CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, December 15, 2008

Perkahwinan Rahsia Rich & Velvet

Pasangan Bahagia......
RICH & VELVET Wajah kegembiraan dapat dilihat dari senyuman yg diberi oleh pasangan ini....

Macam tak percaya.....dari usik-usikan akhirnya memang menjadi suami-isteri


KL, 12 DIS 2008: Dalam sibuk-sibuk bercerita tentang perkawinan artis popular, terkejut melihat foto perkahwinan yang dikirimkan peminat fanatik bekas pelajar Akademi Fantasia 4 (AF4), Rich dan Velvet. Hai, dalam diam-diam pasangan sejoli ini dah pun menjadi suami isteri pada tanggal 5 Disember lalu! Difahamkan, majlis ini dibuat secara rahsia di taman berhampiran sebuah ballroom. Tambah sensasi, semua tetamu yang hadir tidak dibenarkan mengambil gambar. Haa, macam mana pula boleh ada gambar seperti yang kita lihat ini?Apa kes pun, kami dapat menghidu bahwa majlis ini dihadiri kira-kira 500 orang jemputan yang terdiri dari kalangan orang ternama. Pun begitu, kami kecewa kerana tiada seorang pihak media pun dijemput membuat liputan.


"Sebenarnya mereka bukan nak sorok tapi mahu menghormati keputusan kedua belah keluarga. Orang tua mereka yang mahu perkara ini dirahsiakan. Mereka juga mahu merasai perkahwinan seperti orang biasa yakni bukan seperti artis. Tambahan pula, kebanyakan tetamu yang hadir semuanya orang besar-besar," kata teman baik Velvet itu.



:: Mencipta Rekod Pelajar-Pelajar Akademi Fantasia yang menjadi pasangan pengantin :-

1) Khai & Rosma - Akademi Fantasia 1
2) Rich & Velvet - Akademi Fantasia 4

Siapakah pasangan seterusnya..........??????????






1 comments:

Nurmala Mazlan said...

semoga berbahagia ke akhir hayat