CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, March 31, 2009

Give You T-Shirt

Aku nie memang suka belikan sesuatu pada orang yang aku kasihi.Apa yg aku pandang tu yg mengingati dia.Bukan bodek..tapi tulah cara aku menyayangi seseorang.Harga x penting,tapi pemberian yang ikhlas tu buatkan dia tau yang kita sayang akan dirinya.

Harap 1 hari nanti dia akan pakai baju ini depan mata aku.Aku ada tanya kenapa x pakai baju yang saya beli? Kelakar dengar jawapan dia.....tau dia jawab apa......MALU :)



Monday, March 30, 2009

Semoga Abadi - Misha Omar

Semoga kau sentiasa abadi dalam sanubariku.....I WILL ALWAYS MISS U & LOVE U SO MUCH..Aku amat bahagia bila berada dalam jagaanmu.Aku sentiasa rasa selamat & sentiasa happy bila bersamamu....



Sunday, March 29, 2009

Selamat Ulangtahun Ibuku


SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR YANG KE-52 TAHUN BONDAKU...
29 hb March 2009

Semoga Emak dipanjangkan umur & sentiasa gembira disamping suami & anak-anak yg mengasihimu selalu...

Sekitar Majlis Wedding Nurmala



KEPADA NURMALA & SUAMI :
# Semoga berbahagia disamping suami tercinta dan berkekalan hingga keakhir hayat.Layarilah bahtera nie dengan kasih sayang serta nikmatilah kehidupan berumahtangga dengan aman & damai...amin #
SELAMAT PENGANTIN BARU



Saturday, March 28, 2009

Manis Masa Bercinta

Fuyooo.....ngeri tengok tajuk kali nie.Kalau tuan rumah ngeri...kwn2 lak apa perasaan?????? Tapi tulah hakikatnya,masa bercinta memang indah (tapi tul ke aku nie bercinta?????) lupa diri jap..kawan2 dulu kalau ok baru fikir jalan seterusnya.

Setiap kali keluar yg jadi masalahnya ialah x tau nak pi mana.Yg penting aku dapat jalan2 sama dia.Alih2 dia bawak aku gi BANGSAR VILLAGE.Alamak tempat yg high klassss beb.Xreti aku nak jalan2 kat situ.x berapa nak sesuai ngan jiwa aku...setakat jalan2 & tengok tempat 2 ok lah..sekurang2nya bila org cerita tempat nie aku leh lah sampuk sikit2 hahahahahahaha

Dah penat jalan2 kat Bangsar,cari taman tasiklah..nak discuss apa yang patut.Tapi aku terus bertukar mood sedih.Bila aku tahu sesuatu yang aku rasa sebenarnya aku x perlu tahu.sepatutnya aku ucap terima kasih pada dia jujur menceritakan apa yg berlaku pada masa silam,but aku x boleh nak accept.Cerita itu membuatkan aku didalam " DILEMA ".(alamak terlupa plk,aku cerita detail sgt...malunya,tapi kat sinilah aku nak luahkan apa yg aku rasa) Balik dari taman,aku dah start pikir yg bukan2 & tidur pun hanya tidur2 ayam..pedihnya utk menerima kebenaran....

Wednesday, March 25, 2009

Makan (part ii)

Kalau ada orang yang "SPECIAL" ajak pergi makan,adakah kawan2 akan menolak?Begitu jugak dengan aku.Susah aku nak menolak pelawaan org yg "SPECIAL" nie.Jumpa dalam pukul 7:45 mlm.So aku sempat balik rumah pakai wangi2 hahahahahaha

Aku pun x tau dia bawak aku gi mana.Yang aku tau dia masuk area Petaling Jaya.Jumpa lah 1 kedai mamak...aku kalau gi makan nie panic sikit cuz aku x tau nak makan apa.Susah2 sangat aku order je MEE GORENG MAMAK & TEH AIS.X lama, siap makan dia terus hantar aku balik.Dia pun x berani nak hantar aku balik lambat, risaukan aku balik sorang2.

Sempat snap resit nie je...segan nak snap pic makan...

Monday, March 23, 2009

Makan (part i)

Pantang aku lalu..ada je orang ajak aku sembang.Jam dah pukul 6:40 pm.Waktu utk aku pulang.Ada 1 mamat nie ajak aku gi makan pulak.Actually aku dah bnyk sangat tolak pelawaan dia,so hari nie & waktu nie aku terpaksa ikut jugak dia gi makan.Nasib baik dia nak makan dekat area2 ofis.Kalau jauh aku tak gi gak.Aku order NASI GORENG USA,TOM YAM CAMPUR & AIR KELAPA.Aku pau mamat tu hahahahahaha

KENYANG SANGAT...sambil makan sambil cerita.Nie kalau sampai rumah mau aku tumbang.Phone aku berbunyi....(tanda msg masuk) wat a suprise?????? Tulah masalah aku.Bila x tunggu masa tulah dia mula hantar msg & bila time aku beria2 tunggu jangan harap phone tu berbunyi.

Seronok layan msg...sampai x ingat yang aku belum mandi.Penangan msg berhantu....

Saturday, March 21, 2009

Kerja vs Jalan

Hari nie aku kena kerja cuz nak tolong kakak nie key-in document dalam PC.Datang kerja kul 8:30 pg.Tapi yang bestnya,petang ada janji......tempat yg dituju still xtau lagi.Excited giler...

Tapi sebelum nak jumpa petang tu,aku kena gi hospital SMC tgk my cousin operate cuz kena appendix pulak.Lepak kat SMC sampai pukul 2 ptg.

Dapat msg....apalagi terus gi jalan2lah..nak tau gi mana?
Aku gi AMCORP MALL.1st time aku sampai sana.xde apa yg best pun.Apa yg aku lihat bnyk buat jualan brg2 lama.Brg yg aku x pernah tgk pun boleh jumpa kat situ.X lama kat sana & cari tmpt utk lepak.Depan AMCORP MALL ada tasik.So aku pun stay kat situ sambil jalan...sambil sembang.Cuaca amat panas,tapi dah berjalan xsedar keadaan sekeliling..1 perjalanan yg aku tak pernah rasai....bagi aku ianya meninggalkan kesan yg paling dalam buatku.

So....maknanya antara :

KERJA vs JALAN

mestilah " JALAN " yg menang.Sbb....hanya aku saja yg tahu :P

Friday, March 20, 2009

Waduh!!! Banyaknya

Ini baru separuh aje.Ada lagi yang aku x sempat nak snap.Koleksi yang ini aku letakkan diatas almari.Adik angkat aku Fara dtg nak pinjam novel yg lama2.So dah alang2 aku bawak turun apa lagi snap terus.

Aku suka kalau ada kawan2 yang gemar membaca.Dan aku jugak boleh bertolak ansur bila ada orang yang nak pinjam novel.TETAPI aku akan mengamuk bila ada orang yg X RETI BAHASA nak PULANGKAN balik buku tu & X RETI nak menjaga keadaan buku seperti sedia kala.Memang jadi kepantangan aku tu.




Thursday, March 19, 2009

Ferrero Rocher

FERRERO ROCHER..yummy...yummy...yummy
Sedap ke???
Selalu aku tengok orang yang nak kawen mesti hantarannya ialah coklat FERRERO ROCHER...standard sangat ke????
Al-Maklum nama pun ala-ala perancis....
Sebenarnya coklat nie aku kirim kat seorg kawan yang holiday kat LANGKAWI.Saja nak memberatkan beg kawan aku......

Yang sedihnya,aku hanya makan sebiji je...yang lain aku offer kat budak2 office.Bukan sedih coklat tu abis,tapi sedih aku xpandai nak makan banyak2 sakit gigi terlalu manis.Action je lebih aku nie hahahahahah


FERRERO ROCHER (30 biji)
RM 23.00

Cinta Adam & Hawa

Apa kata kita layan lagu nie sama-sama...sekali dengar best jugaklah...sapa yg tau leh nyanyi sama2 ngan Misha Omar :P



Wednesday, March 18, 2009

What Can I Say

Minggu nie cukup membosankan....Aku datang kerja tanpa semangat....
Kemana menghilangnya semangat itu???? Siapa yang perlu menjawab....

~~ TENSION AKU TENSION ~~

Ada masanya aku rasa...bahagia bila aku dapat lihat wajah dia.....
Ada masanya aku rasa...tension bila aku dapat lihat kesibukan dia...
Ada masanya aku rasa...bosan bila aku dapat lihat ketidak hirauan dia......

~~ SELFISH KE AKU NIE ~~

Atau hanya aku saja yang berperasaan begitu.Begitu tamak aku bila inginkan kasih sayang dari DIA.Aku buat bukan sengaja krn aku amat TAKUT kehilangan DIA....


Tuesday, March 17, 2009

hahahehehuhu

Terperanjat...bila aku dapat komen (ShoutMix) dari orang yang aku tak sangka.Mcm xcaya pun ado...xsangka aku gak yg minah nie ada blog.Thanks lah ko sudi korek2 cari kwn2 lama.So bertambahlah lagi kawan blogger aku w'pun rumah ko & rumah aku xjauh...kiranya aku jerit ko boleh dengar...tapi sekarang xleh dah,orang dah ada umah sendiri & dah ado suami.

Betul gak cakap minah nie...rumah dekat tapi jaranglah nak bertegur sapa..cerita dulu-dulu,masa tu masih dialam remaja still mentah lagi.Skrg ok dah..leh sembang2 dlm blog xgitu PN AZLIA hehehehehehe

* aku dah add kan blog ko kat dalam list aku....so aku akan dtg umah (blog) ko selalu,itu pun kalau ko ajaklah.Pndai gak ko buat ayat2 dlm blog tu..kelakarlah aku baca.nnti ko bagi meriahkan sikit blog tu...rajin2 korek apa yg patut..
ok lah,ko pun dtglah kat blog aku selalu & komenlah apa2 yg ko suka....

Sunday, March 15, 2009

Kenduri Oh Kenduri

Nak gi makan kenduri......
Mula2 nak gi kenduri kawan aku MEK.First time Mek & Family dia buat kenduri KHATAN.Besar-besaran beb.Kalah kenduri kawin hehehehehehehe Makanannya memang best,bermacam2 jenis.Berselera aku dibuatnya.

Pas nie nak gi makan kenduri lagi....Kenduri kawen buat kat dewan Wisma MBSA.Aduh!!!!!! segan beb,macam wedding VVIP.Aku tak ambil makan pun..minum cendol je.Wedding nie kawan my Mum..so aku kenalah bawak diorang....



Saturday, March 14, 2009

Dating at IKANO

Cute x hamster nie.Sebelum aku masuk kedai buku,Dia bawak aku kedai yang dipenuhi dgn binatang2 yg boleh dipelihara & jugak boleh dibeli.Tetiba aku ternampak binatang yg cute nie.Lama aku perhatikan...memang pandai dia buat pertunjukkan.Boleh beli seingat aku harganya seekor RM 80.Berani ke aku nak bela & pegang.Rupanya mcm tikus.....



First time aku sampai kat IKANO.Tambahan pulak gi ngan si Dia.Memang dah janji nak gi sini & lepak kat Book Shop Popular.So aku pun dating ngan buku2 kat situ.Lama jugaklah aku kat IKANO..tapi masih bnyk lagi yg belum aku tinjau2.Ada masa aku akan datang lagi dengan Si Dia.

Thursday, March 12, 2009

Ikut Jelah

eeeeee...ikutkan hati malas nak join bebudak nie main bowling.Tapi si Asril dah call & merayu2 ajak aku join main bowling.Balik je kerja terus datang kat OLE-OLE section 18 Shah Alam.Dah sampai x kan nak tengok je diorang main,so aku pun terbabitlah sama.Aku pun bukan main betul2 kali nie banyak bola aku masuk longkang.Ntah apa otak aku fikir ???????

Sebenarnya diorang nie ada pertandingan jadi sebelum pertandingan diorang training dulu.Selalunya memang mcm tu.Kelakar tengok diorang nie main...mcm2 gaya.

Wednesday, March 11, 2009

Dah xde Kerja...

Inilah kerja aku & adik.Layan karenah si Haziq.Macam2 reaksi yang Haziq tunjuk.Geram sungguh dengan perangai dia.Sekarang nie dah pandai xmau sangat dengan orang.Kalau nak tengok dia suka bawaklah naik motor.Sampai tertidur beb.xleh kena marah,pandai mencebik pastu ketawa.Inilah aktiviti aku kalau dah xtau nak buet apo.......Haziq pun Haziq lah......



Tuesday, March 10, 2009

Apa yang Mau Diluahkan

Sungguh memboringkan hidupku ini......
Dari hari selasa hingga jumaat memang menyeksakan bagi aku.Atau aku sebenarnya x sabar utk menantikan hari aku bersama si ????

Alamak...Dia fever,kesiannya.Apa yang perlu aku buat?Kalau aku yg sakit tentu dia amat risau & beri prihatain yg teliti.Mesti date aku kena postpone lagi..Tapi kerana aku dia sanggup nak jumpa hahahahahaha jahatkan aku,tapi aku akan jadi rindu kalau sehari x berjumpa.




Monday, March 9, 2009

Maulidur Rasul

SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL

Sunday, March 8, 2009

~ Happy ~

Hari nie happy ke?
Kenapa yek....

Yelah semalam date kena postpone.So hari nie dia hantar msg ajak jumpa.Tapi yang buat aku geram,suka bagitau last minit.Bila masa aku nak bersiap.Sent msg pukul 2,tapi nak jumpa aku pukul 2:30 pm.Aku x siap apa2 pun.Sebenarnya aku ingat x jadi.Kelam kabut aku dibuatnya.Nasib baik lah sayang,kalau x memang dah kena cekik.

Dia ajak aku lunch,tapi xtau nak makan apa.Alih2 kenyang makan angin je.Bayangkan dari Petaling Jaya masuk Kelana Jaya jumpa Puchong & jumpa kedai makan kat section 20.Tapi ok lah,sekurang2nya aku dapat berbual,bermesra dengannya.

Sebelum balik,aku bagitau dia yang aku nak pergi JJ Bukit Raja.Ingatkan nak tengok wayang dengan adik.Tapi tiada cerita yang best.So aku hanya jalan-jalan je kat JJ.

Saturday, March 7, 2009

Hold Dulu


Tajuk Novel : 1,2,3..i love you
Nama Pengarang : Liana Afiera Malik
Tarikh Beli : 04.04.08
Harga : RM 25.90

Novel ini bab yg ke-2.So aku pun pilihlah novel nie utk tahu kesudahannya.


Sebelum nie aku ada letak dalam blog yg Novel nie aku sedang baca.Memandangkan ada kawan aku yg nak baca,so aku pun serahkan novel nie pada dia.Aku pun beralih pada novel yg lain.....Apakah tajuk novel tu?sila rujuk gambar diatas.....


Nak Rasa Sedih,Geram @ Simpati

Seronok bila aku akan ada temujanji dgn orang yang aku sayang.Siap dah plan mana aku nak pergi.tup...tup...tup...tup

Malam sebelum aku berjumpa,aku terima 1 sms :

SMS : Yan saya jumpa awak ahad atau minggu depan (alasan yg tidak blh dituliskan) n very sorry

SMS AKU : Take care (alasan yg tdk blh dituliskan) bye

So,what can i do?Nak rasa sedih,geram ataupun simpati.Aku x boleh nak pentingkan diri sendiri.Tak pelah dengan alasan yang diberikan aku terima seadanya.....

Friday, March 6, 2009

Sanggupkah Kita......

Sejuk hati bila memandang wajah2 comel ini.Tapi sesetengah manusia yang sanggup membunuh dengan KEJAM keatas bayi-bayi ini.Apakah dosa2 mereka diperlakukan sebegitu rupa?

Apakah mereka yang KEJAM tidak ada perasaan belas kesian terhadap bayi2 ini.Ya Allah...kau selamatkanlah bayi-bayi ini dari kekejaman manusia yang hanya layak di gelar " SYAITAN " .Sesungguhnya bayi-bayi ini yang lahir dengan kesucian tidak harus menerima kesengsaraan,mereka tidak tahu apa-apa lagi dengan kehidupan ini.

ADILKAH DUNIA INI !!!!!!!!!!

Thursday, March 5, 2009

Jeruk dari Penang Mai

Sedapnyer....Dah lama kirim,baru sekarang dapat.Senang gak kalau dapat kawan2 yang asal orang sana...(ambil kesempatan lak).Apa-apa pun thanks kat Abg Zabidin yek,cuz beri Yan makan jeruk free nie...nak gi Penang x tau bila akan sampai,InsyaAllah Yan akan pi sana nanti.

Wednesday, March 4, 2009

Lagi-Lagi

Dah dapat apa yang aku suka,cari pulak hadiah pengantin lagi..... bilalah nak selesai bab2 beli hadiah nie.

hahahahahaha.....sah nie takde kerja lain.Asyik2 beli handbag je.Susahlah aku nak buang tabiat nie.Nanti kalau aku tak beli,aku teringat-ingat.Satu je Yan,jangan masuk kedai yg jual handbag,kalau nampak buat2 tak nampak.



Tuesday, March 3, 2009

~ 4 U Haziq ~

MOHAMMAD HAZIQ SHAZWAN BIN RAZMAN EFFENDY
1 TAHUN pada 03 FEBRUARI 2009


Sorry..Mak Long lambat bagi Haziq hadiah hari jadi...Dah besar anak Mak Long.Bertambah cute.Geram Mak Long tengok.Kalau tak jumpa beberapa hari,Mak long rindu bangat sama HAZIQ....

Monday, March 2, 2009

# Souvenir #

Inilah souvenir yang aku dapat.Semuanya colour PINK.Kalau nak dikumpulkan macam-macam souvenir yang ada dalam 1 beg.Simpan dalam almari cermin mesti cantikkan.Buat koleksi & jadikan 1 hobi.....



Sunday, March 1, 2009

Hari Bersejarah

Pada 28.02.09 adalah hari yang paling bermakna buat kawan aku Norizyani dengan pasangan beliau Mohd Nor Faizal...berdebar2 ye kak.....

Selesai aje majlis pernikahan,acara tukar pakaian dilakukan.Nie semua akan dijadikan kenangan & hanya inilah yang kita akan rasai sekali dalam seumur hidup.


Cantikkan....Mana ada pengantin yang tak cantik.Soalan apa nie Yan???????Mesra,manja,mengoda & semuanya nampak indah.Semoga berbahagia keakhir anak cucu.


Ini jangan ingat jari pengantin....ini jari aku lah...nak memeriahkan lagi,so aku pun joinlah pakai inai....hahahahahahaha