CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Showing posts with label Favourite. Show all posts
Showing posts with label Favourite. Show all posts

Thursday, March 4, 2010

Nak Tengok MY KHAN Kat Panggung

Bertarikh : 16/03/2010

EXCITED.....salah satunya aku dah lama x jumpa dengan sahabat baik aku iaitu Yati (a.k.a Mek) & satu lagi nak pergi tengok wayang.Cerita apa......
Of courselah cerita yang aku dah lama x layan iaitu MY NAME IS KHAN.Nak tau sapa pelakon dia dah tentu2lah DATUK SHAH RUKH KHAN (cam pelik lak nak panggil Datuk) & heroin pulak si cantik jelita KAJOL.

TAPI apa yang buat aku kecewa ialah, hanya 1 panggung saja utk tayangan ceritu tu di SUNWAY PIRAMID.
ALAMAK!!!!!!!!!!!!
Panjangnya barisan.Tengok tiket lak semuanya full.Apa kes nie?
Nak tau akhirnya apa.....
Aku & Mek x jadi tengok.Jalan-jalan kat Sunway & pergi bukit raja & balik...
Memang FRUST : (


MY NAME IS KHAN
Tarikh tayangan : 11/02/2010
Pelakon : Shah Rukh Khan, Kajol

Wednesday, March 3, 2010

Karnival Karangkraf

Bertarikh : 29/01/2010
Aku nie pantang dengar ada karnival atau pun pesta buku.Sangat alergik bagi aku.Macam biasa waktu lunch hour aku terus menuju ke KARANGKRAF di SECTION 15 SHAH ALAM.Woiii bermacam-macam jualan yang penting duit mesti ada dalam tangan.Bagi aku yang penting ialah NOVEL.Bila sampai kat boot ALAF21 aku pun jadi gila.Rasa-rasa semua novel aku nak beli.

Main ambik jer....tgk cover cun aku beli.Tgk dalam bakul dah penuh.Sekali gi bayar kenalah RM80++++.Nasib baik rezeki tu murah, cam kena jer dapat BONUS beli novel hahahaha : )

Monday, January 11, 2010

Jom Tengok AWAN DANIA

Siapa suka tengok AWAN DANIA?

Sila angkat tangan.....hehehehehehehe

Aku suka tonton drama bersiri AWAN DANIA di astro Ria.Aku akan tunggu depan TV pada pukul 10 malam hingga 11 malam setiap hari Isnin.Seronok layan cerita ini.

Dania watak yang dibawa oleh Scha memang sesuai sangat.Watak Benjy yg dipegang oleh Jehan Miskin memang sesuai.

Aku memang mengikut cerita ini dari Awan Dania 1 & Awan Dania 2.So aku boleh tahu jalan kehidupan Dania yang memang bercita-cita ingin menjadi FA (Flight Attendant).

So apa kata kita ramai-ramai saksikan kisah seterusnya Awan Dania setiap hari isnin........

Sunday, January 10, 2010

Malam AJL 24


Malam ini akan digegarkan dengan ANUGERAH JUARA LAGU 24.Seramai 14 penyanyi akan bertanding dengan cara yang tersendiri.


Aku paling suka persembahan :
a) Misha Omar dengan lagu : CINTA ADAM & HAWA
b) Black dengan lagu : AKU SAYANG AKU RINDU
c) Faizal Tahir dengan lagu : BECINTA

Dan keputusannya :
Tempat Pertama : Aizat - Pergi
Tempat Kedua : Yuna - Dan Sebenarnya
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Becinta
Persembahan Terbaik : Aizat - Kau Aku
Vokal Terbaik : Black - Aku Sayang Aku Rindu

Wednesday, January 6, 2010

Hot&Roll

Yummy.....Yummy......Yummy
Sedapnya.......
Aku ingin bertanya kepada kengkawan, pernah makan tak Hot & Roll ini.Mula-mula aku pun tak tau tentang makanan ini tapi kawan tempat kerja yang memperkenalkan.Bagi aku memang sedap GILER lah.Ini kali kedua aku nak makan.Sanggup aku keluar waktu lunch pergi SUNWAY
PYRAMID nak makan HOT & ROLL.

Paratha Wrap


Ini adalah menu yang disediakan.Bermacam-macam jenis perisa yang ada.Dengan harga yang berpatutan.Samada nak makan kat situ & bungkus pun boleh.


Sunday, December 28, 2008

Juara SEHATI BERDANSA 2

Akhirnya......
Pasangan LISDA & FAUZI telah berjaya mendapat gelaran JUARA SEHATI BERDANSA 2.Memang pasangan ini yang aku suka utk merebut gelaran itu.


2 Pasangan akan bertanding dalam merebut gelaran JUARA SEHATI BERDANSA 2.
Pasangan2 tersebut ialah :-

a) Amyza & Khairil
b) Lisda & Fauzi

Sunday, September 7, 2008

Salam Sakaratulmaut

Kengkawan ada tak tgk cerita kat ASTRO PRIMA.Bagi aku jalan ceritanya memang best giler...Biasalah arahan RASHID SIBIR memang ada kelas gitu!!!!!!!!

Aku tgk sampaikan bawa dalam tidur & boleh ulang tayang w'pun dalam tidur.Apatah lagi tgk Aqasha dalam ceritu hensem lah pulak.Bergandingan pulak ngan pelakon airmata Norkhairiah.
Layan drama tu ibaratkan aku dalam cerita tu.Ntahlah tak tau nak di gambarkan & tak dapat bayangkan sekiranya yg terjadi tu adalah DIRI kita sendiri.Nauzubillahhhhhhh........

Nota :
Kalau ada ulangan kena tengok & hayati jalan ceritanya......

Thursday, August 28, 2008

Kekasihku Seru


Ada kengkawan yang mengikuti cerita "KEKASIHKU SERU"best tak?Pada aku best gak lah.Aku suka tengok Fizz Fairuz dalam cerita nie..Slow & Steady je watak dia.So aku ada letakkan Episode utk minggu nie punya.Saksikanlah........

Tuesday, July 8, 2008

Sindarela - Sin,dar & ela

Aku dah tatau nak update cerita apa.No idea & ilham.Apa kata aku ceritakan drama yg
sedang hangat ditayangkan di TV.Aku rasa ramai gak yg layan cerita nie....So Layannnnnn

Sebelum nie aku jarang lah nak tgk cerita nie.Rasanya cam ntah apa2 je.But bila layan
satu episod ada plak part2 yg romantik,terus jatuh hati ngan cerita nie.Aku dah tak
sabar nak tgk siapa yg akan jadi kekasih Zoela antara Hussien @pun Haidar.Kdg2 part
yg kelakar tu ketawa hampir2 nak pecah perut.Sekurang-kurangnya cerita nie selitkan
adegan romantik,kelakar,penyiasatan dll.So diharap penonton saksikan cerita SINDARELA
nie sampai penghujungnya.

Waktu Siaran : 9 malam ~ 10 malam
Hari : Selasa
Channel : TV3

Saturday, May 24, 2008

Mohabbatein - Movie in TV3

Alamak!!!bestnya cerita hindustan hari nie,takde angin & ribut tau2 je dah start
tayang kat TV3...Tambahan dalam movie nie HERO aku yg berlakon sapa lagi kalau
bukan SHAH RUKH KHAN..tak boleh ketinggalan :-)


Wednesday, May 14, 2008

Cerita Indon - Kawin Muda



Entah camne aku boleh tersuka pulak cerita Indonesia kali nie...
May be jalan ceritanya best..ada unsur2 kelakar yg boleh memecahkan
perut.....

Para pelakonnya :-
a) Agnes Monica
b) Okan Kornelius
c) Irwansyah
d) Samual Rizal

Ditayangkan setiap Isnin hingga Jumaat
Keudara pada 7.30 malam ~ 8.00 malam
Saluran RTM
Jadi kita saksikan ramai2 ye........

Wednesday, May 7, 2008

Akasia : Bella

Marilah tonton Akasia : Bella
Makin nak habis,makin rancak ceritanya..
Kalau ditonton dari mula rugi rasanya kalau tak tau jalan kesudahannya.




  • Waktu siaran : Isnin ~ Khamis
  • Waktu keudara : 6.30 ptg ~ 7.30 mlm
  • Para Pelakon :

  • Elly Mazlein - Bella / Tengku Julia Sandra
  • Iqram Dinzly - Zahar
  • Azhar Sulaiman - Shah
  • Ako Mustafa - Dr.Rayyan
  • Irma Hashim - Dr.Mia
  • Scha - Sofia
  • Yatt Hamzah - Farra

Sunday, March 2, 2008

My Hero...Shah Rukh Khan




Tak sabar rasanya nak tunggu pukul 12:30 tengahhari
Nak tengok cerita tamil "Samrat Asoka"
Mana taknya, yg berlakon dalam cerita tu Hero pujaanku
Sapa lagi kalau bukan Shah Rukh Khan.
Walaupun cerita tamil,tapi jalan ceritanya best...

Aku memang peminat giler Shah Rukh Khan
Apa cerita yg SRK berlakon aku mesti tgk
Terutama sekali filem "Kuch Kuch Hota Hai"
Memang aku akan layan habissss.....punye
Ibaratkan aku berada dalam filem tu.....
Kalau org nak kata aku giler,terpulang
Yg penting aku tersenarai dlm kategori peminat SRK....