CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, January 19, 2010

Phone Baru

***********

*********

*******

****

**
Kalau ada duit lebih mesti ada benda yang nak dibeli.Inilah benda yang aku kena beli.Terpaksa pun sebab phone yang lama dah rosak.Apa boleh buat.Phone yang lama tu pun dah berusia 3 tahun.

Saturday, January 16, 2010

Saja-Saja

Bangun pagi 6:15 pagi.......

Keluar dari rumah Ayu..Mata masih mengantuk.Sampai rumah mak pulak mintak bawa pergi pasar nak beli barang-barang untuk meniaga.Tengok jam...........

7:10 pagi....
Kelam kabut aku.Baju yang nak dipakai hari ini belum bergosok.Janji dengan siti pukul 8:30 pagi.Masa yang dijanjikan untuk berjumpa telah tiba.Dengan hati yang berdegup laju aku cuba tabahkan.

Sudah tiba tempat yang aku ingin pergi.Sebenarnya saja-saja je.Kalau dapat Alhamdulillah.Bukan senang jugak nak
jadi JURUTOL ini.Banyak jugak part-part yang kena buat.Kena buat test matematik dan sebagainya.Sekurang-kurangnya aku dapat pengalaman macam mana nak jadi JURUTOL ini.

Dah siap interview aku ajak Siti pergi Sunway Pyramid.Lagipun situ je yang paling dekat.jalan-jalan sambil makan Hoat & Roll.Tiba-tiba Siti kehilangan Handphone.Kami mencari & pusing dalam Sunway Pyramid.Nasib baik jumpa.Zaman sekarang bukan senang nak dapat balik bila dah hilang.Tak lama lepas tu kami terus pulang kerumah.

Friday, January 15, 2010

Dari Lepak Terus......

Phone aku berbunyi menandakan SMS masuk.Aku hanya tengok sekali imbas sahaja.Sudah settle kerja yang perlu aku dahulukan barulah aku teringat kembali sms yang masuk.Rupa-rupanya.......


Aku tiba di rumah Ayu jam 7:30 malam.Sebelum naik kerumah,aku sms dulu..nak manja-manja katakanlah.Aku sebenarnya rindukan budak berdua tu HANI KHALILAH & HANA KHALISA.Dah lama sangat x jumpa.Puas aku cium budak berdua tu.Yang paling best sekali kalau aku yang datang Ayu mesti buat SUP TEPUNG (x sempat nak ambil gambar....lapar) memang sedap & mengenyangkan.Sambil layan makan sambil sembang.Tengok jam dah pukul 10 malam.Aku rasa nak berangkat pulang.Tiba-tiba Ayu bagi cadangan suruh aku tidur je kat rumah dia.

Alamak!!!!!!!
Tolak punya tolak akhirnya aku terima pelawaan si Ayu nie.Lagipun husband dia kerja malam.Tidur sambil menemankan dia.Nasib baik saiz badan sama boleh pinjam baju.

AYU AKU NAK UCAP TERIMA KASIH TAU SBB JAMU AKU DENGAN SUP TEPUNG........

Thursday, January 14, 2010

Adnan Sempit

ADNAN SEMPIT.....


Lepas habis interview,aku x tau nak pergi mana.Sepatutnya aku boleh sambung kerja seperti biasa memandangkan mood memang dah x ada so aku plan nak cari ketenangan.Pergi Jaya Jusco lah.....

Alamak!!!!!! JAMMMMMMMM
Kenapa pulak nie?Apa yang ramai sangat hari nie.
oooooo rupa-rupanya hari nie Jcard Day patutlah pun.Tapi diorang semua nie x kerja ke? Mesti sanggup ambil cuti gara-gara nak shopping.

Aku pecut kereta menuju ke Sunway Pyrimad.Terus ke kaunter nak beli tiket.Waktu aku ialah pukul 1:30 ptg.Tiba-tiba aku teringatkan HOT & ROLL dan terus beli & menikmatinya dengan nyaman tanpa gangguan sesiapa.

Selepas Menonton...
Memang best giler...kelakar sangat
rugi kalau x tengok...pecah perutlah & mesti sakit mulut sbb ketawa

Wednesday, January 13, 2010

Menanti Jawapan

Cerita semalam 12 hb Januari 2010

Jam 5 ptg
Tiba-tiba......................
Hati ini teringin nak buat sesuatu.Rindu pun ia jugak.Dengan tenang aku menaip SMS dan menghantar......

Jam 9 mlm
Tanpa putus asa aku masih menghantar SMS sekali lagi.Aku bukan memaksa tetapi sekurang-kurangnya reply balik SMS,jangan biarkan aku tertunggu-tunggu....
Aku masih menanti sampai ke subuh hari

Cerita hari ini 13 hb januari 2010
Jam 3 ptg
Tanpa diduga apa yang aku nantikan sudah terjawab.Walaupun hanya seketika sekurang-kurangnya aku tau dia masih mengingati aku.Apa yang menyeronokan " Dia " nak jumpa aku.

Dalam pada masa yang sama,hati aku berdegup laju kerana esok aku ada satu sesi INTERVIEW di section 16 Shah Alam.Tak ada kerja so aku saja-saja jalan pergi interview.

Tuesday, January 12, 2010

Kisah Lama Jadi Kenangan

Kenangan........
Sesuatu yang amat berharga dalam kehidupan seseorang.Tak kiralah kenangan itu manis ataupun pahit, sesungguhnya kenangan itulah yang jadi semangat untuk teruskan kehidupan yang akan datang.Dengan tanpa dipinta kenangan yang mengusik jiwa akan datang & melayarkan saat-saat manis & pahit seseorang itu dengan penuh perasaan.

Kenangan 2009 terus jadi ingatan dalam sanubariku......
Banyak yang aku alami dalam tahun 2009.Sesungguhnya Tuhan ingin menguji laluan kehidupanku dengan pelbagai rintangan.Kadang-kadang aku melayan perasaan sunyi dengan mengimbas balik kenangan yang manis dalam hidupku dengan " seseorang " yang pernah hadir dalam diriku.

Adakah mimpi menjadi realiti?
Betul kata pencipta lagu " Yang Indah itu Hanyalah Sementara "
Kebahagian yang aku kecapi hanyalah sementara & datanglah ombak yang memukul pantai...........
Mungkin ada hikmahnya disebalik apa yang terjadi ini.Tetapi perit bagiku untuk melupakannya, bila tiba rindu yang mengamit datanglah kenangan itu.

Kau pergi meninggalkan kesan dalam jiwaku....
Aku terpaksa merelakan pemergianmu untuk kau meneruskan perjuangan hidup & kerjaya yang kau kehendaki.Aku hanya insan yang tiada kuasa untuk menahan & sekiranya itu yang buat kau bahagia aku REDHA........
Aku terpaksa belajar & mengenali APA ITU ERTI SABAR yang sebenarnya.Tanpa disedari masa bergerak dengan pantas..Sudah 5 bulan kau berjauhan denganku.Hanya kenangan yang menemaniku.

Apa yang boleh aku katakan......
Kau tetap dalam anganku...........
Bukan mudah untuk aku melupakanmu......
Hanya SMS yang menjadi pengubat RINDU

MUAHHHHHHHHHHHH
I WILL ALWAYS LOVE YOU


Monday, January 11, 2010

Jom Tengok AWAN DANIA

Siapa suka tengok AWAN DANIA?

Sila angkat tangan.....hehehehehehehe

Aku suka tonton drama bersiri AWAN DANIA di astro Ria.Aku akan tunggu depan TV pada pukul 10 malam hingga 11 malam setiap hari Isnin.Seronok layan cerita ini.

Dania watak yang dibawa oleh Scha memang sesuai sangat.Watak Benjy yg dipegang oleh Jehan Miskin memang sesuai.

Aku memang mengikut cerita ini dari Awan Dania 1 & Awan Dania 2.So aku boleh tahu jalan kehidupan Dania yang memang bercita-cita ingin menjadi FA (Flight Attendant).

So apa kata kita ramai-ramai saksikan kisah seterusnya Awan Dania setiap hari isnin........

Sunday, January 10, 2010

Malam AJL 24


Malam ini akan digegarkan dengan ANUGERAH JUARA LAGU 24.Seramai 14 penyanyi akan bertanding dengan cara yang tersendiri.


Aku paling suka persembahan :
a) Misha Omar dengan lagu : CINTA ADAM & HAWA
b) Black dengan lagu : AKU SAYANG AKU RINDU
c) Faizal Tahir dengan lagu : BECINTA

Dan keputusannya :
Tempat Pertama : Aizat - Pergi
Tempat Kedua : Yuna - Dan Sebenarnya
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Becinta
Persembahan Terbaik : Aizat - Kau Aku
Vokal Terbaik : Black - Aku Sayang Aku Rindu

Friday, January 8, 2010

TENSION Sangat!!!!!!!

Sekadar gambar hiasan

Adakah aku akan mengalami seperti gambar diatas?
Sesungguhnya sedikit sebanyak aku hampir terjebak dengan gejala ini.Sejak kebelakangan ini aku agak TENSION sangat.Tak terluah dengan kata-kata.Hanya tuhan saja yang tahu.

Esok hari sabtu.Lega rasanya...........
Tak sabar nak cuti dah tak sanggup nak mengadap kerja & orang-orang yang ada disekeliling aku

Opsssssssssssss
Macam terlupa sesuatu...
Macam nak wish happy birthday
Tapi kat siap yek?
Ohhhhhhhhhh

HAPPY BIRTHDAY GUNASEEGARAN

Thursday, January 7, 2010

Seperti Biasa

Macam dah jadi satu kebiasaan pulak.Setiap kali aku ada masalah atau pun Siti ada masalah kami akan berkongsi cerita & tempat perjumpaan kami di MC DONALDS SECTION 23 SHAH ALAM.Kami rasa sudah semakin akrab.Lagipun aku dah lama terputus hubungan dengan Siti.Antara aku & Siti ada cerita yang tersendiri.Dan sekarang nie pun kami kerap berhubung melalui telefon.


Kami cuma order kentang goreng & air je.Yang paling penting aku nak berborak-borak je.kadang-kadang aku rasa lega bila aku dapat berkongsi cerita dengan orang yang boleh dipercayai.Rasa ada juga orang yang ambil berat apa yang terjadi keatas diri aku.

Note : Dalam seminggu mesti aku akan berjumpa dengan Siti.Thanks Friend : )

Wednesday, January 6, 2010

Jadi Penonton

Dah lama aku diajak untuk join bermain badminton, masalahnya aku tak berminat.Kalau nak jadi penonton tu bolehlah.So malam ini aku ikut kakak tu main badminton.Sebelum tu kami singgah pergi pasar malam dekat seksyen 7 Shah Alam.


Aku beli air tembikai & cempedak goreng.Baunya menusuk ke hidung.Sudah lama jugak aku tak tengok orang main badminton.Dulu masa kat tempat kerja lama selalu aku datang jenguk.Tapi itu semua hanya tinggal kenangan....

Macam lirik lagu .......
* Kenangan yang lama menjelma
Ingatanku padamu menyala-nyala
Gambaran duka
Yang lara menerpa

Oh mengapa kau utuskan sengsara
kau biarkan diriku meronta-ronta
Lantas kau alih cintmu
Padanya..........

Kenapa pulak ada lagu nie......
Jiwang karat pulak aku ini.......

Sambung balik cerita tadi.Tak lama aku berada di dewan seksyen 7 aku rasa badan pun dah terlalu penat & aku pun beransur balik dalam pukul 8 malam.Yang penting sekali aku nak tengok cerita RAHSIA HATI.


Hot&Roll

Yummy.....Yummy......Yummy
Sedapnya.......
Aku ingin bertanya kepada kengkawan, pernah makan tak Hot & Roll ini.Mula-mula aku pun tak tau tentang makanan ini tapi kawan tempat kerja yang memperkenalkan.Bagi aku memang sedap GILER lah.Ini kali kedua aku nak makan.Sanggup aku keluar waktu lunch pergi SUNWAY
PYRAMID nak makan HOT & ROLL.

Paratha Wrap


Ini adalah menu yang disediakan.Bermacam-macam jenis perisa yang ada.Dengan harga yang berpatutan.Samada nak makan kat situ & bungkus pun boleh.


Tuesday, January 5, 2010

Boring

Aduh!!!!!!!!
Macam nak sambung cuti.Banyak pulak kerja aku, yelah semalam aku bercuti.Tiba-tiba aku dipanggil oleh Bos bahawa Bahagian sumber Manusia meminta pertolongan untuk aku jaga bahagian Receptionist.


Alamak!!!!!
Aku lemah sikit bab-bab ini aku pun bukan kenal sangat orang-orang kat situ.But I TRY MY BEST.Dahlah duduk situ boring sesangat.Aku curi-curi jugak baca Novel.


Monday, January 4, 2010

Cuti !!!!!!!!

Setiap kali nak masuk hari isnin saja mulalah mood pun bertukar menjadi " MALAS ".Mungkin penyakit " Monday Blues" sudah datang.Dalam keadaan aku yang memang dah tak ada mood nak kerja terus aku saja apply cuti.


Pagi-pagi lagi aku dah bangun walaupun tak pergi kerja.Sudah berjanji dengan Siti nak jumpa di USJ seksyen 21.Ada program sikit.Jalan-jalan dekat The Summit, tiba-tiba aku terkenangkan " Sweet Memories " disitu.Sebak aku seketika......Terfikir jugak dikepala ini, bilakah aku akan dapat balik kenangan itu?

ENTAHLAHHHHHHHH........

Saturday, January 2, 2010

Blogku Bertukar Wajah

Cantik tak Blogku yang berwajah baru?

Yelah memandangkan ini tahun baru so aku pun tukarkan wallpaper yang baru.Nak sedap mata memandang.

Harap-harap aku dapat meluangkan masa untuk update kan blog ini.Nak update kat office susah lah pulak.Time balik kerja dahlah tak menentu & kadang-kadang aku dah malas nak on internet.InsyaAllah aku akan cuba luangkan pada hujung minggu.

Note :
Untuk tahun ini, akan aku ceritakan segala kisah suka & dukaku serta setiap aktiviti harianku di dalam BLOG ini sebabnya ianya sudah menjadi sebahagian dalam hidupku.Mana yang aku rasa boleh berkongsi akan aku kongsikan bersama-sama kengkawan yang datang menziarahi blog aku ini.

Friday, January 1, 2010

Happy New Year 2010

Selamat Tahun Baru 2010...........................

Selalunya apabila masuk saja Tahun Baru mesti kena ada azam.So untuk aku tiada azam yang perlu aku buat sebabnya bagi aku hanya sia-sia saja sekirannya ada azam tapi tak pernah tercapai.

Ada jugak kengkawan aku yang bertanya, sambut kat mana tahun baru ini?
Aku hanya ketawa hahahahahahahaha........
Dan aku menjawab seperti jawapan tahun sudah.....
sambut tahun baru dirumah saja : )

Alangkah indahnya sekirannya :-
Ada seseorang yang sudi menemani aku untuk melihat bunga api yang warna-warni sambil bercerita tentang apa yang ada disekeliling kita.Mesti pada masa itu akulah yang paling bahagia.

Dalam aku dilanda kesepian aku menerima SMS dari "seseorang" yang dah lama menyepikan diri.Mengirim SMS sebagai penganti diri....

* 2009 is almost gone but it has made us strong.The path was long but we walked it with a song.There were fears and tears but we also had reasons for cheers.Wishing you happy memories of 2009 and have a great 2010 ahead.Happy New Year My Dear!!!!!! *