CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 31, 2009

Berakhir 31.12.2009

Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedar sudah sampai ke penghujungnya.Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2009.Apa azam tahun 2010?


Rasanya x ada azam kot?Bukan apa malas nak berazam-azam nie,sebelum-sebelum nie pun buat azam tapi rasanya x pernah 1 pun tercapai.Baik tahun nie x payah buat azam.

Yang penting aku nak jumpa Siti kat port biasa.Nak sembang2 tentang memori untuk tahun 2009 sebelum masuk ke tahun baru.Tak lama jumpa pukul 9+++ aku dah sampai rumah.

Tepat pukul 12 malam, terdengar bunyi bunga api yang berwarna-warni.Tanda kita sudah masuk ke tahun baru 2010.

Monday, December 28, 2009

McDonald

Nak sambung kerja aku memang dah x ada mood.Why??????

Susah nak luahkan isi hati ini.Tiada siapa yang akan memahaminya......

Tapi yang bestnya aku sentiasa dapat panggilan dari kawan aku Siti Ashmani.So aku pun plan nak jumpa & lepak kat tempat biasa McDonald section 23 Shah Alam.Tepat 6:30 ptg habis waktu kerja aku terus menuju tempat yang telah dijanjikan.Hanya sembang2 kosong sambil order French Fries yang besar serta dengan air dah cukup.Bukan membuang masa tapi hanya untuk mencari ketenangan dengan berhibur dengan cara begitu.Pukul 9 lebih aku pun pulang kerumah.Mandi & nak tengok AWAN DANIA hehehehehe

Saturday, December 26, 2009

Macam Tak Percaya

Ya Allah....apakah nie ujianmu.........
Pagi2 lagi telefon rumahku berdering2.......
Sungguh x percaya sepupu emakku telah pulang kerahmahtullah.Dalam sekelipa mata saja.

KEMALANGAN BAS EXPRESS SANI DI IPOH.....
Apa kaitannya?????
Kemalangan ngeri tulah yang menyebabkan sep
upu emakku menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang sangat mengerikan.Pasangan suami isteri iaitu Allahyarham Shaharin Mohd Nor & Allahyarhamah Supiah Adam meninggal dunia di tempat kejadian.Tak dapat bayangkan kesedihan anak2 yang kehilangan ibu & ayah dalam sekelip mata.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman....Amin

Tuesday, December 22, 2009

Atok!!!!!!!!!!

Fobia aku bila dapat panggilan dari rumah.......

Panggilan kali pertama :-
Emak memberitahu yang atok sudah dibawa pulang kerumah dan keadaan atok sangat nazak.Emak menyuruhkan aku pulang segera.Aku hanya kata " Ya ".Terus aku buat panggilan kat adik aku supaya tidak bekerja lebih masa.

Panggilan kali kedua :-
Berita yang sangat menyedihkan, atok aku telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 1:33 ptg.Aku macam x percaya dan bertanya dengan emak sekali lagi : ( aku terus call adik dan dalam keadaan kelam kabut aku terus pulang kerumah.Aku hanya sempat melihat jenazah atok aku yang diselubungi dengan kain.Jenazah siap dimandikan & dikapankan pada pukul 4:30 ptg dan dikebumikan dikampung halamannya di Beluru,Kuala Kangsar Perak.Itu adalah pesanan arwah bila dia meninggal jenazahnya perlu dikebumikan ditanah lahirnya.Keseluruhan kerluarga bergegas pulang kekampung & jenazah dikebumikan selepas isyak jam 9:30 malam.

Selepas semuanya selesai dengan majlis tahlil selama 3 hari berturut-turut aku pun pulang semula ke rumah pada hari jumaat petang.

Semoga arwah atok ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.....Amin