CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, December 23, 2008

Alahai Atuk & Opah

Dah 2 hari opah berada di rumah aku....Buat masa nie mereka akan dijaga oleh Family aku.Inilah dugaan yang perlu aku & Family tempuh.Kalau nak tahu,aku pernah cerita yang dalam blog,Opah aku tidak boleh berjalan,sebelah badan tak boleh bergerak.Dah lama kalau tak salah aku dah masuk 7 bulan.Dah macam2 usaha & berubat....masih berkeadaan yang sama.So sekarang nie aku & family kena angkat opah utk aktiviti mandi,makan & apa2 jelah.

Atuk pulak masih boleh berjalan,cuma dia selalu mengerang kerana dia ada penyakit ashma.Kadang2 kesian gak,tapi apa boleh buat...kami boleh bawa dia gi hospital & bagi makan ubat utk mengurangkan ashma yg ditanggung.Itulah gara2 terlampau banyak sangat merokok.....Bila usia makan lanjut...tanggung sekali penyakit.

Sebenarnya ada kisah disebalik semua ini terjadi....tapi selagi mereka masih ada,tak pelah berkorban apa saja & telan saja pahit2 hempedu w'pun kadang2 memang menyakitkan.InsyaAllah...setiap kebaikan akan dibalas oleh yang maha Esa......

1 comments:

my little family / kaftanbatik said...

yan, xbaik tau kata tu sebagai dugaan..jgn la anggap ia sbgai bebanan.sebaliknya kewajiban kita sebagai anak-cucu utk jaga mereka. biasa la..bila dah tua ni mcm2 hal sket..tp jgn lupa..klu umur kita panjang..kita kelak akan alami sepertimana yg sedang mereka alami tau.. :-)