CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Balik Kg & Kereta Rosak : (

Bertarikh : 28/02/2010


Serasa aku bulan nie kerap kali aku pulang ke kampung.Walaupun x jauh tapi agak memboringkan bila aku yang kena drive.Nak buat macam mana hanya itu saja kampung yang aku ado......

Balik pun sebab pakcik aku ada buat makan2 utk celebrate hari lahir anak dia yang bongsu.So x sedap pulak kalau aku & family x balik.Nak x nak aku pun balik.Sampai di kg pukul 6 lebih.Sampai2 terus makan & lepak2 bersama-sama keluarga.Sembang punya sembang jam pun bergerak ke angka 9 malam.Aku pun bergerak balik ke Shah Alam.

Se sampai saja di Tol Ebor, aku rasa ada yang pelik terjadi kat kereta aku.Alamak!!!!! kereta aku x pernah buat hal nie.Aku dah naik SUSPEN.Berdebar2 juga hati aku.Jangan buat hal jauh lagi nak sampai ke rumah nie.Tawakal saja lah......Akhirnya sampai aku di rumah & kereta aku memang mengalami kerosakan yang agak teruk.

Bertarikh : 01/03/2010

Esoknya aku TERPAKSA ambil cuti & pergi baiki kerata kesayangan aku.Kereta nie pun x pernah sekali buat hal.Mungkin kesilapan aku kerana mengabaikan dia ( kereta pun ada perasaan bila tuan x pernah ambil peduli).Memang sehari suntuk kereta aku di bengkel.Kerata aku siap repair & masa utk membayar.Agak mengeletar jugak tangan nie nak membayar bila jumlahnya mencecah RM 500.Apa nak buat memang salah aku : (
Redha sajalah..............

Dah siap kereta aku pun test.Aku ronda2 kat section 18 beli barang sikit.Pastu aku ingat nak jumpa Ayu kat kilang.Saja nak membuang masa.Lepak2 kat luar.Bermacam2lah kongsi cerita dari yang baik hinggalah yang buruk.Tak sempat pulak nak ambil gambar sebab terlampau syok bercerita.

Hilang 1 Kawan Lagi

Bertarikh : 25/02/2010

Hari nie adalah hari terakhir Aza di Syarikat Soutern Wire.Selama 8 tahun Aza berkhidmat di sini.Seronok dapat berkenalan dgn Aza.Dia seorang yang happy & dia jugak suka buat orang lain ketawa.Terasa jugak nanti bila Aza tiada nanti.Sunyi sepi tanpa suar yang agak nyaring nie hehehehehe.....

Apa2 pun Aku doakan ko berjaya ditempat yang baru & temui kawan2 yang baru.

Sempat bergambar semasa bfast di kantin.Lawa x jam yang Aza pakai tu? Hadiah dari kawan-kawan & tanda ingatan Aza utk kawan2 di sini.

Inilah saat2 yang paling sedih.Walaupun aku dapat kenal lebih kurang setahun lebih saja.Harap2 kita akan berjumpa lagi...bye2 AZA love u


Cuti Lagi

Bertarikh : 23/02/2010


Apa lagi hal ko nie Yan!!!!!!!!
Entahlah, aku memang dah xde mood nak pergi kerja.Otak aku memang dah x boleh nak terima apa saja yang berkaitan dengan kerja sekarang.Macam nak letak surat .....

So hari nie punya keputusan aku malas nak datang kerja.Bagitau boss aku nak cuti.Alasannya aku hentam saja janji aku dapat CUTI.Duduk rumah sekejap saja masa berjalan.Aku asyik mengira masa saja.Tau2 saja dah masuk waktu malam : (

* Malas telah menguasai diriku.....

Sambung Cuti

Bertarikh :17/02/2010


Aku nie suka-suka buat hal sendiri.Nak kerja aku datang, x nak kerja aku ambil leave.Orang lain yang raya orang lain lak yang x mau kerja.Kat Office pun sunyi sepi.Bos2 semua cuti panjang.Cam x cukup rehat nak jugak sambung cuti.Bila diingat balik masa kerja kat company lama jangan harap dapat buat macam nie.Ada perbezaan lah antara company lama & sekarang huhuhu : ).Duduk rumah pun bukan buat apa hanya tidur..............

Bertarikh : 18/02/2010

Malas masih bersisa.Tapi kena usaha jugak utk pergi bekerja.
Tiba-tiba aku rasa sesuatu yang kurang enak, aku alami pening yang x pernah aku rasakan.Bila aku berjalan aku rasa berpusing.Aku cuba tahan.Aku pergi ke kantin mungkin perut aku kosong.Masih terasa lagi.Aku berlari ke toilet & mengeluarkan semua apa yang aku makan.Tak boleh jadi nie.....aku nak balik & nak rehat.Dalam keadaan yang macam tu aku gigihkan jugak bawa kereta.kalau tengok aku drive macam ular kena palu.Jap2 aku ke kanan,jap2 pulak aku ke kiri.Lega bila dah sampai rumah.Aku rasa nak muntah & berlari pulak ke toilet.Bila lega aku terus baring & zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Bangun dari tidur perut aku terasa lapar & makan.

Saturday, January 16, 2010

Saja-Saja

Bangun pagi 6:15 pagi.......

Keluar dari rumah Ayu..Mata masih mengantuk.Sampai rumah mak pulak mintak bawa pergi pasar nak beli barang-barang untuk meniaga.Tengok jam...........

7:10 pagi....
Kelam kabut aku.Baju yang nak dipakai hari ini belum bergosok.Janji dengan siti pukul 8:30 pagi.Masa yang dijanjikan untuk berjumpa telah tiba.Dengan hati yang berdegup laju aku cuba tabahkan.

Sudah tiba tempat yang aku ingin pergi.Sebenarnya saja-saja je.Kalau dapat Alhamdulillah.Bukan senang jugak nak
jadi JURUTOL ini.Banyak jugak part-part yang kena buat.Kena buat test matematik dan sebagainya.Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman macam mana nak jadi JURUTOL ini.

Dah siap interview aku ajak Siti pergi Sunway Pyramid.Lagipun situ je yang paling dekat.jalan-jalan sambil makan Hoat & Roll.Tiba-tiba Siti kehilangan Handphone.Kami mencari & pusing dalam Sunway Pyramid.Nasib baik jumpa.Zaman sekarang bukan senang nak dapat balik bila dah hilang.Tak lama lepas tu kami terus pulang kerumah.

Wednesday, January 13, 2010

Menanti Jawapan

Cerita semalam 12 hb Januari 2010

Jam 5 ptg
Tiba-tiba......................
Hati ini teringin nak buat sesuatu.Rindu pun ia jugak.Dengan tenang aku menaip SMS dan menghantar......

Jam 9 mlm
Tanpa putus asa aku masih menghantar SMS sekali lagi.Aku bukan memaksa tetapi sekurang-kurangnya reply balik SMS,jangan biarkan aku tertunggu-tunggu....
Aku masih menanti sampai ke subuh hari

Cerita hari ini 13 hb januari 2010
Jam 3 ptg
Tanpa diduga apa yang aku nantikan sudah terjawab.Walaupun hanya seketika sekurang-kurangnya aku tau dia masih mengingati aku.Apa yang menyeronokan " Dia " nak jumpa aku.

Dalam pada masa yang sama,hati aku berdegup laju kerana esok aku ada satu sesi INTERVIEW di section 16 Shah Alam.Tak ada kerja so aku saja-saja jalan pergi interview.

Friday, January 8, 2010

TENSION Sangat!!!!!!!

Sekadar gambar hiasan

Adakah aku akan mengalami seperti gambar diatas?
Sesungguhnya sedikit sebanyak aku hampir terjebak dengan gejala ini.Sejak kebelakangan ini aku agak TENSION sangat.Tak terluah dengan kata-kata.Hanya tuhan saja yang tahu.

Esok hari sabtu.Lega rasanya...........
Tak sabar nak cuti dah tak sanggup nak mengadap kerja & orang-orang yang ada disekeliling aku

Opsssssssssssss
Macam terlupa sesuatu...
Macam nak wish happy birthday
Tapi kat siap yek?
Ohhhhhhhhhh

HAPPY BIRTHDAY GUNASEEGARAN

Thursday, December 31, 2009

Berakhir 31.12.2009

Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedar sudah sampai ke penghujungnya.Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2009.Apa azam tahun 2010?


Rasanya x ada azam kot?Bukan apa malas nak berazam-azam nie,sebelum-sebelum nie pun buat azam tapi rasanya x pernah 1 pun tercapai.Baik tahun nie x payah buat azam.

Yang penting aku nak jumpa Siti kat port biasa.Nak sembang2 tentang memori untuk tahun 2009 sebelum masuk ke tahun baru.Tak lama jumpa pukul 9+++ aku dah sampai rumah.

Tepat pukul 12 malam, terdengar bunyi bunga api yang berwarna-warni.Tanda kita sudah masuk ke tahun baru 2010.

Saturday, December 26, 2009

Macam Tak Percaya

Ya Allah....apakah nie ujianmu.........
Pagi2 lagi telefon rumahku berdering2.......
Sungguh x percaya sepupu emakku telah pulang kerahmahtullah.Dalam sekelipa mata saja.

KEMALANGAN BAS EXPRESS SANI DI IPOH.....
Apa kaitannya?????
Kemalangan ngeri tulah yang menyebabkan sep
upu emakku menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang sangat mengerikan.Pasangan suami isteri iaitu Allahyarham Shaharin Mohd Nor & Allahyarhamah Supiah Adam meninggal dunia di tempat kejadian.Tak dapat bayangkan kesedihan anak2 yang kehilangan ibu & ayah dalam sekelip mata.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman....Amin

Tuesday, December 22, 2009

Atok!!!!!!!!!!

Fobia aku bila dapat panggilan dari rumah.......

Panggilan kali pertama :-
Emak memberitahu yang atok sudah dibawa pulang kerumah dan keadaan atok sangat nazak.Emak menyuruhkan aku pulang segera.Aku hanya kata " Ya ".Terus aku buat panggilan kat adik aku supaya tidak bekerja lebih masa.

Panggilan kali kedua :-
Berita yang sangat menyedihkan, atok aku telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 1:33 ptg.Aku macam x percaya dan bertanya dengan emak sekali lagi : ( aku terus call adik dan dalam keadaan kelam kabut aku terus pulang kerumah.Aku hanya sempat melihat jenazah atok aku yang diselubungi dengan kain.Jenazah siap dimandikan & dikapankan pada pukul 4:30 ptg dan dikebumikan dikampung halamannya di Beluru,Kuala Kangsar Perak.Itu adalah pesanan arwah bila dia meninggal jenazahnya perlu dikebumikan ditanah lahirnya.Keseluruhan kerluarga bergegas pulang kekampung & jenazah dikebumikan selepas isyak jam 9:30 malam.

Selepas semuanya selesai dengan majlis tahlil selama 3 hari berturut-turut aku pun pulang semula ke rumah pada hari jumaat petang.

Semoga arwah atok ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.....Amin

Thursday, November 5, 2009

Salam Takziah

Aku mendapat panggilan dari adik kawanku tepat jam 0645 pagi.Aku yang masih dalam tidak sedarkan diri tetiba terkejut dgn berita yang aku dengari.

Sungguh mengejutkan yg kawanku berada didalam ICU dihospital Tengku Ampuan Rahimah.Lagi menyedihkan apabila anaknya telah pulang kerahmatullah dalam usia 7 bulan......

Aku pun call semua orang yg mengenali dirinya dan memberitahu keadaan yg sebenarnya.Aku pun bergegas menuju ke kapar utk menziarahi jenazah.Sedih bila melihat bayi yg cukup sempurna tiada harapan utk melihat duniawi yg banyak dugaan.Mungkin Allah lebih menyayangi bayi tersebut.Lama aku berada disana sehinggalah bayi tersebut siap dikebumikan.Hati pun terasa lega bila mendapat berita yang kawanku telah sedarkan diri........



# Semoga kawanku dpt tabahkan diri dlm menempuh setiap dugaan yg Allah berikan.Kami sbg kawan akan sentiasa memberi semangat dari belakang......amin

Thursday, October 8, 2009

Alamak!!! Tayar Kereta Bocor

Alamak!!!! Kenapa dengan tayar nie.....Aduyai,masalah nie.Tapi nasib aku sangat baik sebabnya tayar tu bocor dikawasan rumah.

Apa lagi,aku panggil abahhhhhhhhhhh......tolong tukarkan tayar nie : ) berpeluh2 gak orang tua tu.Aku hanya tolong tengok je : ) Aku terpaksa halfday hari tu.Lepas settle semuanya aku sambung tidur...cam aku lak yang tukar tayar.

Thursday, August 20, 2009

Tak Boleh Tidur : (

Sedihnya aku.....
kenapa aku x boleh tidur?sedangkan aku amat keletihan hari nie.Dalam tidur aku boleh berfikir apa yang akan terjadi pada hari esok.Pusing kanan, pusing kiri masih sama.........

Tanpa berfikir lagi aku pun online & layan internet.Layan punya layan aku tengok jam pukul 4:30 pagi.Mata pun dah terasa berat.Alih2 aku tetidur jua.Bangun pagi dengan mata yang masih mengantuk.

--> Activiti hari nie <--

Waduh!!!!
aku kena buat kerja yang dah 2 hari aku tinggalkan.Tapi otak aku memang jam.
Tiba2 bos dari taiwan datang tanpa memberitahu.Bos aku pulak sibuk nak itu & inilah semuanya kelam kabut.Bila aku tanya sekali lagi, bos tengking aku.Sedih lagi aku tersentap sekejap (tapi aku rasa dia xde niat aku je yg perasan kot).Lagi sekali aku kepenatan.

Yang bestnya bila waktu balik aku mesti akan lepak minum dengan " seseorang " yang baru saja aku kenali.Bestlah dapat kawan yang boleh layan karenah aku.Sementara aku nak lupakan kesakitan yang aku alami nie, sekurang2nya ada jugak orang yang sanggup mendengar masalah aku nie.Boleh dikatakan dah 3 hari berturut2 lah aku pergi minum dengan dia.

Monday, August 17, 2009

hehehe

Hi....
Rindukan saya tak?
hahahahahaha.....mesti ada yang tertanya2 kemanakah menghilangnya empunya blog nie kan?
Saya ada,tak kemana2 pun cuma tak dapat nak meluangkan masa untuk meng-update kan blog nie.Tetiba idea & tahap kerajinan sudah hilang utk dilakarkan didalam blog nie.Hari tu beria-ia aku berazam nak update blog semula alih2 hampeh..........apa nak buat at this moment aku memang berada ditahap kritikal dengan situasi yang aku alami sekarang ini.

Kadang2 aku pun rasa sedih jugak ialah tak tau apa akan jadi dengan BLOG nie.Maybe akan lenyap begitu saja.Entahlah.....susah nak diceritakan.Aku sendiri pun tak tau apa nak jadi dengan diri aku nie.Banyak sangat masalah yang aku alami terutama sekali masalah HATI & PERASAAN.Sapa yang nak tolong jawab......

Friday, May 15, 2009

Hanya SMS

Semalam aku terima sms.......

Dia : Are u ok? saya jumpa awak esok.....

Aku : Saya try 2 ok....I say sorry at U :(

Dia : Jgn selalu say sorry awak adalah kesayangan saya, please remember

Aku : Saya memang teruk kan, sangat teruk.....

Dia : Awak x teruk u my baby girl

So, hari nie rasa ceria sikit..tapi ceria itu hanya sementara saja.Tengah harinya aku dapat sms......

Dia : Yan,hari nie date kita cancel bcuz ayah saya sakit.

Lama aku berfikir....perlu ikut kata hati atau otak
Waktu balik baru aku reply.......

Aku : Perkara per-1 yg perlu awak buat ialah jaga ayah awak.Perkara ke-2 kalau awak perlukan saya sms saya bila2 masa saja.

Aku kena belajar jangan hanya " pentingkan diri sendiri " w'pun aku memang memerlukan dia......semua ini adalah dugaan :(

Monday, May 4, 2009

Kisah Selanjutnya.....

......Sambungan dari kisah semalam.


Bengang tetap bengang.Terbawa-bawa sampai ke tempat kerja.Tapi aku kena bezakan antara masalah "personal" dgn masalah "kerja".Tapi aku rasa puas bila aku meluahkan dengan.....menangis


Balik dari kerja, aku pun jalan sorang2 kat SACC MALL.Aku gi bayar bil phone & aku ikutkan rentak kaki kemana saja dia berjalan.Akhirnya aku sampai di ALAM SENTRAL.Aku pun teringat yg aku perlu beli sesuatu iaitu MINYAK WANGI.Dalam tengah buat pemilihan, handbeg aku bergegar.Rupanya handphone aku menerima msg....

Dia : Had u dinner & still angry

Entahlah sedangkan hati nie nak marah, tapi bila dia dah sms mcm tu aku langsung cayor......hilang marah tu sekelip mata.So aku pun reply msg....

aku : when u nak dinner with me....

Dia : try 2 wed or fri

Sunday, May 3, 2009

Perlu Ke Aku Berasa BENGANG?

Apa makna BENGANG sebenarnya?
Atau memang perlu BENGANG bila setiap kali kita ditimpa sesuatu bencana?Mengelirukan..

Perkara bodoh yang aku buat :
1. Sanggup aku cancel nama dlm pertandingan bowling, semata2 aku xde mood nak main.Otak aku memang jam masa tu.Kalau aku paksa main gerenti bola yg aku baling bnyk masuk longkang.Maaf pada kwn2 yg mengharapkan aku dtg utk main.

2. Excited nak keluar, dlm perjalanan dpt msg...lambat sampai " Dia " nak balik.Aku reply & Dia reply balik apa kata next week jumpa.Aku tengah drive tapi otak aku memang rasa nak meletup.Sampai je aku terus tanya " are u busy " dgn jawapan yg ikhlas dia jawab " Yes " .Aku pun bgtau dia..awak settlekan apa yg perlu & c me next week.Dengan hati yg sebal, aku masuk dlm kereta terus pandu laju tanpa pandang belakang.

3. Aku perlukan seseorang utk lepaskan apa yg aku rasa.Aku jumpa dah orgnya.Kesian " Mamat " nie jadi magsa aku.Tapi mamat nie ok & anytime je.Mamat nie ajak temankan dia makan.So aku dgn rasa nak x nak pergilah jugak bawak dia makan.Sembang punya sembang jam dah pukul 2:45 ptg.So aku pun bgtau dia aku nak balik.

4. Sebenarnya bila aku rasa sesuatu yg x menyenangkan, aku akan buat benda yg x sepatutnya.Tanpa aku sedar aku drive sampai ke USJ.Mencari seluruh kawasan USJ tapi hampa.Aku x jumpa?Bukan sekali 2 aku meronda ada dekat 1 jam aku berpusing dekat area USJ.Dengan putus asa nyer aku balik.Berkali2 aku pesan dgn hati...SABAR..SABAR & SABAR.Kalau dia tipu aku tuhan akan tunjuk kebenarannya..


* Bukan utk menyebarkan masalah dalaman,tapi aku perlu utk meluahkan,sekurang2nyer aku boleh bernafas seperti biasa.

Thursday, April 2, 2009

If You Know...Wat Happen To ME...

Tragisnya gambar......
Begitulah aku alami sekarang.Perit....terluka....sedih....merana....meraung....menangis....meronta...& apa lagi yang perlu aku luahkan.

Saturday, March 21, 2009

Kerja vs Jalan

Hari nie aku kena kerja cuz nak tolong kakak nie key-in document dalam PC.Datang kerja kul 8:30 pg.Tapi yang bestnya,petang ada janji......tempat yg dituju still xtau lagi.Excited giler...

Tapi sebelum nak jumpa petang tu,aku kena gi hospital SMC tgk my cousin operate cuz kena appendix pulak.Lepak kat SMC sampai pukul 2 ptg.

Dapat msg....apalagi terus gi jalan2lah..nak tau gi mana?
Aku gi AMCORP MALL.1st time aku sampai sana.xde apa yg best pun.Apa yg aku lihat bnyk buat jualan brg2 lama.Brg yg aku x pernah tgk pun boleh jumpa kat situ.X lama kat sana & cari tmpt utk lepak.Depan AMCORP MALL ada tasik.So aku pun stay kat situ sambil jalan...sambil sembang.Cuaca amat panas,tapi dah berjalan xsedar keadaan sekeliling..1 perjalanan yg aku tak pernah rasai....bagi aku ianya meninggalkan kesan yg paling dalam buatku.

So....maknanya antara :

KERJA vs JALAN

mestilah " JALAN " yg menang.Sbb....hanya aku saja yg tahu :P

Tuesday, March 17, 2009

hahahehehuhu

Terperanjat...bila aku dapat komen (ShoutMix) dari orang yang aku tak sangka.Mcm xcaya pun ado...xsangka aku gak yg minah nie ada blog.Thanks lah ko sudi korek2 cari kwn2 lama.So bertambahlah lagi kawan blogger aku w'pun rumah ko & rumah aku xjauh...kiranya aku jerit ko boleh dengar...tapi sekarang xleh dah,orang dah ada umah sendiri & dah ado suami.

Betul gak cakap minah nie...rumah dekat tapi jaranglah nak bertegur sapa..cerita dulu-dulu,masa tu masih dialam remaja still mentah lagi.Skrg ok dah..leh sembang2 dlm blog xgitu PN AZLIA hehehehehehe

* aku dah add kan blog ko kat dalam list aku....so aku akan dtg umah (blog) ko selalu,itu pun kalau ko ajaklah.Pndai gak ko buat ayat2 dlm blog tu..kelakarlah aku baca.nnti ko bagi meriahkan sikit blog tu...rajin2 korek apa yg patut..
ok lah,ko pun dtglah kat blog aku selalu & komenlah apa2 yg ko suka....