CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, April 5, 2008

iOi Mall Puchong

Dihadapan Bangunan iOi Mall Puchong.
Dah penat jalan2 apa lagi singgahlah MC'D beli Aiskrim &
tumpang duduk kat taman permainan kanak2.Sekali-sekala nak
jugak main gelongsor. Ini Ayu & anak comelnya Hani.Sempat jugak tu nak pose.
Inilah gadis ayu...sempat jugak berposing,walaupun muka nampak
letih apatahlagi perut dah naik kenyang
Amboi2 nie anak yang main,Ibu pun tumpang sekaki ye...merasa
jugak ko naik benda nie ye Ayu :-)
Nak cerita sikitlah,Nie semua plan tiba2 dalam kereta.Lepas balik
dari rumah Shikin Jalil,sembang2 tersebut pasal Puchong.So tanpa
buang masa,kami terus menghala ke Puchong.Nie pun kes redah je...
Ayu kata dia teringin nak gi iOi mall.Jalan2 sambil perhatikan signboard
ternampaklah bangunan iOi Mall.Senang je...
Aku pun sebenarnya nak cari jalan @ tempat yg memang aku nak cari
sebenarnya.So aku rasa puas dah jumpa apa yg aku cari selama nie.

Note : Jangan Jeoulus tau....mana yang tak dapat pergi hehehehe :-)










Keranamu Novel

Muka depan " Kompilasi kisah Yoyo karya " Liana Afiera Malik "
Dibahagian tepi Novel
Muka depan " Menanti Kasih karya Norzailina Nordin "
Didalamnya tertera Autograf dari penulisnya

Inilah sebahagian pembelian semasa berada di Pesta buku
Antarabangsa Kuala Lumpur.Seronok sangat bila aku boleh
update dalam blog.Biar semua org tahu yg aku memang salah
seorang peminat setia Novel.

Friday, April 4, 2008

First Malaysian Angkasawan

Tandatangan @ Autograf dari DR SHEIKH MUSZAPHAR SUKOR

Handsomenya DR SHEIKH MUSZAPHAR SHUKOR
Tangkap gambar curi-curi,bukan senang nak dapat
Untungnya dapat jumpa ngan Angkasawan Negara apatah
lagi didepan mata.MasyaAllah handsome giler....Nasib
sudah berpunya.Sorry ye gambar tak berapa nak Ok ,
Al-maklum bukan senang nak bergambar ngan orang popular...
Bodyguard sentiasa berada disebelah DR SMS memang dikawal
rapi & berhati-hati.Yg seronoknya aku dapat bercakap & dapat
tandatangandari DR SMS.Memang rasa dalam mimpi je....

Seronok Jumpa Novelis

Dari kiri : Intan Rosnitta,Norzailina Nordin,Norazian,Lily Haslina Nasir

Inilah kenangan yg tak dapat dilupakan utk seumur hidup.
Memang tak sangka nak bergambar ngan Novelis yg popular
Lama jugak bersembang,macam2 aku tanya ngan mereka.
Asyik2 baca novel sekali-sekali nak jugak berkenalan ngan
Penulisnya......
Peramah jugak kak Ina & Kak Lily nie.Banyak jugak
Kitaorang kongsi cerita.Tak dapat nak bayangkanlah
Kemesraan novelis nie & tak dapat nak ceritakan perasaan
yg seronok bila dapat jumpa Novelis nie.Rasa cam dalam
Mimpi je hehehe......
Beli Novel Kak Ina & dapatkan tandatangan khas dari Kak Ina.
Sorry ye Kak Lily tak beli buku Kak Lily....bukan tak nak beli
Tapi terlupa nak bawak dari rumah.
Note : Inilah habuan yg kita dapat beli kita buat sesuatu yang kita
minat yang lahir dari hati yang suci

3 Years Book Fair PWTC

PUTRA WORLD TRADE CENTRE

Memang tak sabar rasanya nak sampai kat PWTC.
Kalau nak tahu dah 3 tahun berturut-turut aku gi
pesta buku Antarabangsa.Rugi rasanya kalau tak
turut serta.Hari yg pertama adalah hari yg paling
bagus untuk gi.Macam-macam kita boleh dapat
bila berada di PWTC.
Aku kena apply cutilah untuk menyertai pesta buku nie.
Kalau nak gi hari weekend mesti ramai orgnya....
Banyak jugak aku beli buku tahun nie behabis
ratusan ringgitlah.Minat punya pasal tak pe.
Untuk sampai kat sana aku naik kemudahan awam
lagi senang tak payah nak pening2 cari parking.

Wednesday, April 2, 2008

Part Time - Jahit Manik

Contoh-Contoh manik yg digunakan



Bila ada masa lapang aku memang gemar jahit manik kat baju kurung.
Ada masanya pulak aku nie malas nak siapkan atau habiskan jahit manik.
Tengok mood lah.....
Kalau kengkawan nak tahu aku dah ada 4 pasang baju kurung yg sudah siap
Ada manik (yakni manik tu dihasilkan sendiri oleh cik Yan)
Banggalah jugak,selama nie aku bukan belajar dalam bidang jahit-menjahit
nie,lagi satu pun aku tak berminat..Tapi bila fikir2 balik baik buat sendiri
bukan susah sangat pun (Rajin @ Malas je)

Tulah hari nie aku kena sambung jahit manik..bayangkanlah dari bulan
January sampai sekarang tak siap2 lagi.Nasib baik baju sendiri,kalau
orang punya free2 dapat hadiah maki-hamun :-)



Note : Siapa2 yang nak menempah berfikir panjanglah Anda....

Tuesday, April 1, 2008

Part 2 - Kenangan Terindah


Tak sangka disaat akhir2 nie aku makin mesra pulak ngan Dia.
Tadi siap sembang2 kosong ngan Dia.bestnya......
Tapi aku pulak yg macam segan nak sembang ngan Dia.
Al-Maklum......
Lama,dari pasal kerja hingga ke hal2 peribadi.
Oklah tu....Aku ngan Dia kan nak jadi kawan.
Maybe Dia faham keadaan aku & situasi aku sekarang
Yang aku terasa Dia ambil berat ialah setiap kali jumpa
Mesti Dia tanya kat aku " OK KAN "
Apa yg aku jawab hanya reaksi muka yg berkerut-kerut

Tapi memang bestlah sembang berdua je ngan Dia.
Ingatkan Dia dah nak balik,mana taknya dah siap
Kunci pintu bilik pun,alih2 Dia tarik kerusi and then
Duduk depan aku sambil sembang2 kosong.....
Maybe Dia tak nak tinggalkan aku sorang2 kot
Hehehehehe..... :-)))
Itulah kenangan manis yg tak dapat aku lupakan
Nanti....Kita tak tau bila lagi boleh berkeadaan
Begitu.......



Note : Sorry...selagi Episod nie tak selesai,selagi tu ianya akan
sentiasa akan ku tulis dalam blog......