CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 30, 2008

Terlepas Sudahhhhh.....

Ahhhhh!!!!!

Sekian kalinya aku terlepas peluang untuk memiliki novel-novel yang menjanjikan harga
berpatutan.Selalunya aku tak pernah miss,but now.....
Rasa rugi tak dapat nak pergi mas pesta buku ini diadakan.Masa nielah aku boleh menambahkan
koleksi novel-novel yang masih belum aku perolehi.Masalah lain pulak ialah,pesta buku nie buat
time aku belum gaji lagi TENSIONNNYAAAA.Kenalah tunggu 5 bulan akan datang lagi.

Sunday, June 29, 2008

My BestFriend Wedding

Hai.....
Seronok sangat sbb aku akan menghadiri majlis perkahwinan sahabat baik semasa
sekolah lagi.

Nak cerita sikit masa sekolah2 dulu :
Dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah.Pergi sekolah pun sama2 kecuali
masing2 ada aktiviti sendiri.Dari rumah naik basikal,park kat tempat yg disediakan
dan jalan kaki hingga ke sekolah.Cuma kelas je lain2.2 orang sahabatku nie masuk
kelas yg baik2,cuma aku je kelas yg hujung2 hehehehehe
Sambil jalan2 ingat lagi cerita pasal masa hadapan.Bila dah habis belajar nak duduk
serumahlah & yg bestnya nak tengok antara 3 orang nie siapa yg kahwin dulu.(tapi dah
terbukti Kak Long kawin dulu hehuhaho).Tapi masa-masa sekolah adalah kenangan
yang paling indah.

Ucapan dariku :-
Semoga kau berbahagia disamping suami yang tercinta.Jagalah dirimu & suamimu agar
sentiasa bersama hingga keakhir hayat.Menitilah kehidupan baru nie dengan cahaya2
yang sentiasa bersinar & memberikan cahayamata yang comel2 untuk melengkapkan
kehidupan berumahtangga.......


SELAMAT PENGANTIN BARU
NORFADHILLAH BT BASIR
&
MUHAMMAD SHAHIR B NASRUDIN

Friday, June 27, 2008

Have a Sweet Day

SWEET MORNING!!!!!



The secret of life is to make the best
of whatever comes along
Make every day fresh and new
Go in search of knowledge and experience

Let your questions and
your answers reconcile
Do you best to remember
That the best kind of learning curve
is an educated smile

Share your magic with the people
Who share your memories
Let your feelings run deep

Be in touch with the people
Who live in your heart
Be a caring person who plays to keep

To really know what success means,earn it
Don't rely on some elevator to get you there
The higher the floor you want to reach
The more important it is to take the stairs

The easiest lessons to remember
are the ones you learn the hard way
Appreciate the little things
that make each day
unique and special

Thursday, June 26, 2008

Kisah Digigit Anjing

Tadi aku pergi melawat seorang kawan yang baru mengalami kecederaan digigit anjing.
Kes nie dah 2 hari terjadi semasa beliau pulang kerja.Kadang-kadang benda yang nak
jadi kita tak tau.Terciptalah perpatah melayu mengatakan :-

" MALANG TIDAK BERBAU "
Tapi aku memang kesiankan beliau.Yang aku geramnya,dah kena gigit dek anjing dia
boleh tak bagitau kawan2 serumah,boleh pulak dia diamkan aje.Benda2 macamnie
tak boleh dibiarkan.Ramai yg mengatakan gigitan anjing adalah bahaya boleh didapati
penyakit "SAWAN ANJING".Harap2 dijauhkanlah penyakit tu.Dia pergi ke klinik doc
pun memberikan injection kalau gigitan tu teruk & bernanah doc akan membuat pem-
bedahan kecil.Alhamdullilah,nampaknya kesan gigitan tu beransur pulih.



Note : Berhati-hatilah semasa pulang dari kerja.sekarang nie bukan orang je kena takut,pada
anjing pun kena takut gak.Nie tak taulah nak kategorikan anjing gila @ anjing meroyan.

Ah! Rindu Lagi

Penyanyi : Amelina
Tajuk Lagu : Ah!Rindu lagi

Ah..Berdegup jantungku mendengarkan namamu
Ah...Ah
Berdebarnya hati rinduku datang lagi
Malu ku malu dikau buat tak tahu
Rindu oh rindu kurasa tak menentu

Berdegup jantungku bila kudengar namamu
Ah...Ah
Berdebar dihati mabukku datang lagi
Ikutkan hati konon ingin membenci
Ikutkan rindu tubuhku jadi lesu

Corus :
Semakin ku cuba lari
Semakin kau menghampiri
Tiap kali ku menghalang
Ku mabuk kepayang

Ulang Corus 1x

Aku tak tahan lagi
Aku tak ingin lagi
Sakit rindu begini
Datang pergi sesuka hati


Note : Inilah lagu yang membuat aku menjadi JUARA pada majlis makan malam hari tu..
Ada masa nanti kita nyanyi sama-sama ye....

Wednesday, June 25, 2008

Apa Kes?

Apa Kes?????
Tiba je kat rumah,mak & abahku ajak gi Klang.Suspen je.....
Rupanya nak tukar barang.Tapi yg bestnya gi Klang naik Komuter,sbb nak elakkan
kesesakan lalu lintas.

Aku tak sempat nak buat apa pun.Nak biarkan diorang berdua pergi cam tu je,tak sedap
hati pulak.Tak pelah ikutkan je,manalah tau dapat apa2 ke hehehuhu......(fikir nak dpt
habuan je).Dah settel tukar barang,lepak jap kat kedai makan.Apa tunggu lagi Orderrrrrr
Masa macam nielah nak habiskan duit abahku hehehehe......
(Sorryyyyy..anakmu memang nakal)


Shopping at Carefour 22.06.08

Picture tengah shopping at Carefour,Klang

Juara Karaoke (Part 3)

Macam tak percaya sama sekali,menang buat kali yg ketiga.Aku pun tak tau macamana
aku boleh menang.Hentam sajalah.....Dah penat berlatih nielah hasilnya.........
Terima kasih pada kawan2 yg memberi sokongan.

Lagu yg dibawa : Ah!Rindu lagi
Penyanyi Asal : Amelina
Hadiah : Wang Tunai sebanyak RM100

Tuesday, June 24, 2008

Annual Dinner 21.06.08 (Part 2)

hehehehe.....
Rasa lucu bila diimbaskan kembali.Inilah diantara gambar2 yg sempat diambil.
Walaupun sederhana,majlis malam tu dijayakan dengan gemilang.
Picture 2

Picture 1


Karaoke Audition 18.06.08 (Part 1)

Gambar diatas adalah para peserta yg masuk bertanding.Berdebar jugak nak menyanyi.
Bermacam2 gaya ada,gelak sampai nak pecah perut pun ada.


Audition Mula : 5:30 ptg ~ 7:00 mlm
Tarikh : 18.06.2008 / Rabu
Tempat : Tingkat 3.

Inilah gambar2 kandid yg diambil semasa berlansungnya acara Karaoke.Walaupun
hanya saringan,peminat & penonton tetap memberi sokongan yg padu pada penyanyi
karaoke.

Dah Settle...Lega


Hai....
So aku boleh update blog macam biasa.Tiada problem lagi.Tension jugak bila internet
problem,aku tak de peluang nak intai2 blog2 kawan2.So I'M HAPPY NOW......
Dan aku akan ceritakan apa yg berlaku semenjak ketiadaan internet..





Monday, June 23, 2008

Miss Blog & Blogger

Hai....
Assalamualaikum..pada kawan2 bloger.Rasa rindu pada blogger & blog.
Maaflah dah lama tak update blog,aku mengalami beberapa masalah yg tak dapat nak
dielakkan.Tambahan pulak aku kena berlatih utk masuk pertandingan karaoke pada hari
sabtu yg lepas.

Alhamdulillah,lega perasaan aku apabila majlis yg dinantikan selesai dengan jayanya.
Aku akan update blog setelah masalah yg kedua settel.

SO WAIT & SEE

Wednesday, June 18, 2008

Dag..Dig..Dup..

Waduh!!!!!
Berdebar jugak aku hari nie.Walaupun dah biasa karaoke perasaan berdebar tu tetap
ada.Kalau nyanyi dalam toilet oklah,nie nak nyanyi depan orang ramai...MasyaAllah
Lagipun aku dah lama tak nyanyi depan orang ramai.TOLONGGGGG!!!!!!

Harap2 aku boleh bawak lagu nie & boleh nyanyi macamana aku nyanyi kat dalam
toilet
hehehehehe.....

Monday, June 16, 2008

Isteri Yang Didera

Bagaimanakah perasaan seorang Isteri yg didera????
Allahuakbar....Aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan keadaan @ situasi
begitu.Mengapa seorang Isteri @ perempuan perlu hadapi semua ini.

Kisah nie adalah benar.
Memang tak disangka,seorang perempuan yg nampak lemah lembut rupanya
mengalami tekanan perasaan.Usia perkahwinan beliau telah menjangkau 2 tahun
3 bulan.Maybe hari nie beliau akan bergelar janda.Cuz beliau tak dapat bersabar
lagi dengan kerenah si suami yg memang "GILA".Sungguh menyedihkan lagi dalam
usia yg masih muda telah menerima gelaran janda.

Aku tak dapat nak bayangkan semasa mereka hidup bersama?Hidup beliau sentiasa
dihantui dengan pukulan2 si suami.Datang kerja dengan muka yg bengkak2.Bila di-
tanya biasalah jawapan yg selalu kita dengar terjatuh lah,terhantuk lah........
Beliau terpaksa menipu utk menjaga air muka si suami.Beliau pernah mengalami
keguguran gara2 si suami memukul dengan teruk.

Begitulah nasib seseorang.Kita tak tau bila pulak nasib kita.Aku bersimpati dengan
kisah beliau.Aku harap beliau dapat menghadapi keadaan nie dengan tabah.Dan di-
harap jugak keluarga beliau memberi sokongan padu utk beliau terus berjuang pada
masa yg akan datang.Anggaplah nie satu pengajaran buat beliau & kita semua.


Note :
Inilah salah satu sebab aku takut utk menghadapi alam berumahtangga.Takut tersalah
pilih.Aku tak tau bagaimana pulak keadaan aku masa tu nanti & aku tak tau pulak aku
boleh menerima dengan tabah atau tak.Mintak simpanglah........


Sunday, June 15, 2008

Happy Father's Day

Hari ini adalah sambutan Hari Bapa.So aku nak ambik kesempatan utk ucapkan
HAPPY FATHER'S DAY pada Abahku RAZALI B.SHAARI


Shopping Kain Langsir

Hehehehe....
Yang bestnya pulak,singgah masuk kedai Optimo.Apa lagi pilihlah baju mana yg patut
Tapi yg bayar siapa lagi kalau bukan Ayahku.Masa nielah nak bodek apa yg patut.
Sorry... Abah anakmu memang nakal huhuhuhu

Waduhhh.....
Puasa pun lambat lagi,dah shopping kain langsir???Bukannya apa ada masa terluang nie
bolehlah beli mana yg patut.Tak nak kelam-kabut masa nak raya nanti.Sekurang2nya
aku & family dah get ready utk fikirkan apa fesyen yg perlu direka.

Destinasi pertama ialah Anggerik Mall.Masuk kedai Takzim.Sunyi sepi pulak kat area
situ.Bila masuk kedai tu macam tak bnyk pilihan.So bawa pulak family shopping kat
Plaza Alam Sentral.Masuklah kat kedai Nagoya.Bila dah bnyk pilihan,pening pulak
nak pilih.Jadi aku yg pilih,so tahun nie langsir rumah aku warna Ungu gitu.

Saturday, June 14, 2008

Al-Fatihah



Berita mengejutkan jugak yg aku terima dari mak.Seseorang yg aku kenal dari kecil
hingga sekarang.Beliau telah pergi meninggalkan kami semua.Aku memanggil beliau
Kak Anis.Beliau terlibat dalam satu kemalangan jalan raya semasa ingin melintas jalan
utk keseberang.Tiba2 datang sebuah lori terus merempuh Kak Anis & ...........
Dari tempat kejadian beliau tidak sedarkan diri.Kak Anis mengalami pendarahan yg
teruk.Sampai saja di Hospital Doctor pun memberi harapan yg tipis utk Kak Anis
hidup 50:50.
Aku dapat berita Kak Anis meninggal dunia pada awal pagi kira2 jam 2:30 pagi.Macam
tak percaya.Yang menyedihkan lagi ialah Arwah meninggalkan anak-anak yg masih
kecil & memerlukan kasih sayang seorang ibu.Tak dapat nak bayangkan bagaimana
perasaan anak2nya utk menghadapi kenyataan nie.
AL-FATIHAH....



Friday, June 13, 2008

Kiss For All Bloggers

Hai.....
Saja nak bagi hadiah pada bloggers yg datang singgah. Mesti ramai yg tertarik
tengok cara kartun tu kiss.Ibaratkanlah itu cara aku kiss pada bloggers yg menjenggah
ok.....

Adaaaa.........


Thursday, June 12, 2008

Jiwa Kacau


Adussss!!!!
Kenapa dengan aku hari nie.Macam ada kehilangan sesuatu.Aku dapat rasakan ada

yang tak kena ngan diriku.Aku rasa GELISAH...RESAH...tak TENTERAM & aku tak
tau apa yg aku sedang fikirkan.Aku dapat rasakan aku berada dalam keadaan yang tak
SELESA.Atau aku hanya melyan perasaan yang kadang kala berJIWA KACAU.

Kalau nak tahu macam mana aku rasa,lihat gambar diatas.Bagaimana dia bergerak
begitulah yang aku rasa.Silap2 haribulan aku akan mengalirkan airmata & silap
cara aku akan melenting.....

Wednesday, June 11, 2008

Abah Belanja Makan Malam

Wow...bestnya hari nie.Dah puas tension2 kat kilang,bila balik dapat pulak kejutan
memang tak terkatalah.Dah penat karaoke apa yg patut ataupun testing suara..terasa
lapar & dahaga pulak.Macam boleh rasa je malam nie ada orang nak belanja makan
special.Apa lagi siap cepat2 & pilih menu apa yg nak dimakan.So dalam lapar2 tu
boleh snap apa2 yg patut.Nak tau apa menu,jap ye.......

  1. Ikan Siakap masak 3 rasa
  2. Kerabu mangga & Telur Dadar
  3. Sup Tulang & Sup Ekor (sempat snap sup tulang je)
  4. Sayur Kangkung Goreng Belacan
  5. Sotong Goreng Tepung
  6. Keropok Lekor

Kejutan Dari Abah

Hai....
Kembali dengan cerita sensasi huhuhuhu
Aku tak tau sama ada aku di alam realiti @ di alam fantasi cewahhhh....
Bila tiba dirumah,aku tengok ada DVD baru.Agak lama jugak aku tak memiliki
DVD.Rasa pelik gak,Abah aku yg beli....selalunya kalau bab2 macam nie pujuk
macam mana pun gerenti takkan dapat punya.Memang dalam keadaan sekarang
aku memerlukan DVD utk berlatih karaoke.Macam tau2 je abah aku nie.Cayalah....

Lagi satu,agak mustahil nak percaya abah siap bagi duit belanja RM50 setiap
seorang.Tak ambik rugi beb....Memang menghairankan aku.


Monday, June 9, 2008

Hanya Tinggal Kenangan


06.06.2008 adalah tarikh yg membawa kesedihan pada aku &
kengkawan.Apa yg tinggal hanyalah kenangan terindah...

Sunday, June 8, 2008

Mee Kari

Picture kat bawah tu adalah menu makan malam.Cik Uji dah tak tau nak masak
apa.So anak-anaknya bagi menu Mee Kari.

1. Mee Kuning
2. Tauge,Limau nipis,Daun sup,Bawang goreng,cili padi
3. Telur rebus (pengantin punya)
4. Kuah Kari
5. Pencuci mulut

Nak bagi 2 kerat pantun :-
Gendang-gendut tali kecapi
Kenyang perut senang hati

Makan Kenduri

Picture 1
Itu adalah keluarga aku.Sampai je terus ambil makanan.Memang dah
sampai pada waktu makan tengahhari.


Picture 2
kalau nak tahu,tu pulak keluarga makcik aku (adik ayah aku).Dia orang
yang tunjuk jalan.

Picture 3
It's Me...cun tak hehehehe.Asyik aku je yg nak snap gambar diorang,
aku tak de can nak glomour dalam blog sendiri.

Saturday, June 7, 2008

Tesco Shah Alam

Dah lama aku tak shopping kat Tesco.Bila dah shopping tak ingat beb..
Yang bestnya aku gi shopping ngan My Mom.Macam2 aku ambik.Nak
tau apa yg aku beli silalah tinjau gambar dibawah :

Pic 1. Wow..banyaknya,semua tu adalah barang keperluan dapur.
Pic 2. Tu baru aku punya barang.Sikit je,malu nak ambik banyak,
al-maklum Cik Uji yang belanja hehehehe

Friday, June 6, 2008

06.06.2008 Bye Bye Danail

Sedih...Sedih...Sedih
Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan Danail.Walaupun baru 2 bulan
jadi Production Manager,aku dah lama mesra ngan Danail.

Pagi-pagi aku dah rasa sedih & menangis bila terpandangkan wajah Danail.
Maybe aku terasa gak ngan pemergian Danail.Hari nie aku tengok Danail
banyak round2 & ambil2 gambar buat disaat akhir di FELIO.

Apa kebaikan Danail?
Danail seorang yg memang baik.Bila dipanggil @ minta bantuan cepat
datang memberi pertolongan.Tak pernah nak berkira @ kedekut.Orangnya
peramah,sentiasa tersenyum & yg bestnya tak pernah menunjukkan muka
masam & tak pernah nak marah.Dan jugak tak pernah nak menyusahkan
org2 bawahan,tu yg aku respect kat Danail.




Note :

Yan harap Danail akan berjaya pada pekerjaan yg akan datang.Dan jgn
lupa pada kami yg selalu akan merindui DANAIL ONG

Wednesday, June 4, 2008

Wow...Jam???

Apa yg JAM???
Tak pernah aku tengok ramai yg JAM kat station minyak.Apa puncanya.
Yelah harga minyak naik lagi.Jadi ramai orang berpusu-pusu utk mengisi
tangki minyak.

Hairan aku?Apa lepas nie diorang tak isi minyak ke?
Bagi aku sama je,isi ke tak,tak ada bezanya.Harga minyak tetap akan naik.
Apa nak jadi ngan NEGARA kita nie.Bila minyak naik,tak mustahil barang
yang lain akan naik jugak....



Note :
Apa boleh buat,barang keperluan naik,minyak naik cuma satu je yg susah
nak naik......GAJI

Lepak vs Minum Petang


Aku nie kerap sangat balik lambat.Ada kerja yg perlu aku bereskan.
Kadang-kadang aku layan internet jap.Lagipun aku balik bukan buat
apa pun,alih-alih aku makan & tidur zzzzzzzzzzzzzz

Hari nie pulak aku ada barang yg perlu aku siapkan.Dah settle Danail
ajak gi minum kat kedai MAK TOK.Aku follow je.Seronok gak dapat
lepak & sembang apa yg patut.Jangan tak tau kita orang sempat lagi
bergosip pasal BOS baru tu.

Aku order Mee Kari & Teh Panas.Sambil makan sambil bercerita.Aku
sempat jugak minta tips2 apa2 yg patut pada Danail.Lepas nie tak tau
lah bila lagi boleh sembang macam nie lagi.Alamak...datanglah pulak
si Yakop...akhirnya aku lepak kat kedai tu hampir pukul 8:10 malam.




Monday, June 2, 2008

Kerenah Bos Baru?

Mesti kengkawan nak tahu tentang title diatas kan?
MELAYAN KERENAH BOS BARU?

Aku ceritalah serba sedikit mana yg boleh di kongsi.Bunyinya macam
baik je,tapi hanya tuhan saja yg tahu.Biasalah setiap kali bertukar BOS
nie mesti ada saja PERUBAHAN yg akan berlaku.Begitulah yg
TERJADI pada aku & kengkawan yg lain.

Pening nak layan kerenah bos baru,masaalahnya bos baru kena faham
keadaan yg sedia ada.Nak buat perubahan pun janganlah DRASTIK
sangat.Susah nak FOLLOW beb...Inilah salah satu ciri-ciri bos yg
BEGONG.Dahlah masuk tempat baru,janganlah nak tunjuk sesuatu
yg dipanggil BODOH SOMBONG.Taulah pandai SANGAT
tapi jangan MENYUSAHKAN orang sekeliling.

Sebenarnya aku buat macam nie,bukan nak cerita keburukan bos sendiri.
Tapi dah tak boleh nak simpan lagi.Rasa puas bila dah coretkan dalam blog..
Harap2 bos baru tu tak kan KEKAL lama.Dan aku rasa bos baru tu tau yg
aku & kengkawan yg lain tak boleh nak masuk satu KEPALA ngan dia.
Tengoklah keadaan,kalau aku rasa boleh ikut aku akan cuba yg BEST
utk jadi sepasukan TEAM yg bermutu di PRODUCTION.



P/S : Yg bertanda merah & huruf dibesarkan adalah tanda amaran.Senang utk
di ingati pada masa yg akan datang.Ada cerita yg baru akan aku usulkan pada
N3 yg akan datang.....Amigossss

Sunday, June 1, 2008

Tak Taulah :P

Alahai....
Apa nak buat nie.Mana aku nak pergi?
Apa plan aku hari nie?
BORING GILER BEB!!!!!!!

Geng2 bloger semua nak holiday.Ada yg balik kampung,ada yg makan angin.
Jealous lah pulak.Apa nak buat dah nasib badan gitu.....Aku bukannya tak de
"kampung",masalahnya Atok & Opah aku dah lama duduk kat Shah Alam.Lain
lah kalau dah lama tak jumpa.Nak gi holiday (makan Angin) badget hampir2
nak KO..


P/S : Happy holiday pada semua bloger & kengkawan :D