CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, March 4, 2010

Balik Kg & Kereta Rosak : (

Bertarikh : 28/02/2010


Serasa aku bulan nie kerap kali aku pulang ke kampung.Walaupun x jauh tapi agak memboringkan bila aku yang kena drive.Nak buat macam mana hanya itu saja kampung yang aku ado......

Balik pun sebab pakcik aku ada buat makan2 utk celebrate hari lahir anak dia yang bongsu.So x sedap pulak kalau aku & family x balik.Nak x nak aku pun balik.Sampai di kg pukul 6 lebih.Sampai2 terus makan & lepak2 bersama-sama keluarga.Sembang punya sembang jam pun bergerak ke angka 9 malam.Aku pun bergerak balik ke Shah Alam.

Se sampai saja di Tol Ebor, aku rasa ada yang pelik terjadi kat kereta aku.Alamak!!!!! kereta aku x pernah buat hal nie.Aku dah naik SUSPEN.Berdebar2 juga hati aku.Jangan buat hal jauh lagi nak sampai ke rumah nie.Tawakal saja lah......Akhirnya sampai aku di rumah & kereta aku memang mengalami kerosakan yang agak teruk.

Bertarikh : 01/03/2010

Esoknya aku TERPAKSA ambil cuti & pergi baiki kerata kesayangan aku.Kereta nie pun x pernah sekali buat hal.Mungkin kesilapan aku kerana mengabaikan dia ( kereta pun ada perasaan bila tuan x pernah ambil peduli).Memang sehari suntuk kereta aku di bengkel.Kerata aku siap repair & masa utk membayar.Agak mengeletar jugak tangan nie nak membayar bila jumlahnya mencecah RM 500.Apa nak buat memang salah aku : (
Redha sajalah..............

Dah siap kereta aku pun test.Aku ronda2 kat section 18 beli barang sikit.Pastu aku ingat nak jumpa Ayu kat kilang.Saja nak membuang masa.Lepak2 kat luar.Bermacam2lah kongsi cerita dari yang baik hinggalah yang buruk.Tak sempat pulak nak ambil gambar sebab terlampau syok bercerita.

0 comments: