CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Saturday, March 22, 2008

Majlis Cukur Jambul

Hari ini aku pakai baju cantik sikit lah
Mana taknya,semalam sempat lagi shopping dulu
Coz nak gi kenduri cukur jambul anak Norina
Dah janji ngan kengkawan pakai baju labuh
Ngan seluar warna putih @ Hitam.
Balik keje tadi terus gi umah Norina
Tak sangka hujan turun ngan lebat sekali
Apa boleh buat....
Masa Norina kawin dulu pun hujan lebat
Dapat anak ni pun hujan lebat
Hujan Rahmat namanya.....
Lama jugak bertapa kat umah Norina
Habis orang surau baca doa
Aku & kengkawan pun diajak makan
Perut memang dah berkeroncong,Al-maklum
Time kul satu memang makan tengah hari
Tengok lauk-pauknya memang mengacam giler
(Bukan orang je yg boleh mengacam tau)

Lauk-pauknya ialah :
1. Kuah kurma daging
2. Ayam masak merah
3. Ikan masin
4. Sambal belacan
5. timun & Kacang Botol

Cuma keadaan je yg buat aku & kengkawan kurang selesa
Nasi yg dlm pinggan tetap habis,rugi kalau tak habiskan
Lagipun tak baik buang rezeki......
Tapi thanks pada Norina kerana menjemput ke majlis
Cukur Jambul Anak Perempuannya........

0 comments: