CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, May 31, 2009

Kain Batik

Hari nie adik aku yang gi melancong kelangkawi akan pulang.Aku jugak yang jadi mangsa kena ambil dia ditempat kerja.Dan menggangu terus keindahan aku semasa tidur.Hilang segala mimpi-mimpi yang aku tunggu.

Nasib baik dia ada beli souvenir utk aku.X jadi nak marah2 :)

Apa aku nak buat dgn kain batik nie??? Boleh tahan jugak coraknya, cuma colour je yang aku kureng minat (dah dibagi x reti nak terima kasih) kenalah aku cari kain utk buat bajunya.Boleh buat raya nanti hahahahahahahaha

Saturday, May 30, 2009

Star Trek vs Terminator


Alamak....kena tengok cerita STAR TREK ke???? Sebenarnya aku nie bukan suka sangat movie yang berkisarkan alam planet nie, tapi disebabkan masa & waktu so kenalah layan jugak.Niat dihati nak layan TERMINATOR, tapi seatnya dibawah sekali....kang mendongak pulak.Apa2 jelah, janji kita layan mood tengok wayang.

Terbang

Apa yang terbang?
Kalau nak tau apa yg terbang ialah Duit aku terbang melayang-layang.Bukan suka2 nak terbangkan duit.....Sbbnya kereta aku dah lama x servis jadinya banyak bendalah yang rosak.Nak menanti gaji bulan 6 kenalah aku gigit jari hahahahahaha

Aku nie sebenarnya nak jalan jauh.Nak gi taiping rumah Pak Ngah aku.Pak Ngah aku buat kenduri kahwin anaknya yg bongsu.Kena pergi, kalau x merajuk panjanglah jawabnya.Al-maklum orang tua nanti terguris hati susah.

Alhamdulillah, sejak aku berkereta nie aku x pernah mengalami kerosakan yg teruk.Aku x suka nak hadap kerosakan kereta dekat tepi2 jalan....nak kena panggil kereta tunda....lagi terbang duit :(

So lebih baik beringat dulu sebelum terjadi..Hopefully semuanya selamat...amin

Boring sebenarnya nak kena tunggu kereta yg diservis.Bayangkan aku keluar rumah jam 8:45 am siapnya jam 1:30 pm.Nak nangis aku dibuatnya....



Friday, May 29, 2009

Ke Mana Tu....

Go to dinner......
Alamak....kenapa jalan terlampau sesak?
Boring betul kalau tempuh keadaan yang sebegini rupa?
Ingat nak makan malam kat tempat biasa Restoran Kayu, memandangkan nak masuk are sana sesak so kena ubah haluan.Alih-alih makan malam kat Petaling Jaya jalan still sesak.Nak kata aku lapar sangat tu x lah,tapi saja nak jalan-jalan.Balik awal kat rumah pun aku rasa boring..So aku cari idea utk lepaskan tension.......Lagipun aku rasa ada sesuatu yang terjadi dalam "perhubungan" yang sedang terjalin ini.Aku rasa makin lama, makin suram :(

Thursday, May 28, 2009

Masa Yang ditunggu2

Tarikh : 28.05.2009
Berkumpul di Felio pada jam 10:30 malam

Bestnya....Tau diorang nie bawak beg2 besar nak gi mana? Makan angin di LANGKAWI.Seronok tengok diorang masa tu, semua tayang muka happy.Tapi orang yang kena tinggal x happy termasuklah aku.Masa-masa macam nielah yang aku tunggu masa aku masih berkhidmat di Felio.Tapi dah xde rezeki utk aku sama-sama merasa suasana ini lagi.Semoga selamat pergi & selamat kembali :)

Wednesday, May 27, 2009

Souvenir

Bestnyer dapat souvenir dari kawan office.Sekarang nie aku buat collection pulak.Sepatutnya benda ini dilekatkan dipintu freeze, tapi aku lekatkan di PC..Kalu dapat kumpulkan utk semua negeri kan best.Hopefully akan berjaya hehehehehehe

Souvenir dari Bandung
20.05.09 ~ 23.05.09

Souvenir dari Port Dickson
( x ingat date nyer)

Souvenir dari Langkawi
14.03.09 ~ 17.03.09

Tuesday, May 26, 2009

Payslip

Apa kena-mengena Payslip nie? Nie yang aku nak cerita sikit.Kali nie awal betul dapat payslip, tapi gaji tetap masuk 28 hari bulan.Sedih :( hahahahahaha kena tunggu lagi 2 hari.So kali nie aku kena plan betul2.Salah plan mengangga beb...kalau nak tahu inilah payslip utk company aku.Luar jelah aku boleh tunjuk, yang dalam P & C......nanti dah tengok yang dalam ramai pulak yang terkejut :P

Monday, May 25, 2009

Inilah Keadaanku

Sejak sebulan yang lalu, aku menghadapi serangan mood yg sangat teruk.Entahlah sampai bila aku akan berkesudahan atau akan terus begini.Mengapa ini semua terjadi keatas diriku.Kadang2 kita terlupa bila saat bahagia menjelma......Boleh ke aku menjadi orang yang tabah? Aku ada menampal satu ayat yg aku rasa ayat itu adalah realiti :-

# Selalunya orang yang kita sayang, suka buat kita teruji.....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita keliru....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita terluka.....

# Selalunya orang yang kita sayang, Suka buat kita terkilan.....

# selalunya orang yang kita sayang selalu membuat tahap kesabaran menipis & suka membuatkan ia hadir bila memerlukan & pergi tanpa pesan....

Apa yg terurai diatas memang terjadi keatas diriku.Kalau aku x kuat mau aku jadi orang separuh " gila ".Susah bila nak menyingkirkan nama yang telah tertanam didalam hati ini.

Sunday, May 24, 2009

Meluruskan Rambut

Tetiba je aku teringin nak meluruskan rambut.So aku pun belilah barang yg boleh nak luruskan rambut aku yg agak kerinting.....Tapi x tau berapa lama boleh bertahan....Lihatlah hasilnya rambut aku bila diluruskan.......



Bila dah diluruskan terasa ringan sangat kepala aku.Tapi ketebalan still sama.Makan masa nak luruskan rambut nie.Nak cantik kenalah bersabar :))

Saturday, May 23, 2009

Bolehlah...Dari xde


Apa lagi activiti aku setiap hari sabtu, of course lah gi tgk wayang.Tapi kali nie punya wayang aku rasa Bengong sikit....samada tersalah beli tiket atau sengaja nak tgk cerita ini.Nasib baiklah ada suibtitle kalau x menganga aku dlm panggung.Nak complain pun x leh, sbb ada org belanja...so bak kata Fara Fauzana LAYANNNNNN.......

Friday, May 22, 2009

Terlupa

Actually, aku dah x tau nak cerita apa & nak post apa.Tapi bila tengok gambar baru aku teringat barang2 disebelah.Kasut tu masa pergi Genting Highland.setiap kali nak gi jalan2 mesti ada barang baru.

Ini pulak makanan kegemaran aku.Aku mesti cari roti ini.Nama roti nie " Chicken Floss Bun ".Kalau malam aku x makan nasi aku akan beli roti ini & sanggup cari kat kedai2 roti yang berdekatan.


Saturday, May 16, 2009

Akhirnya :))

Akhirnya aku bersua jugak dengan Dia..Romantik sbb waktu jumpa hujan hahahahahaha so plan tgk wayang lah..nak tau kat mana tgk wayang....rahsia :)).Lagipun memang dah lama x tgk wayang.Last tgk wayang bulan Feb.

Boleh tahan gak lah cerita nie.Lagipun xde pilihan sgt..Apa yg ada jelah :)





Friday, May 15, 2009

Hanya SMS

Semalam aku terima sms.......

Dia : Are u ok? saya jumpa awak esok.....

Aku : Saya try 2 ok....I say sorry at U :(

Dia : Jgn selalu say sorry awak adalah kesayangan saya, please remember

Aku : Saya memang teruk kan, sangat teruk.....

Dia : Awak x teruk u my baby girl

So, hari nie rasa ceria sikit..tapi ceria itu hanya sementara saja.Tengah harinya aku dapat sms......

Dia : Yan,hari nie date kita cancel bcuz ayah saya sakit.

Lama aku berfikir....perlu ikut kata hati atau otak
Waktu balik baru aku reply.......

Aku : Perkara per-1 yg perlu awak buat ialah jaga ayah awak.Perkara ke-2 kalau awak perlukan saya sms saya bila2 masa saja.

Aku kena belajar jangan hanya " pentingkan diri sendiri " w'pun aku memang memerlukan dia......semua ini adalah dugaan :(

Thursday, May 14, 2009

Dugaan

Dalam minggu nie aku kena duga saja.Perasaan aku memang x tenteram.Itu sebab aku cuba buat mcm2 yg boleh melupakan perkara yg menyakitkan hati.Sunyi sangat bila " sms " aku jarang dibalas.....Apatah lagi ingin berjumpa.Aku tau Dia sibuk, tapi hati nie meronta ingin bersua.

Dalam pada yg sama, aku dapat tekanan kerja pulak.Dah kena kaunseling..Kaunseling yg aku terima bukan kaunseling marah tapi kaunseling prihatin.Tu sebab aku sayangkan " bos ".Dia prihatin sesangat.Manalah nak dapat bos yg mcm nie.Lama gak lah kaunseling tu berlangsung dari pukul 4:30 pm hingga 6:15 pm.Dalam kaunseling tu x ramai hanya 3 orang yg paling rapat saja.

Wednesday, May 13, 2009

Movie


Tajuk : The Sniper
Waktu Tayangan : 8.15 pm

Aku nie suka buat plan " Last minit ".Pukul 5:45 ptg, aku call adik suruh ajak BF dia sekali.Lagi ramai lagi best..balik kerja aku terus gi Jusco Bukit raja & intai2 gak apa cerita yang best.Kalau nak tgk movie yg paling murah adalah setiap hari rabu tiket berharga RM6 sahaja.

Aku paling benci tul nak kena tunggu org.Sepatutnya diorg yg kena sampai dulu, nie x aku pulak yg kena tunggu....Sambil menunggu mcm2 gelagat org yg aku boleh tengok.Ada yg seronok & ada pulak yg menyampah nak tgk.

Dah abis tengok wayang, aku sempat shopping 1 blous.Memang dah lama aku intai & akhirnya aku mendapatkannyer......

Tuesday, May 12, 2009

Shayne Ward - No Promises

Aku suka layan lagu nie....Best sangat & kalau kengkawan pun suka boleh layan sekali.....enjoy ok :)

Monday, May 11, 2009

Celebrate Mother Day

Saja nak buat suprise kat my mum...x bagi tau pun nak celebrate mother day.Balik kerja aku terus gi kedai KEK & beli KFC.Tu je yang terlintas dalam kepala otak aku.Akhirnya aku kenyang......

Sunday, May 10, 2009

Selamat Hari Ibu

Aku nak wishes pada IBUNDAKU yang tersayang iaitu PN.PAUZIAH ABDULLAH......SELAMAT HARI IBU..kasih sayangmu sentiasa kekal abadi hingga keakhir hayat.Kaulah ibuku dunia & akhirat :)


Saturday, May 9, 2009

Genting Highlands 090509







Aku datang lagi GENTING HIGHLANDS.Rasanya mcm mimpi pun ada.Teringat masa pergi bersama dengan kawan2 pada tahun 2007.Bila agaknya dapat berkumpul balik.Ramai orang kat Genting, al-maklum waktu public holiday.Seronok tengok org yg datang dengan couple.Aku x main apa-apa pun.Adalah 2 games je hahahahahaha kalau pergi ramai2 lagi best.So layan jelah gambar nie.....



Monday, May 4, 2009

Kisah Selanjutnya.....

......Sambungan dari kisah semalam.


Bengang tetap bengang.Terbawa-bawa sampai ke tempat kerja.Tapi aku kena bezakan antara masalah "personal" dgn masalah "kerja".Tapi aku rasa puas bila aku meluahkan dengan.....menangis


Balik dari kerja, aku pun jalan sorang2 kat SACC MALL.Aku gi bayar bil phone & aku ikutkan rentak kaki kemana saja dia berjalan.Akhirnya aku sampai di ALAM SENTRAL.Aku pun teringat yg aku perlu beli sesuatu iaitu MINYAK WANGI.Dalam tengah buat pemilihan, handbeg aku bergegar.Rupanya handphone aku menerima msg....

Dia : Had u dinner & still angry

Entahlah sedangkan hati nie nak marah, tapi bila dia dah sms mcm tu aku langsung cayor......hilang marah tu sekelip mata.So aku pun reply msg....

aku : when u nak dinner with me....

Dia : try 2 wed or fri

Sunday, May 3, 2009

Perlu Ke Aku Berasa BENGANG?

Apa makna BENGANG sebenarnya?
Atau memang perlu BENGANG bila setiap kali kita ditimpa sesuatu bencana?Mengelirukan..

Perkara bodoh yang aku buat :
1. Sanggup aku cancel nama dlm pertandingan bowling, semata2 aku xde mood nak main.Otak aku memang jam masa tu.Kalau aku paksa main gerenti bola yg aku baling bnyk masuk longkang.Maaf pada kwn2 yg mengharapkan aku dtg utk main.

2. Excited nak keluar, dlm perjalanan dpt msg...lambat sampai " Dia " nak balik.Aku reply & Dia reply balik apa kata next week jumpa.Aku tengah drive tapi otak aku memang rasa nak meletup.Sampai je aku terus tanya " are u busy " dgn jawapan yg ikhlas dia jawab " Yes " .Aku pun bgtau dia..awak settlekan apa yg perlu & c me next week.Dengan hati yg sebal, aku masuk dlm kereta terus pandu laju tanpa pandang belakang.

3. Aku perlukan seseorang utk lepaskan apa yg aku rasa.Aku jumpa dah orgnya.Kesian " Mamat " nie jadi magsa aku.Tapi mamat nie ok & anytime je.Mamat nie ajak temankan dia makan.So aku dgn rasa nak x nak pergilah jugak bawak dia makan.Sembang punya sembang jam dah pukul 2:45 ptg.So aku pun bgtau dia aku nak balik.

4. Sebenarnya bila aku rasa sesuatu yg x menyenangkan, aku akan buat benda yg x sepatutnya.Tanpa aku sedar aku drive sampai ke USJ.Mencari seluruh kawasan USJ tapi hampa.Aku x jumpa?Bukan sekali 2 aku meronda ada dekat 1 jam aku berpusing dekat area USJ.Dengan putus asa nyer aku balik.Berkali2 aku pesan dgn hati...SABAR..SABAR & SABAR.Kalau dia tipu aku tuhan akan tunjuk kebenarannya..


* Bukan utk menyebarkan masalah dalaman,tapi aku perlu utk meluahkan,sekurang2nyer aku boleh bernafas seperti biasa.

Friday, May 1, 2009

Selamat Hari Pekerja

Hari nie kita semua rakyat Malaysia diumumkan cuti bekerja.So mana kengkawan yang ada family bolehlah bawa family makan angin kemana-mana saja.Macam aku...apa boleh buat, duduk rumah jelah.No plan..Bagi aku cuti tu 1 keboringan cuz aku tak tau nak buat apa2.Nak dating pun x tau ngan sapa........

HAPPY LABOUR DAY 2009

01 May 2009