CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Showing posts with label Myself. Show all posts
Showing posts with label Myself. Show all posts

Tuesday, January 19, 2010

Phone Baru

***********

*********

*******

****

**
Kalau ada duit lebih mesti ada benda yang nak dibeli.Inilah benda yang aku kena beli.Terpaksa pun sebab phone yang lama dah rosak.Apa boleh buat.Phone yang lama tu pun dah berusia 3 tahun.

Wednesday, January 13, 2010

Menanti Jawapan

Cerita semalam 12 hb Januari 2010

Jam 5 ptg
Tiba-tiba......................
Hati ini teringin nak buat sesuatu.Rindu pun ia jugak.Dengan tenang aku menaip SMS dan menghantar......

Jam 9 mlm
Tanpa putus asa aku masih menghantar SMS sekali lagi.Aku bukan memaksa tetapi sekurang-kurangnya reply balik SMS,jangan biarkan aku tertunggu-tunggu....
Aku masih menanti sampai ke subuh hari

Cerita hari ini 13 hb januari 2010
Jam 3 ptg
Tanpa diduga apa yang aku nantikan sudah terjawab.Walaupun hanya seketika sekurang-kurangnya aku tau dia masih mengingati aku.Apa yang menyeronokan " Dia " nak jumpa aku.

Dalam pada masa yang sama,hati aku berdegup laju kerana esok aku ada satu sesi INTERVIEW di section 16 Shah Alam.Tak ada kerja so aku saja-saja jalan pergi interview.

Monday, January 4, 2010

Cuti !!!!!!!!

Setiap kali nak masuk hari isnin saja mulalah mood pun bertukar menjadi " MALAS ".Mungkin penyakit " Monday Blues" sudah datang.Dalam keadaan aku yang memang dah tak ada mood nak kerja terus aku saja apply cuti.


Pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun tak pergi kerja.Sudah berjanji dengan Siti nak jumpa di USJ seksyen 21.Ada program sikit.Jalan-jalan dekat The Summit, tiba-tiba aku terkenangkan " Sweet Memories " disitu.Sebak aku seketika......Terfikir jugak dikepala ini, bilakah aku akan dapat balik kenangan itu?

ENTAHLAHHHHHHHH........

Friday, November 6, 2009

Frust : ( Date Cancel

Hati mana yg x sakit, bila date yg sepatutnya berlangsung hari tu kena cancel.Aku punyalah excited naak berjumpa dgn dia...tetiba phone aku menerima call dari dia.Suspen gak bila dia call,ingatkan dah sampai rupanya dia masih dipejabat.Dia menyuruh aku tunggu dia & aku hanya katakan aku x mau tunggu lagi lama.So lebih baik x payah jumpa....lain kali saja.

Lagi yg menyakitkan hati bila dia menyuruh aku yg buat janji bila boleh jumpa.Aku hanya katakan lagi pada dia jgn berjanji nanti x akan tertunai janji tu......

Mungkin aku tiada jodoh utk ketemu sama dia :(

Wednesday, August 26, 2009

Amanah Yg Ditinggalkan

Sekarang Pokok nie diamanahkan pada aku utk dijaga.So aku akan jaga pokok nie sebagaimana aku menjaga diriku sendiri.Banyak memori aku dekat pokok nie.

Pokok nie aku anggap hadiah sempena hari lahir aku.Tuannya akan ambil balik bila tiba masanya.Aku hanya menjaga buat sementara waktu sahaja.

Monday, June 1, 2009

Cepat Betul Masa Berlalu

Betul kata orang dulu-dulu, bahawa masa tidak menunggu kita.Kita yang akan mengejar masa itu.Sekarang sudah masuk bulan baru iaitu bulan June hanya tinggal 6 bulan saja lagi untuk kita masuk ketahun baru 2010.Ya Allah....makin lama makin meningkat umur aku.

Apa lagi yang akan aku alami pada bulan ini.Adakah aku akan alami kemuraman yang berpanjangan atau kebahagian yang sedang menanti dihadapan.Siapa yang tahukan....Kalau boleh aku ingin sentiasa "tersenyum" seperti gambar-gambar dibawah ini.Aku sudah penat untuk layan perasaan sedih, muram, duka dan sebagainya.







Sunday, May 31, 2009

Kain Batik

Hari nie adik aku yang gi melancong kelangkawi akan pulang.Aku jugak yang jadi mangsa kena ambil dia ditempat kerja.Dan menggangu terus keindahan aku semasa tidur.Hilang segala mimpi-mimpi yang aku tunggu.

Nasib baik dia ada beli souvenir utk aku.X jadi nak marah2 :)

Apa aku nak buat dgn kain batik nie??? Boleh tahan jugak coraknya, cuma colour je yang aku kureng minat (dah dibagi x reti nak terima kasih) kenalah aku cari kain utk buat bajunya.Boleh buat raya nanti hahahahahahahaha

Monday, May 25, 2009

Inilah Keadaanku

Sejak sebulan yang lalu, aku menghadapi serangan mood yg sangat teruk.Entahlah sampai bila aku akan berkesudahan atau akan terus begini.Mengapa ini semua terjadi keatas diriku.Kadang2 kita terlupa bila saat bahagia menjelma......Boleh ke aku menjadi orang yang tabah? Aku ada menampal satu ayat yg aku rasa ayat itu adalah realiti :-

# Selalunya orang yang kita sayang, suka buat kita teruji.....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita keliru....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita terluka.....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita terkilan.....

# selalunya orang yang kita sayang selalu membuat tahap kesabaran menipis & suka membuatkan ia hadir bila memerlukan & pergi tanpa pesan....

Apa yg terurai diatas memang terjadi keatas diriku.Kalau aku x kuat mau aku jadi orang separuh " gila ".Susah bila nak menyingkirkan nama yang telah tertanam didalam hati ini.

Tuesday, April 28, 2009

Cantik Tak?

Hobi aku nie x kan hilang sampai bila-bila kot.Tapi kali nie memang aku beli sebab handbeg yang lama memang dah koyak.Masa nak pilih tu, memang aku pening kepala.anyak sangat pilihan.Aku nie suka handbeg yg besar ruangnya.Senang nak masuk apa2 yang patut.Yang nie x tau berapa lama boleh tahan.

Friday, April 17, 2009

Plan Lain, Buat Lain

Aku sebenarnya hari nie dah plan, balik kerja nak duduk rumah.Banyak benda yang perlu aku lakukan.Tup..Tup..Tup..Tup Abg Zul ajak aku main bowling pulak.Terbengkalai lagi kerja rumah aku.Serba-salah gak nak tolak.Nanti orang kata aku sombong.Nak x nak, aku join gak diorang main bowling dekat OLE-OLE SECTION 18 SHAH ALAM.

Datang awal tapi malam nie ramai pulak yang datang utk main bowling.So kena tunggu giliran.Start main dalam pukul 9:45 mlm.Yang buat happy nya ialah kerenah diorang tu.Macam2 cara baling pun ada.Yang main 9 orang lelaki seorang perempuan (yg pompuan tu akulah).Main pulak free, siapa lagi kalau bukan Abg Zul yang sponsor.Memang bestlah terhibur jugak hati aku yang lara nie...

Disebabkan lambat start games yang ke-2 aku dah stop.Tengok jam dah pukul 11:30 mlm.Alamak.....kena balik.Dah terlalu lewat sangat.


p/s : Thanks kat abg zul cuz belanja Yan main bowling & memang happy sangat :)

Wednesday, April 15, 2009

I'm Back 2 Blogging


Hi.....kengkawan blogger
Lama x dengar cerita & x jenguk blogger2 semua.
Maaflah....Yan berehat sekejap dari blogging cuz Yan mengalami sakit " Perasaan " sampai menjejaskan mood untuk update blog.

So sekarang Yan rasa sudah kembali " Normal "...hopefully ok
Semoga aku boleh senyum seperti gambar diatas.Aku dah x larat nak menanggung sakit perasaan....

Tuesday, March 31, 2009

Give You T-Shirt

Aku nie memang suka belikan sesuatu pada orang yang aku kasihi.Apa yg aku pandang tu yg mengingati dia.Bukan bodek..tapi tulah cara aku menyayangi seseorang.Harga x penting,tapi pemberian yang ikhlas tu buatkan dia tau yang kita sayang akan dirinya.

Harap 1 hari nanti dia akan pakai baju ini depan mata aku.Aku ada tanya kenapa x pakai baju yang saya beli? Kelakar dengar jawapan dia.....tau dia jawab apa......MALU :)



Saturday, March 28, 2009

Manis Masa Bercinta

Fuyooo.....ngeri tengok tajuk kali nie.Kalau tuan rumah ngeri...kwn2 lak apa perasaan?????? Tapi tulah hakikatnya,masa bercinta memang indah (tapi tul ke aku nie bercinta?????) lupa diri jap..kawan2 dulu kalau ok baru fikir jalan seterusnya.

Setiap kali keluar yg jadi masalahnya ialah x tau nak pi mana.Yg penting aku dapat jalan2 sama dia.Alih2 dia bawak aku gi BANGSAR VILLAGE.Alamak tempat yg high klassss beb.Xreti aku nak jalan2 kat situ.x berapa nak sesuai ngan jiwa aku...setakat jalan2 & tengok tempat 2 ok lah..sekurang2nya bila org cerita tempat nie aku leh lah sampuk sikit2 hahahahahahaha

Dah penat jalan2 kat Bangsar,cari taman tasiklah..nak discuss apa yang patut.Tapi aku terus bertukar mood sedih.Bila aku tahu sesuatu yang aku rasa sebenarnya aku x perlu tahu.sepatutnya aku ucap terima kasih pada dia jujur menceritakan apa yg berlaku pada masa silam,but aku x boleh nak accept.Cerita itu membuatkan aku didalam " DILEMA ".(alamak terlupa plk,aku cerita detail sgt...malunya,tapi kat sinilah aku nak luahkan apa yg aku rasa) Balik dari taman,aku dah start pikir yg bukan2 & tidur pun hanya tidur2 ayam..pedihnya utk menerima kebenaran....

Sunday, March 8, 2009

~ Happy ~

Hari nie happy ke?
Kenapa yek....

Yelah semalam date kena postpone.So hari nie dia hantar msg ajak jumpa.Tapi yang buat aku geram,suka bagitau last minit.Bila masa aku nak bersiap.Sent msg pukul 2,tapi nak jumpa aku pukul 2:30 pm.Aku x siap apa2 pun.Sebenarnya aku ingat x jadi.Kelam kabut aku dibuatnya.Nasib baik lah sayang,kalau x memang dah kena cekik.

Dia ajak aku lunch,tapi xtau nak makan apa.Alih2 kenyang makan angin je.Bayangkan dari Petaling Jaya masuk Kelana Jaya jumpa Puchong & jumpa kedai makan kat section 20.Tapi ok lah,sekurang2nya aku dapat berbual,bermesra dengannya.

Sebelum balik,aku bagitau dia yang aku nak pergi JJ Bukit Raja.Ingatkan nak tengok wayang dengan adik.Tapi tiada cerita yang best.So aku hanya jalan-jalan je kat JJ.

Saturday, March 7, 2009

Nak Rasa Sedih,Geram @ Simpati

Seronok bila aku akan ada temujanji dgn orang yang aku sayang.Siap dah plan mana aku nak pergi.tup...tup...tup...tup

Malam sebelum aku berjumpa,aku terima 1 sms :

SMS : Yan saya jumpa awak ahad atau minggu depan (alasan yg tidak blh dituliskan) n very sorry

SMS AKU : Take care (alasan yg tdk blh dituliskan) bye

So,what can i do?Nak rasa sedih,geram ataupun simpati.Aku x boleh nak pentingkan diri sendiri.Tak pelah dengan alasan yang diberikan aku terima seadanya.....

Wednesday, February 18, 2009

Cerita Serba Ringkas

1) Pada hari Isnin bertarikh 16 hb Februari aku jatuh sakit lagi.Pagi2 lagi aku terus ke klinik sekadar hanya utk ambil ubat sahaja.Alih2 doctor bagi aku MC utk hari tu.Ikutkan aku memang tak nak MC,tapi memandangkan aku memang dah kehabisan tenaga.Buruklah rekod aku.....tapi nak buat macamana,bukan ku pinta sakit tu datang.


2)

Ini kuih Cucur Badak.Cik Uji tetiba rajin buat kuih nie.Nak buat menu petang.Kalau selalu Cik Uji buat kuih yg sodap2,bila masa anak2nya nak dapat kuruskan badan.Dugaan....Dugaan

3) Dalam minggu nie aku tak ada date.Boringnya....tak tau kenapa?selalunya ada orang ajak aku lunch or dinner.Masing2 sibuk dgn hal sendiri.W'pun tak dapat date,SMS menjadi pengganti diri.

Monday, February 16, 2009

Anniversary My Blog 1 YEAR

Actually...Anniversary My Blog pada 13 hb Februari 2009.Pejam celik dah setahun umur BLOG aku.Sekejap betul masa berlalu.Dalam blog nie juga aku luahkan bermacam-macam cerita kehidupan serta kisah suka & duka untuk dikongsi bersama blogger2 yang lain.

Monday, February 2, 2009

Antara Dia & Teman Baru

Apa yang harus aku ingin lakukan?????Pening untuk memikirkan apa yang aku alami,di antara kasih sayang untuk " DIA " atau memikirkan tawaran yang sedang menantikan kehadiran " TEMAN BARU " dalam hidupku.

Suruh tanya sama hati....Of course lah aku sayangkan " Dia ".
Why???????
Entahlah buat masa nie aku lebih selesa bersama " Dia ".Segala-galanya hanya utk " Dia ".Apa istimewanya " Dia " ?

Istimewanya " Dia " :-
1) Terlalu Caring..i like it :)
2) Mengambil berat tentang diriku & everythings
3) Makan & minum aku sentiasa di jaga.
4) Of course...Romantik habis
5) Tak perlu risau tentang kewangan...dah tentu stabil
6) Penyayang..Baik hati

* Bermulanya kisah nie ialah dari SMS & terus berputik menjadi bunga-bunga cinta.hahahahahaha kelakarlah....Dan aku pun tak tahu respon yang di beri dari pihak " Dia " adalah membrangsangkan.Banyaklah kenangan aku bersama " Dia " semasa menjalani proses kenal-mengenali di antara satu sama lain.Gaduh tu perkara biasa.Aku nie jenis yang cepat sensitif & kuat jugak merajuk...nasib baik " Dia " jenis yang cool.

Cukuplah cerita pasal " Dia ".Terlalu awal utk di ceritakan sepenuhnya.Takut apa yang di impikan hanya separuh jalan sahaja.


Friday, January 23, 2009

Aku Jatuh Sakit

Gara-gara aku kena marah dengan Bos.....aku terus jatuh sakit...Amboi manjanya Yan......Apa nak buat,memang dah nak sakit.Lagipun office mate aku pun ada yang deman...so aku dijangkiti.

Pagi2 lagi aku terus ke klinik.Memang dah tak tahan sangat.So,Bos suruh aku balik & rehat.Baiknya hati Bos...nak pujuk akulah tu......hehehehehehehe :)
Memandangkan esok aku nak gi jalan2 di KLIA aku kena makan ubat supaya cepat sihat.


Tuesday, January 20, 2009

Jauhnya Menung

Apa lagi yang jadi masalahnya.........

Bermenung......
Jangan dibiarkan menungan itu menjadi lara dihati...cewahhhhhhh
Apa dah jadi Yan?????
Kenapa bermenung?
Ingatkan siapa?
Apa yang difikirkan?
Adakah hati sudah ditawan?
Opssss.......

Nantikan cerita selanjutnya sedikit demi sedikit....