CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 1, 2008

Tak Habis-Habis

Pening kalau sesiapa yang dapat makwe cam aku nie....Mana tak nya....
(cuba tengok gambar dibawah)

Ini bukan saja2 tau..Sebenarnya handbag yang dulu dah rosak.....So aku pun belilah yang baru.Utk buat belasah aku beli yang murah2 je.Bila koyak aku tak hairan sangat...cuz murah.Ini kalau Cik Uji dapat tau...habis aku....kes ungkit-mengungkit akan terjadi nyer.

Aku suka beli handbag yang saiznya besar sikit....cuz aku leh taruk macam-macam.
Barang yang penting ialah :
1) Novel
2) Wallet
3) Phone
4) Dairi
5) Barang2 Make-up
6) Kunci kereta & Kunci rumah
So barang2 nie mesti aku bawak kemana sahaja....kalau takde....Nangis beb.

Resepi : Mushroom Soup

Sejak kebelakangan nie ataupun lebih mudah difaham...sejak hari Sabtu & Ahad cuti nie aku mula belajar sesuatu yang baru......MEMASAK (hehehehehe) itupun kalau mood baik datang.


Petang Sabtu dengan rajinnya,gi lah cari barang2 yang diperlukan untuk membuat MUSHROOM SOUP.....(tunggu apa hasilnya jap lagi ye)


Resepi " MUSHROOM SOUP"
Bahan-bahan utk 10 orang makan.....


Bawang Putih 4 biji ditumbuk (tumbuk tu ibaratkan cam tumbuk orang)
Bawang besar separuh 1/2 ditumbuk
Lada hitam yg dah ditumbuk setengah sudu kecil
Low fat milk ducth lady 1 liter
Cendawan butang 1 tin dicincang
Mentega (marjerin) 3 sudu besar
Serbuk ayan knorr 4 sudu besar
Ayam isi dada 2 ketul dicincang halus (kalau malas beli yg dah siap cincang)
Tepung gandum 3 senduk besar di campurkan denga air agak2 lah,jgn terlalu cair yang sedang2 aje
Garam secukup rasa lidah anda


Cara-cara membuatnya :
1. cairkan mentega dlm periuk,tumis bawang putih & bawang besar
2. Masukkan isi ayaam sampai separuh masak
3. Tuangkan susu Low Fat
4. Masukkan air kosong dalam 1 jug
5. Masukkan Cendawan butang
6. Masukkan ayam knorr,lada hitam & biarkan mendidih
7. Masukkan Tepung gandum (sila tapis) & kacau selalu sehingga pekat
8. Masukkan garam sehingga mendidih & tutup api


Dan inilah hasilnya :



Beli yang dah siap je kat Mydin.....mana taknya cari barang ada yang tak jumpa,so nampak yang dah siap lagi senang.

Sunday, November 30, 2008

Posting Gambar & Cerita Lama

Ok lah,memandangkan dah lama aku tak posting apa-apa...so aku show sekaligus.........

Haaa...ini pulak hadiah hari jadi...jauh tau datangnya,dari Shanghai...Special dari Bos

Kesian Cik Uji.....Dia tengah lena tidur.Sempat pulak aku snap gambar dia...First time Cik Uji masuk hospital..

Mesin Basuh & Peti Sejuk yang baru..Mula2 yang rosak adalah mesin basuh..tup..tup peti sejuk pun ikut sama rosak......terbang duit

Inilah pekan KUALA KANGSAR,sebelum nak balik SHAH ALAM aku singgah pekan nak beli apa2 yang patut utk dibawa balik....Kalau nak tahu itulah SUNGAI PERAK.


Gambar ini aku snap masa hari raya...orang sibuk makan kuih,aku & sepupu posing2 ambik gambar.Terasa aku cam baya2 diorang pulak..

Hai.....Aku Kembali

Hi....aku kembali untuk BLOGGING......Rasa rindu yang teramat sekali.Bermacam-macam dugaan yang aku kena tempuhi...Mula-mula LAPTOP yang problem,hampir-hampir dekat 1 Bulan...Bila LAPTOP dah ok INTERNET pulak problem.

So...hari nie 30 hb November 2008 aku telah kembali untuk menjalankan tugas menghiaskan serta menceritakan kehidupan aku didalam blog.

Kepada kawan-kawan yang setia menanti & mengharapkan aku kembali.......

Friday, October 10, 2008

Cerita Raya Ke-2

Sebelum tu aku punyalah EXCITED nak balik kampung belah Ayah pulak.Tapi bila dah tiba masanya,aku pulak yg paling lambat nak siap.

Mana tak nya,seronok kat kampung belah mak nie (mentang2 aku dilahirkan di N9) bertolak dr N9 dalam kul 6 ptg.Aku singgah jap kat Perhentian Elmina (highway Guthire) utk sembahyang maghrib.Yang buat seronoknya ialah masa perjalanan tu..bila penat aku suka singgah makan kat Perhentian Tapah.Sempat tgk pameran buku & novel.Aku pun apa lagi belilah satu.Yang buat aku geramnya,promosi sampai 50%.Sapa tak giler.....

Novel yg aku beli.Harga sebenar RM 29.90 after less RM 15.00

Di Pagi Syawal

Bangun pagi dengan semangat yang merumdum......Selalunya aku dah rasa suasana kampung

tapi kali nie,lain sekali suasananya.Sedih aku kena beraya di Shah Alam.Bagi aku cam hari2 biasa je.Kalau nak tahu nielah kali PERTAMA aku beraya dibandar.Keadaan kat umah aku ..Ya Allah sunyi sepi.

Sebenarnya tak lama gak aku kat Shah Alam,lepas sembahyang raya jumpa atok & opah kat umah makcik & terus pecut balik kampung N9.Kat kampung sebenarnya pun bukan ada sapa hanya makcik yang tinggal kat umah pusaka.Yang buat aku nak balik sangat tu sebab aku nak kan suasana kampung,makanan makcik aku.Terutama sekali LEMANG & RENDANG DAGING memang special (terlampau syok makan lupa nak snap).Naiklah berat badan aku...........

Thursday, October 9, 2008

Salam Rindu

Salam.....

Rindu kat blogger semua.Lama jugak tuan rumah tak up-date blog.Sekejap je rasa bercuti.Tak puas tau nak alami musim raya nie.......

Yang penting kini Aku & Family selamat kembali utk meneruskan kehidupan macam biasa.So,aku akan cuba utk kembalikan keceriaan utk blog nie......nantikan lah........