kucing tu berapa pun.Tapi kalau x reti jaga, lagilah sedih....kucing mati duit pun terbang.......Aku bukan x nak bela, tapi masih fobia sudah 2 kali kucing yang dibela mati....

Saturday, June 13, 2009

Jeritan Batinku

Aku dah x tau apa lagi yang patut aku cerita dalam blog nie.Kadang-kadang aku rasa " budus " bila aku menceritakan kisah peribadi yang sepatutnya menjadi simpanan aku.Tapi aku perlukan pandangan kawan2 yang lebih tahu mengenai hati & perasaan.

Kadang-kadang aku x dapat nak mengawal perasaan, bila hati meronta-ronta meminta diri nie dibelai, dimanja, disayang, dikasihi & merasa nikmatnya apa itu " cinta ".Cinta memang buat seseorang tu boleh menjadi gila sekiranya hati & iman tidak kuat.Begitulah aku.....terasa parah bila diri nie dibiarkan terkontang-kanting tanpa haluan.

SABAR.....hanya kesabaran yang boleh aku harapkan.Tapi sampai bila harus aku bersabar? Selagi aku boleh bersabar aku akan terus bersabar.Sampai 1 tahap aku rasa yang aku hanya dipermainkan & diperbodohkan, tapi kerana cinta yang mengaburi mata aku lupakan apa yang pernah terjadi dalam hidup aku.

Apa orang nak kata tentang aku katalah....selagi aku x meluahkan apa yang terbuku didalam hati nie aku merasakan yang aku akan mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Friday, June 12, 2009

KKHH - Part 4

Sambungan....

Thursday, June 11, 2009

KKHH - Part 3

Sambungan....

Wednesday, June 10, 2009

Miley Cyrus - The Climb

Tuesday, June 9, 2009

KKHH - Part 2

Sambungan.....

Monday, June 8, 2009

KKHH - Part 1

Kan aku dah bagitau yg aku memang rindukan movie nie.....so dalam bulan nie aku akan download dari part 1 hinggalah seterusnya......x yah nak pasang VCD lah, DVD lah...aku pun nak kengkawan join sama :)

Saturday, June 6, 2009

Ronda2 Di Kuala Kangsar


hahahaha...jauh aku import benda nie.Macam kat Shah Alam xde.Dah lama aku nak kan benda nie, akhirnya jalan2 kat Arena Square Kuala Kangsar aku nampak & terus beli dgn harga RM18 sahaja.Aku letakkan didalam kereta.Fungsi ialah benda akan bergerak tanpa menggunakan bateri..ianya menggunakan cahaya matahari.

Sementara keluargaku menikmati makanan, aku & adik pergi cara barang yg boleh dibuat souvenir.Pening jugaklah nak cari.Akhirnya aku nampak barang nie....oklah dari balik dgn tangan kosong :)


Huhhhh...penat sungguh tapi seronok boleh dikatakan 1 hari tu memang hari berjalan sakan.Lepas dari rumah Pak Ngah aku bawak keluargaku singgah dibandar Kuala Kangsar.Aku memang nak singgah nak makan laksa buatan sendiri.So akhirnya aku dapat makan & siap tapau sekali.Bila dah berkumpul memang mcm2 kerenah tapi happy.......


Pak Ngah Kami Mai

Seronok tau bila dapat berkumpul sebigini.Kalau nak tau nie semua melepaskan penat dalam perjalanan.Mau x penat jauh perjalanan bayangkan dari N9 terus ke utara.Aku pun dah naik boring nak duduk drive lama-lama dalam kereta.Aku speed 110 ~ 130 km.

Ini bukan pengantin tau, Aku hanya tumpang duduk saja.Manalah tau ada aura ke terus dapat jodoh apalagi nak tunggu......

Inilah pengantin perempuannya.Aku sempat snap nie sahaja.Itu pun kami berselisih.Tak sempat nak tengok sepupuku bersanding.Maaflah Nina.Memandangkan keadaan yang x mengizinkan.

Ini kalau nak tau aku & adik berposing di tepi highway selepas Tol Jelapang.Bukan sengaja nak berposing, masalahnya ialah kena tunggu lagi 1 kereta.Berpeluh jugak beb, dari pagi kena pakai baju kurung.Bayangkan keluar dari nilai pukul 3 am.


Along nak wish buat Nina :-
SELAMAT PENGANTIN BARU
ADIK & SUAMI
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT





Thursday, June 4, 2009

KKHH - Tujhe Yaad Na Meri Aayee

Actually, aku rindukan movie nie KUCH KUCH HOTA HAI..kalau tengok banyak kali aku x kisah & x jemu.Aku rasakan aku adalah kajol & Shah Rukh Khan adalah " someone " yang x tau bila nak timbul.Tapi sejak aku layan lagu dari movie nie, memang aku sangat rindukan cerita nie.So mari kita layannnnnn.........



Wednesday, June 3, 2009

Pekena Nasi Kandar

Tetiba phone aku berbunyi...tanpa kuduga Dia yang send msg.

Dia : Awek nak dinner x 2nite...

Hati sebenarnya tengah tahan marah...elok pun dia ajak aku dinner cuz aku nak lepaskan geram dekat dia..

Dia ambil aku ditempat biasa, dan pergi makan ditempat yang aku rasa dah lama x pergi.Apa lagi kalau bukan Restoran Kayu SS2 Petaling Jaya.Macam biasa makan..kenyang terus balik....

Monday, June 1, 2009

Cepat Betul Masa Berlalu

Betul kata orang dulu-dulu, bahawa masa tidak menunggu kita.Kita yang akan mengejar masa itu.Sekarang sudah masuk bulan baru iaitu bulan June hanya tinggal 6 bulan saja lagi untuk kita masuk ketahun baru 2010.Ya Allah....makin lama makin meningkat umur aku.

Apa lagi yang akan aku alami pada bulan ini.Adakah aku akan alami kemuraman yang berpanjangan atau kebahagian yang sedang menanti dihadapan.Siapa yang tahukan....Kalau boleh aku ingin sentiasa "tersenyum" seperti gambar-gambar dibawah ini.Aku sudah penat untuk layan perasaan sedih, muram, duka dan sebagainya.