CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 19, 2010

Phone Baru

***********

*********

*******

****

**
Kalau ada duit lebih mesti ada benda yang nak dibeli.Inilah benda yang aku kena beli.Terpaksa pun sebab phone yang lama dah rosak.Apa boleh buat.Phone yang lama tu pun dah berusia 3 tahun.

Saturday, January 16, 2010

Saja-Saja

Bangun pagi 6:15 pagi.......

Keluar dari rumah Ayu..Mata masih mengantuk.Sampai rumah mak pulak mintak bawa pergi pasar nak beli barang-barang untuk meniaga.Tengok jam...........

7:10 pagi....
Kelam kabut aku.Baju yang nak dipakai hari ini belum bergosok.Janji dengan siti pukul 8:30 pagi.Masa yang dijanjikan untuk berjumpa telah tiba.Dengan hati yang berdegup laju aku cuba tabahkan.

Sudah tiba tempat yang aku ingin pergi.Sebenarnya saja-saja je.Kalau dapat Alhamdulillah.Bukan senang jugak nak
jadi JURUTOL ini.Banyak jugak part-part yang kena buat.Kena buat test matematik dan sebagainya.Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman macam mana nak jadi JURUTOL ini.

Dah siap interview aku ajak Siti pergi Sunway Pyramid.Lagipun situ je yang paling dekat.jalan-jalan sambil makan Hoat & Roll.Tiba-tiba Siti kehilangan Handphone.Kami mencari & pusing dalam Sunway Pyramid.Nasib baik jumpa.Zaman sekarang bukan senang nak dapat balik bila dah hilang.Tak lama lepas tu kami terus pulang kerumah.

Friday, January 15, 2010

Dari Lepak Terus......

Phone aku berbunyi menandakan SMS masuk.Aku hanya tengok sekali imbas sahaja.Sudah settle kerja yang perlu aku dahulukan barulah aku teringat kembali sms yang masuk.Rupa-rupanya.......


Aku tiba di rumah Ayu jam 7:30 malam.Sebelum naik kerumah,aku sms dulu..nak manja-manja katakanlah.Aku sebenarnya rindukan budak berdua tu HANI KHALILAH & HANA KHALISA.Dah lama sangat x jumpa.Puas aku cium budak berdua tu.Yang paling best sekali kalau aku yang datang Ayu mesti buat SUP TEPUNG (x sempat nak ambil gambar....lapar) memang sedap & mengenyangkan.Sambil layan makan sambil sembang.Tengok jam dah pukul 10 malam.Aku rasa nak berangkat pulang.Tiba-tiba Ayu bagi cadangan suruh aku tidur je kat rumah dia.

Alamak!!!!!!!
Tolak punya tolak akhirnya aku terima pelawaan si Ayu nie.Lagipun husband dia kerja malam.Tidur sambil menemankan dia.Nasib baik saiz badan sama boleh pinjam baju.

AYU AKU NAK UCAP TERIMA KASIH TAU SBB JAMU AKU DENGAN SUP TEPUNG........

Thursday, January 14, 2010

Adnan Sempit

ADNAN SEMPIT.....


Lepas habis interview,aku x tau nak pergi mana.Sepatutnya aku boleh sambung kerja seperti biasa memandangkan mood memang dah x ada so aku plan nak cari ketenangan.Pergi Jaya Jusco lah.....

Alamak!!!!!! JAMMMMMMMM
Kenapa pulak nie?Apa yang ramai sangat hari nie.
oooooo rupa-rupanya hari nie Jcard Day patutlah pun.Tapi diorang semua nie x kerja ke? Mesti sanggup ambil cuti gara-gara nak shopping.

Aku pecut kereta menuju ke Sunway Pyrimad.Terus ke kaunter nak beli tiket.Waktu aku ialah pukul 1:30 ptg.Tiba-tiba aku teringatkan HOT & ROLL dan terus beli & menikmatinya dengan nyaman tanpa gangguan sesiapa.

Selepas Menonton...
Memang best giler...kelakar sangat
rugi kalau x tengok...pecah perutlah & mesti sakit mulut sbb ketawa

Wednesday, January 13, 2010

Menanti Jawapan

Cerita semalam 12 hb Januari 2010

Jam 5 ptg
Tiba-tiba......................
Hati ini teringin nak buat sesuatu.Rindu pun ia jugak.Dengan tenang aku menaip SMS dan menghantar......

Jam 9 mlm
Tanpa putus asa aku masih menghantar SMS sekali lagi.Aku bukan memaksa tetapi sekurang-kurangnya reply balik SMS,jangan biarkan aku tertunggu-tunggu....
Aku masih menanti sampai ke subuh hari

Cerita hari ini 13 hb januari 2010
Jam 3 ptg
Tanpa diduga apa yang aku nantikan sudah terjawab.Walaupun hanya seketika sekurang-kurangnya aku tau dia masih mengingati aku.Apa yang menyeronokan " Dia " nak jumpa aku.

Dalam pada masa yang sama,hati aku berdegup laju kerana esok aku ada satu sesi INTERVIEW di section 16 Shah Alam.Tak ada kerja so aku saja-saja jalan pergi interview.

Tuesday, January 12, 2010

Kisah Lama Jadi Kenangan

Kenangan........
Sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan seseorang.Tak kiralah kenangan itu manis ataupun pahit, sesungguhnya kenangan itulah yang jadi semangat untuk teruskan kehidupan yang akan datang.Dengan tanpa dipinta kenangan yang mengusik jiwa akan datang & melayarkan saat-saat manis & pahit seseorang itu dengan penuh perasaan.

Kenangan 2009 terus jadi ingatan dalam sanubariku......
Banyak yang aku alami dalam tahun 2009.Sesungguhnya Tuhan ingin menguji laluan kehidupanku dengan pelbagai rintangan.Kadang-kadang aku melayan perasaan sunyi dengan mengimbas balik kenangan yang manis dalam hidupku dengan " seseorang " yang pernah hadir dalam diriku.

Adakah mimpi menjadi realiti?
Betul kata pencipta lagu " Yang Indah itu Hanyalah Sementara "
Kebahagian yang aku kecapi hanyalah sementara & datanglah ombak yang memukul pantai...........
Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi ini.Tetapi perit bagiku untuk melupakannya, bila tiba rindu yang mengamit datanglah kenangan itu.

Kau pergi meninggalkan kesan dalam jiwaku....
Aku terpaksa merelakan pemergianmu untuk kau meneruskan perjuangan hidup & kerjaya yang kau kehendaki.Aku hanya insan yang tiada kuasa untuk menahan & sekiranya itu yang buat kau bahagia aku REDHA........
Aku terpaksa belajar & mengenali APA ITU ERTI SABAR yang sebenarnya.Tanpa disedari masa bergerak dengan pantas..Sudah 5 bulan kau berjauhan denganku.Hanya kenangan yang menemaniku.

Apa yang boleh aku katakan......
Kau tetap dalam anganku...........
Bukan mudah untuk aku melupakanmu......
Hanya SMS yang menjadi pengubat RINDU

MUAHHHHHHHHHHHH
I WILL ALWAYS LOVE YOU


Monday, January 11, 2010

Jom Tengok AWAN DANIA

Siapa suka tengok AWAN DANIA?

Sila angkat tangan.....hehehehehehehe

Aku suka tonton drama bersiri AWAN DANIA di astro Ria.Aku akan tunggu depan TV pada pukul 10 malam hingga 11 malam setiap hari Isnin.Seronok layan cerita ini.

Dania watak yang dibawa oleh Scha memang sesuai sangat.Watak Benjy yg dipegang oleh Jehan Miskin memang sesuai.

Aku memang mengikut cerita ini dari Awan Dania 1 & Awan Dania 2.So aku boleh tahu jalan kehidupan Dania yang memang bercita-cita ingin menjadi FA (Flight Attendant).

So apa kata kita ramai-ramai saksikan kisah seterusnya Awan Dania setiap hari isnin........