CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Friday, February 29, 2008

Bye February

Tak sangka sudah berakhir bulan February
Cepat sungguh masa merangkak
Rasanya tak puas lagi nak berada dalam bulan February
(romance Month)
Kalau kengkawan nak tahu bulan "February"ada 2 keistimewaannya :-
1. Bulan yg org selalu nantikan utk berkasih sayang
(Secara Islam)
2. February jugak adalah bulan yg paling pendek
(bulan yg tak sampai 31 hari)

Sebenarnya ada lagi keistimewaannya,tapi Aku tak boleh nak fikir
Kalau ada lagi nanti kengkawan bagi tau jelah ye....

Boring + Tension

Tak taulah kenapa ngan Aku nie
Boring sesangat...
Nak update Blog pun aku malas

Mungkin minggu nie dah tiba hari malas aku
Faham2 sudah lah....

2 hari nie pun aku naik tension
Pasal kerja pun ye gak
Mcm2 nak kena fikir
Hari nie aku balik lambat lagi....
Sambung buat kerja
Mana taknya,dah 3 hari aku tak buat report
Kejar benda Urgent...sampaikan report tak sempat buat
Nak jadi pekerja contoh ye gak...


Note : Selalu2lah balik lambat,supaya dilihat oleh Bos yg kita adalah pekerja contoh

Wednesday, February 27, 2008

Surprise.......

Kejadian yg memang tak di ingini terjadi :-

Dalam ghairah nak main bowling,tiba2 aku dicucuk oleh seseorang....
Suspens.......(Riak wajah berubah)
Memang aku terkejut sangat,orang yg memang aku tak sangka akan jumpa
Dia adalah Mohd Taufiq.....
Nak kata Boyfriend tak tau bila couple....
Tak pasal2 aku kena pau....
Nak kata takde duit menipulah....main bowling ade lak duit

Memang nie yg dikatakan "jodoh"
Hari tu masa tgk wayang beria-ria menyorokkan diri
Sekarang....Apa dah jadi

Jangan salah faham ye...Bukan tak suka jumpa kawan lama
Tapi aku ada sebab yg tersendiri kenapa nak larikan diri dari Taufiq
Kalau nak tahu mamat nielah "Cinta Monyet" aku
Tapi sekarang tinggal "Monyet" je kat mamat tu
Cintanya tak tau dah lari kat mana.....

Training Bowling


Dah lama tak main bowling.Boleh ingat lagi ke skill2 main bowling nie.
Hentam jelah,janji bola bowling tak gi link orang sebelah.
Bola masuk longkang tu adat lah....
(sapa suruh buat longkang hahahaha)
Seronok hari nie,ramai agak yg main bowling.
Mana taknya hari sabtu nie company Felio buat pertandingan bowling.
Apa lagi ramai peserta yg ingin turun padang,masing2 nak test tangan.

Acara bowling start pukul 6ptg...
pesertanya :
1. Yan
2. Yanie
3. Mary
4. Usha
5. Zura
6. Faridah
7. Shary
8. Izam & Tunang
9. Eta

Memang best giler lah,mcm2 perangai yg boleh dilihat
Terutama sekali skill baling bola bowling lah....
Ada yg lurus,ketepi & longkanglah yg paling banyak sekali dapat point.
Org lain main OK gaklah tapi Yanie.....
Kesian Yanie nampak muka pun mcm frust bila bola tak mengenai sasaran
Biasalah sekali-sekala turun padang memanglah begitu...
Kalau selalu main gerenti Yanie boleh kalahkan kita org.....
Mula2 main 2 game,ramai yg sepakat utk tambah lagi satu game...
Habis main bowling dlm pukul 8.40malam...
Apa tunggu lagi cabut balikkkkkkk

Tuesday, February 26, 2008

Swimming Day

Ha......
(melepaskan lelah)
Penat sungguh hari nie
Mana taknya,pergi swimming katakan
Dah lama jugak tak gi swimming
(buzy.......)
Masuk nie dah 2 kali gi renang
Seronok kalau gi ramai2

Geng2 Renang :-
1. Nor Azura (Med)
2. Rohayu (Prod)
3. Siti Rafidah (Prod)
4. Yan (Prod)
5. Kak Hani (HR)

Diatas adalah Geng2 yg memang berminat utk belajar berenang
Walaupun takde CIKGU yg mengajar
Belajar sendiri je,pandai2lah buat gaya tersendiri
Terlentang ke...Kuak kupu,kuak katak ke & tengelam ke
Tanggung sendirilah.......


Info : kalau gi renang hari2 boleh menjadikan badan kita lebih kecil

Motor Baru....

Susah betul nak layan orang yg pakai "Motor Baru" nie
Org lain pun pakai motor gak,taklah mcm minah senget nie...
Sapa lagi kalau bukan Eta....
Yang specialnya...Motor baru dia siap simpan dalam rumah lagi
Takut hilang katanyaaa....
Kesian kat Abah,tidur ngan motor dia
Dia tidur lena atas katil....
Sejak dah ade motor nie,time tengah hari asyik balik rumah je
Bengang pulak aku...

Bertambah ligatlah minah nie bila dah pakai motor nanti
Bukannya apa Dia bukan fikir orang sekeliling yg sayangkan Dia
Terutama "Emak"nya.....
Yelah Emak mana yg tak sayangkan anak2nya :-(




Note : Kita jugak akan merasa pengalaman menjadi seorang IBU
bila sampai serunya nanti.... InsyaAllah



Sunday, February 24, 2008

Sunday Oh Sunday

Seronoknya......
Bertemu lagi kita dihari minggu....
(Adalah hari cuti yg dinantikan)
Sekejap betul masa berlalu
Rasanya baru je hari minggu...
Dah jumpa balik hari minggu.

Tak de apa yg menarik utk hari minggu nie..
Yelah..nak makan sedap pun duit takde lagi
(almaklum belum gaji lagi... hehehhe)
Buat keje umah mcm biasa
Masak utk hari nie pun ala kadar je....
Apa...Nak tau jugak menu apa....
Isyyyyyy........
Menunya :-
1. Sayur Bayam masak tumis
2. Ikan bilis sambal
2. Gulai pisang

Ingatkan lepas makan nak jugak rehat @ tidur..
Alih2 kena tolong mak kopik bawang ngan kentang
Nak buat inti karipap utk meniaga esok hari..
Ada pulak tetamu...
Kena layan..
Dahlah kat umah ade Baby....
Nak tau Baby Sapa...
Baby tu kepunyaan sepupuku...
Mak bawa balik umah & tlg ubatkan
Baby asyik nangis je...
Nama Baby tu ialah...
Mohd Haziq Shahwan b.Razman Effendy

Note : Mana2 yg belum berumahtangga, belajar2lah cara2 menjaga Baby yg asyik nangis je.... :-)

Saturday, February 23, 2008

Ketulusan Hati

Anuar Zain
Favourite Songs :-

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Cintaku hanya indah
Hanya bahagia untuk selamanya
Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

(korus)
Mencintaimu tak mengenal waktu
Tak mengenal puitis
Hanya tulusnya hati
Mencintaimu tak mengenal ragu
Keyakinan hatiku hanya untuk dirimu
Selalu

Cintaku tak berdusta
Tak mengenal ingkar
Tak kenal nestapa
Tak ada seribu janji
Hanya bahagia untuk selamanya

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku

* Ulang korus

Apa yang ku rasakan ini
Persembahan untuk dirimu
Kau dengarkan kasihku
Oooo...

* Ulang korus

Note : Fahamilah senikata ini, khas utk org yg sedang dilamun cinta......

Friday, February 22, 2008

DBTM

DBTM - Dunia Baru The Movie
Kisah Geng Kolej Paling Popolur Di M'Sia

Pelakon Utama :-
Elyana - Opie
Pierre Andre - Adif
Anita Baharom - Anizah
Wan Elyas - Tajol
Almy Nadia - Suzana
Anne Ngasri - Madihah
Iqram Dinzly - Darius
Baizura Kahar - Erika
Hafiz - Fazley

Sinopsis :
Apabila Anizah yg sepatutnya melanjutkan pelajaran ke UK dlm bidang Nanotechnology,
diculik oleh bekas teman lelakinya Fazley.Beliau meninggalkan pesanan dlm nota yg
beliau dipaksa tulis oleh Fazley kpd rakan-rakannya mengatakan yg beliau ingin meninggalkan segala impiannya & mengahwini fazley.
Disebabkan nota beliau Opie,Tajol,Adif,Suzana,Madihah,Suzanna,erika & Darius mengambil keputusan utk menghalang Anizah dari berkahwin dan pergi ke Thailand.
Mereka mengalami pelbagai cabaran & insiden-insiden yg mencabar & lucu sehingga mereka mengambil keputusan utk pulang ke kuala Lumpur.
Akan tetapi,disaat mereka putus asa,mereka terserempak dgn kereta Fazley.
Disepanjang p'jalanan ke Utara,Fazley pula asyik menculik sesiapa yg beliau terjumpa
di tengah p'jalanan yg mengsyakinya menculik Anizah.
Dan bnyk lagi.....
(Cukuplah tu Aku pun gi tgk,korang nak tau percuma mana boleh......)
Silalah menonton Filem Dunia Baru The Movie dipanggung yg berdekatan.


Info :-
1. DBTM mendapat kutipan selam 5 hari mencecah RM 1.5 juta
2. Tayangan bermula pada 7 Februari 2008
3. Nak tahu pasal DBTM bukalah laman Web www.duniabaruthemovie.com

Tuesday, February 19, 2008

Putih

Bukan gambar sebenar Dah lama Cik Uji tak bela kucing.
Tiba2 datang seekor kucing yg agak manja & peramah.
Bebulu putih,berekor pendek & sangat kurus.
Tanpa membuat pilihan kami sekeluarga mengambil
kucing itu sbg anak angkatlah (No Choice)

Yang bagusnya kucing nie dah tau kat mana nak buang segala
najis & air kencingnya....
Tu yg buat kami lebih sayangkannya.
Seronok bila kucing nie pandai main.
Tambahan pulak boleh jadi kawan time kita sunyi.

Aku tak boleh tgk kucing yg sakit
(nanti aku nangis)
Aku mudah terharu & hiba
Nie Si Putih kakinya dah dengkot sebelah..
xtau pasal apa...
Kecian..aku boleh rasa kesakitan yg dialami
Cik Uji dah bubuh ubat kat kaki si Putih
Harap2 esok Putih blh jalan seperti sediakala

Monday, February 18, 2008

Upgrade Blog...

Bagaimana kalau Pening + Seronok =????? (apa akan jadi)
Seronok jugak bila dah ade Blog sendiri nie
Mcm2 aku boleh buat.....
Kisah Pening :-
Tak sangka bnyk pulak template yg cantik2
Nie yg buat aku pening kepala
Yelah...dah teruja dgn template yg baru
Apa lagi aku pun buat pemilihan....(mcm nak mengundi pulak)


Kisah Seronok :-
Tertarik dgn satu template yg berlatarbelakangkan Island (Pulau)
Memang cantik..(tgklah sapa yg pilih)
Bukannya apa,bila ada org yg membaca blog nie sekurang2nya mereka boleh
merasa suasana berada Di Island...hehehehe
Tapi memang,aku merasa kepuasan bila dapat buat sesuatu yg aku suka
Termasuklah mereka Blog yg sederhana kpd yg cantik.

Jawapannya :-
Sesungguhnya pening itu membawa keseronokkan yg lahir dari
"Hati yg suci murni"

Sunday, February 17, 2008

Makan & Tidur

Tengok jam sudah menunjukkan pukul 10.00 pagi..
Betapa indahnya tidor hari nie...
Nasib baik Mak & Abah tak bising....
(dah faham anak2nya macamana)
Buat keje macam biasa...
Mak masak hari nie boleh tahan gak :-
1 .Sotong sumbat masak sambal
2 .Peria (yang pahit) masak ala2 rendang gitu
3 .Telur dadar goreng

Aku masak jugak,Ingat aku tak tau masak ke....
Aku masak Nasi...hehehehe
Masaklah jugak namanya tu...

Dah kenyang aku pun sambung tidor...
Lama jugak aku tidor
Dari pukul 4ptg hingga pukul 6.45ptg
Dahsyat kan...Habis keje lain tak de...

Pakcik aku yang tinggal kat Klang Utama datang..
Sajalah tu...kenalah buat apa yang patut-patut
Menunya :-
1. Air kopi
2. Keropok goreng (dari kelantan tau..)
2. karipap Besor

Tinggalkan pakcik aku dgn Family
Aku pun pergi jumpa Kak Long & 2 Children
Diorang balik umah Maknya...
Kak Long tinggal kat Cheras
Berkerja di AMBANK...

Lama jugak sembang2 kosong ngan Kak Long
Balik kena sambung buat keje..
Makan lagi..Bilalah nak Kurus
Lepas tu tidor,Mata pun dah naik stim..
hehehehe..hahahahaha

Friday, February 15, 2008

Pecah Perut

Hahaha...Hehehe....Hohoho
Golak bosar Den hari nie....(tukar dialog N9)
Duduk depan TV,semata-mata nak tengok Raja Lawak Musim yang Ke-2.
Memang best giler..
Apa yang menjadi tertarik kau memang de bom yelah Hosnya yang memang giler....
iaitu JOHAN & ZIZAN...
Episod kali nie memang kelakar..Iaitu "Tabiat @ tebiat orang Malaysia" .
Pelawak menunjukkan persembahan yang terbaik dari minggu lepas
terutama sekali utk Nabillll...
Pilihan Aku utk Raja Lawak yg Bakal jadi JUARA :
1.Nabil (Solo)
2.Cham (Kump.)
3.Shah (Solo)

Juri pun join sekali melawak...Not Bad...
Apa yang penting adalah :-

JOHAN adalah Raja Lawak yang tetap DIHATIKU :-)

Thursday, February 14, 2008

Bertambahnya Ilmu

Rasa tak sabar nak balik...Yelah dah dapat ilmu untuk create blog sendiri....
Apatah lagi dapat tunjuk ajar dari Cikgu Intan......hehehe
Buat masa sekarang,Aku kena fikirkan idea yang menarik untuk
"Mengindahkan" lagi blog nie supaya kawan-kawan seronok membaca...

Wednesday, February 13, 2008

Pembukaan azian2608blogspot

Macam-macam perasaan yang timbul...
Nak tau perasaan apa yang timbul,mestilah perasaan gembira..
Yelah Aku dah ada blog sendiri.Macam-macam boleh aku ceritakan & luahkan...
Dan aku jugak boleh kongsikan bersama kawan-kawan & sahabat handai

yang mengenali aku tak kira yang jauh atau yang dekat...
Ok lah buat permulaan,nie saja yang ingin aku ceritakan..
Chau......