CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Showing posts with label Have 2 Eat. Show all posts
Showing posts with label Have 2 Eat. Show all posts

Wednesday, March 3, 2010

Hotel Quality

Bertarikh : 06/02/2010

Dah lama x datang lunch kat HOTEL QUALITY nie.Dulu ada jugak datang dgn kawan-kawan lama.Dah nak pikir macam-macam nak makan.Dari rumah memang dah kosongkan perut.

Datang kat HOTEL QUALITY nie saja-saja sambil nak makan lain dari yang lain & memandangkan ada duit lebih jadi aku & office mate plan nak makan yang mahal sikit.

Antara gambar yg sempat diambil.
(Iskandarmirza,Eina,Kak Jihan.hazmin & Aku)

Johnny's Restaurants

Bertarikh : 30/01/2010
Memandangkan dah gaji, tekak nie mulalah nak makan yang sedap2.Apa yang sedap yek?
Dah penat shopping time to lunch hour.....Teringin nak makan steamboat.Apa lagi serbu JOHNNY's RESTAURANTS dekat JUSCO BUKIT RAJA.Ini first time nak makan steamboat.Memang menyelerekan.Nanti dah tau nak order leh datang lagi.


Thursday, January 7, 2010

Seperti Biasa

Macam dah jadi satu kebiasaan pulak.Setiap kali aku ada masalah atau pun Siti ada masalah kami akan berkongsi cerita & tempat perjumpaan kami di MC DONALDS SECTION 23 SHAH ALAM.Kami rasa sudah semakin akrab.Lagipun aku dah lama terputus hubungan dengan Siti.Antara aku & Siti ada cerita yang tersendiri.Dan sekarang nie pun kami kerap berhubung melalui telefon.


Kami cuma order kentang goreng & air je.Yang paling penting aku nak berborak-borak je.kadang-kadang aku rasa lega bila aku dapat berkongsi cerita dengan orang yang boleh dipercayai.Rasa ada juga orang yang ambil berat apa yang terjadi keatas diri aku.

Note : Dalam seminggu mesti aku akan berjumpa dengan Siti.Thanks Friend : )

Wednesday, January 6, 2010

Hot&Roll

Yummy.....Yummy......Yummy
Sedapnya.......
Aku ingin bertanya kepada kengkawan, pernah makan tak Hot & Roll ini.Mula-mula aku pun tak tau tentang makanan ini tapi kawan tempat kerja yang memperkenalkan.Bagi aku memang sedap GILER lah.Ini kali kedua aku nak makan.Sanggup aku keluar waktu lunch pergi SUNWAY
PYRAMID nak makan HOT & ROLL.

Paratha Wrap


Ini adalah menu yang disediakan.Bermacam-macam jenis perisa yang ada.Dengan harga yang berpatutan.Samada nak makan kat situ & bungkus pun boleh.


Friday, August 28, 2009

Kek Hari Lahir

Masih lagi bercerita tentang hari lahir aku.Tak habis lagi.Dapat sms dari Abg angkat,dia nak belikan aku kek hehehehehehe

Sebelum balik,dia pesan ambil kek kat atas meja dia.Alamak sekali tengok kek dari secret recipe beb.....Terima kasih ye Abg,ingat kat adik.....





Wednesday, August 26, 2009

Dinner & Celebrate MY BISDAY

EXCITED nya......
Malam nie dinner & celebrate bisday aku.Apalah yang aku dapat agaknya ye......

Dia bawa aku pergi One Utama & masuk shopping complex THE CURVE.Sebelum tu aku terpaksa berbuka didalam kereta memandangkan azan telah berkumandang.Banyak jugak gerai disitu.Akhir sekali aku dijamukan dengan makanan jepun...

Sampai jugak hajat dia nak belanja aku makanan jepun.Ini dah 2 kali aku try makanan jepun.Aku x tau mcm mana nak order, So dia yg tolong orderkan utk aku......

Apa yang aku harapkan hanyalah mimpi je...Hadiah pun x de (dia ingat kat ruang legar ada jual2,so dia nak aku pilih sendiri) katanya postpone.Teruk tapi aku still sayang.Lepas makan ingat nak jalan2, tapi dia ajak balik.So aku pun ikut ajelah....lagipun hari baik kan malas nak gaduh2.Yg penting dia ingat bisday aku & dia wish :

" HAPPY BIRTHDAY MY SWEET GIRL "

Friday, August 21, 2009

A&W PJ

Hari nie ada temu janji yang telah dijanjikan dalam sms semalam.Tak tau nak ceritakan perasaan nie samada seronok, bahgia atau sebaliknya.Macam-macam yang aku fikirkan.

Aku tunggu ditempat yang biasa dijanjikan, Dia datang ambik aku & bawa aku makan di A&W.Sebelum aku & Dia mengalami krisis yang teruk, tetapi bila aku dapat penjelasan yang aku rasa itu satu parut aku terpaksa banyak sabar utk teruskan "perhubungan" ini.

Sekadar gambar hiasan


Aku terpaksa buat diriku happy sendiri didepan mata dia.Sedangkan hanya tuhan saja yang tau hati aku nie.Macam-macam aku borak dengan dia.

Entahlah.....apa akan jadi kesudahannya.......


Saturday, June 6, 2009

Ronda2 Di Kuala Kangsar


hahahaha...jauh aku import benda nie.Macam kat Shah Alam xde.Dah lama aku nak kan benda nie, akhirnya jalan2 kat Arena Square Kuala Kangsar aku nampak & terus beli dgn harga RM18 sahaja.Aku letakkan didalam kereta.Fungsi ialah benda akan bergerak tanpa menggunakan bateri..ianya menggunakan cahaya matahari.

Sementara keluargaku menikmati makanan, aku & adik pergi cara barang yg boleh dibuat souvenir.Pening jugaklah nak cari.Akhirnya aku nampak barang nie....oklah dari balik dgn tangan kosong :)


Huhhhh...penat sungguh tapi seronok boleh dikatakan 1 hari tu memang hari berjalan sakan.Lepas dari rumah Pak Ngah aku bawak keluargaku singgah dibandar Kuala Kangsar.Aku memang nak singgah nak makan laksa buatan sendiri.So akhirnya aku dapat makan & siap tapau sekali.Bila dah berkumpul memang mcm2 kerenah tapi happy.......


Wednesday, June 3, 2009

Pekena Nasi Kandar

Tetiba phone aku berbunyi...tanpa kuduga Dia yang send msg.

Dia : Awek nak dinner x 2nite...

Hati sebenarnya tengah tahan marah...elok pun dia ajak aku dinner cuz aku nak lepaskan geram dekat dia..

Dia ambil aku ditempat biasa, dan pergi makan ditempat yang aku rasa dah lama x pergi.Apa lagi kalau bukan Restoran Kayu SS2 Petaling Jaya.Macam biasa makan..kenyang terus balik....

Friday, May 22, 2009

Terlupa

Actually, aku dah x tau nak cerita apa & nak post apa.Tapi bila tengok gambar baru aku teringat barang2 disebelah.Kasut tu masa pergi Genting Highland.setiap kali nak gi jalan2 mesti ada barang baru.

Ini pulak makanan kegemaran aku.Aku mesti cari roti ini.Nama roti nie " Chicken Floss Bun ".Kalau malam aku x makan nasi aku akan beli roti ini & sanggup cari kat kedai2 roti yang berdekatan.


Monday, May 11, 2009

Celebrate Mother Day

Saja nak buat suprise kat my mum...x bagi tau pun nak celebrate mother day.Balik kerja aku terus gi kedai KEK & beli KFC.Tu je yang terlintas dalam kepala otak aku.Akhirnya aku kenyang......

Wednesday, April 29, 2009

Apa Nak Jadi Nie?

Tetiba aku dapat idea...idea gila last minute ajak org gi main bowling.Tapi x snap gambar.terlupa pun ye gak.Dalam main bowling boleh pulak buat idea baru iaitu gi tengok wayang.

HANTU JAMU GENDONG.

Sebenarnya nak tengok BOHSIA, Tapi tiket semua sold out.So hanya cerita hantu indon je yg ada.Layan jelah.Waktu tayangan kul 9:20 mlm.Sebelum tu aku & the geng gi makan.

Nasi Ayam.Adik aku yg order.Kongsi makan dgn kawan "lelaki" dia.

Nie pulak aku yang order.Alamak x ingat apa nama makanan nie yg aku order.


Dah alang2 aku sampai Jusco, aku pun gi lah RENEW kad Jusco yg dah agak lama mati.So settle kerja aku utk bulan nie.

Boleh tahan gaklah cerita nyer.Dah balik tu ada rasa seram.Mana x nyer keluar panggung kul 10:50 mlm.Tu kan waktu2 hantu cari mangsa hehehehehehe

Thursday, April 23, 2009

Go Where ??????

Go Where?????
Actually, x tau nak pergi mana...ronda2 kat area petaling jaya.Masuk kat SS2 cari parking punyalah susah.Alih2 nampak SECRET RECEIPE & oklah...Dapat parking jauh dari tempat yang nak makan.Apa boleh buat.Jalan kaki sambil menikmati panorama malam yang dikelilingi suasana sibuk..

p/s :Thanks a lot cuz belanja i makan yang mahal n dinner yang akan jadi history 4 me



Monday, April 20, 2009

Ikan Semilang vs Ayam Kampung

AYAM KAMPUNG
vs
IKAN SEMILANG (pangilan manja org N9)

Kalau uol nak tau Ikan Semilang tu memang makanan favourite aku tau.Kalau nak makan aku balik kampunglah.Kat area rumah aku bukan xde ikan semilang nie,tapi xsedap bila masak bau lumpur.Hari tu aku balik kampung & hari minggu mak & makcik aku shopping kat pasar beranang.Seronok sangat shopping hinggakan x sedar duit habis RM100.Tetiba teringin nak makan ikan bakar.So mak aku pun bakarlah ikan semilang tu.Makan hingga menjilat jari beb.Bakar pulak guna kayu api..

Bab Ayam Kampung pulak.Makcik aku tengah membela ayam sebanyak 10 ekor.Rumah kampung senang nak membela apa saja binatang.Apa binatang yg xde kat kampung aku tu lembu ada,kambing ada,itik ada,ular ada (kwsn hutan blakang umah) ayam ada,kucing ada & buat masa nie belum nampak harimau je lagi.....Sebenarnya makcik aku nie suka bela ayam & itik sebabnya binatang nie mereka boleh makan.Aku bab2 ayam kampung nie tolak tepi.Kali nie aku balik ayam ada 10 ekor,lagi sekali aku balik mesti ayam tu tinggal 5 ekor.5 ekor lagi bukan disembelih tapi kena curi..macam2 hal




Saturday, April 18, 2009

Berjalan Dalam Hujan

Seronok bila dapat pergi jalan-jalan.Duduk rumah pun aku x tau nak buat apa.Aku gi rehatkan otak di TAMAN TASIK PERDANA KUALA LUMPUR.Tempat tu memang best & sesuai utk tenangkan jiwa.Kawasan memang besar.Larat ngan x larat je nak jalan.Aku baru dapat jalan separuh taman,tetiba dengar bunyi dentuman petir & kilat.Tu menandakan hari akan hujan.Nak cari tempat berteduh..alamak jauhlah pulak.So redah jelah...Apa yang istimewanya ialah " berjalan dalam hujan....romantik ".


PIZZA HUT di TTDI.2 org makan RM32.20.Yg penting Dia yg bayar hehehehe :)

Dalam hujan membuat perut jadi lapar.So aku ada idea nak makan kat mana? Apalagi...jom gi PIZZA HUT.Singgahlah di TTDI.Gabra gak aku nak order.Bengang aku,makan seorang2.Order punyalah bnyk ada geng pun hanya minum sup.Malu aku bila dia tgk aku makan sebanyak tu.Aku ingat dia pun nak join sekali.Alih2 x habis aku tapau je :(


Wednesday, March 25, 2009

Makan (part ii)

Kalau ada orang yang "SPECIAL" ajak pergi makan,adakah kawan2 akan menolak?Begitu jugak dengan aku.Susah aku nak menolak pelawaan org yg "SPECIAL" nie.Jumpa dalam pukul 7:45 mlm.So aku sempat balik rumah pakai wangi2 hahahahahaha

Aku pun x tau dia bawak aku gi mana.Yang aku tau dia masuk area Petaling Jaya.Jumpa lah 1 kedai mamak...aku kalau gi makan nie panic sikit cuz aku x tau nak makan apa.Susah2 sangat aku order je MEE GORENG MAMAK & TEH AIS.X lama, siap makan dia terus hantar aku balik.Dia pun x berani nak hantar aku balik lambat, risaukan aku balik sorang2.

Sempat snap resit nie je...segan nak snap pic makan...

Monday, March 23, 2009

Makan (part i)

Pantang aku lalu..ada je orang ajak aku sembang.Jam dah pukul 6:40 pm.Waktu utk aku pulang.Ada 1 mamat nie ajak aku gi makan pulak.Actually aku dah bnyk sangat tolak pelawaan dia,so hari nie & waktu nie aku terpaksa ikut jugak dia gi makan.Nasib baik dia nak makan dekat area2 ofis.Kalau jauh aku tak gi gak.Aku order NASI GORENG USA,TOM YAM CAMPUR & AIR KELAPA.Aku pau mamat tu hahahahahaha

KENYANG SANGAT...sambil makan sambil cerita.Nie kalau sampai rumah mau aku tumbang.Phone aku berbunyi....(tanda msg masuk) wat a suprise?????? Tulah masalah aku.Bila x tunggu masa tulah dia mula hantar msg & bila time aku beria2 tunggu jangan harap phone tu berbunyi.

Seronok layan msg...sampai x ingat yang aku belum mandi.Penangan msg berhantu....

Thursday, March 19, 2009

Ferrero Rocher

FERRERO ROCHER..yummy...yummy...yummy
Sedap ke???
Selalu aku tengok orang yang nak kawen mesti hantarannya ialah coklat FERRERO ROCHER...standard sangat ke????
Al-Maklum nama pun ala-ala perancis....
Sebenarnya coklat nie aku kirim kat seorg kawan yang holiday kat LANGKAWI.Saja nak memberatkan beg kawan aku......

Yang sedihnya,aku hanya makan sebiji je...yang lain aku offer kat budak2 office.Bukan sedih coklat tu abis,tapi sedih aku xpandai nak makan banyak2 sakit gigi terlalu manis.Action je lebih aku nie hahahahahah


FERRERO ROCHER (30 biji)
RM 23.00

Sunday, March 15, 2009

Kenduri Oh Kenduri

Nak gi makan kenduri......
Mula2 nak gi kenduri kawan aku MEK.First time Mek & Family dia buat kenduri KHATAN.Besar-besaran beb.Kalah kenduri kawin hehehehehehehe Makanannya memang best,bermacam2 jenis.Berselera aku dibuatnya.

Pas nie nak gi makan kenduri lagi....Kenduri kawen buat kat dewan Wisma MBSA.Aduh!!!!!! segan beb,macam wedding VVIP.Aku tak ambil makan pun..minum cendol je.Wedding nie kawan my Mum..so aku kenalah bawak diorang....



Thursday, March 5, 2009

Jeruk dari Penang Mai

Sedapnyer....Dah lama kirim,baru sekarang dapat.Senang gak kalau dapat kawan2 yang asal orang sana...(ambil kesempatan lak).Apa-apa pun thanks kat Abg Zabidin yek,cuz beri Yan makan jeruk free nie...nak gi Penang x tau bila akan sampai,InsyaAllah Yan akan pi sana nanti.