CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, June 16, 2008

Isteri Yang Didera

Bagaimanakah perasaan seorang Isteri yg didera????
Allahuakbar....Aku sendiri pun tak dapat nak bayangkan keadaan @ situasi
begitu.Mengapa seorang Isteri @ perempuan perlu hadapi semua ini.

Kisah nie adalah benar.
Memang tak disangka,seorang perempuan yg nampak lemah lembut rupanya
mengalami tekanan perasaan.Usia perkahwinan beliau telah menjangkau 2 tahun
3 bulan.Maybe hari nie beliau akan bergelar janda.Cuz beliau tak dapat bersabar
lagi dengan kerenah si suami yg memang "GILA".Sungguh menyedihkan lagi dalam
usia yg masih muda telah menerima gelaran janda.

Aku tak dapat nak bayangkan semasa mereka hidup bersama?Hidup beliau sentiasa
dihantui dengan pukulan2 si suami.Datang kerja dengan muka yg bengkak2.Bila di-
tanya biasalah jawapan yg selalu kita dengar terjatuh lah,terhantuk lah........
Beliau terpaksa menipu utk menjaga air muka si suami.Beliau pernah mengalami
keguguran gara2 si suami memukul dengan teruk.

Begitulah nasib seseorang.Kita tak tau bila pulak nasib kita.Aku bersimpati dengan
kisah beliau.Aku harap beliau dapat menghadapi keadaan nie dengan tabah.Dan di-
harap jugak keluarga beliau memberi sokongan padu utk beliau terus berjuang pada
masa yg akan datang.Anggaplah nie satu pengajaran buat beliau & kita semua.


Note :
Inilah salah satu sebab aku takut utk menghadapi alam berumahtangga.Takut tersalah
pilih.Aku tak tau bagaimana pulak keadaan aku masa tu nanti & aku tak tau pulak aku
boleh menerima dengan tabah atau tak.Mintak simpanglah........


0 comments: