CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 31, 2008

Ucapan Ramadhan

Ucapan Sempena Bulan Ramadhan nie :-
Yan ingin mengucapkan selamat berpuasa kepada umat islam & tidak lupa pada kengkawan blogger semua.Diharap bulan ramadhan kali nie memberi makna pada kengkawan & keluarga....


Yan akan menyambut bulan ramadhan bersama2 keluarga diLenggeng,mantin Negeri Sembilan.Bermakna Yan tak dapat nak update blog sehingga 1.09.2008.Diharap ucapan2 kengkawan akan Yan balas setelah Yan kembali ke Shah Alam......

Majlis Wedding Danail & Wife

Sebahagian dari kawan2 yg dapat hadir ke majlis Danail di Port Klang

Ini taulah,acara potong kek.Apa2 pun aku tak dapat nak merasa kek tu :(


Upacara minum2 kot.Tak tau nak panggil apa :P

Inilah muka ceria & bahagia dari pengantin Danail & Wife

Saat2 yg dinanti-nantikan.Menunggu ketibaan pengantin yg menaiki kapal

Khusyuknya orang tu...tengah driverlah katakan.Nak jadi pemandu yg berhemat :P






Saturday, August 30, 2008

Karipap

Hari nie aku kena bangun awal.....Sebabnya aku kena tolong Cik Uji buat karipap..Kawan kilang order RM60 bermakna 180 biji aku kena buat.....Aku tolong yg ringan2 je selebihnya aku layan internet hehehehe
Aku bangun pukul 4.30 pagi.Mata pun tak nak tidur sangat..Maybe kepala aku macam2 yg difikirkan.....

Kuih Karipap Cik Uji.Popular di area Klang & Shah Alam.Amboi siap promosi nie.



Nota :
Sebenarnya nie n3 yg tak sempat nak update.....

Tag Bulan Ramadhan


Jalan-jalan kat umah kengkawan blogger nak wish untuk sambut kemerdekaan & bulan ramadhan.Singgah umah CHEQTIE kena TAG pulak.So dengan semangat kemerdekaan nie Yan pun laksanakan tugas yang diberikan oleh CHEQTIE.....


So Yan nak sebarkan TAG nie kepada kengkawan blogger yang selalu menjenggah heheheh :D

1) Kak Intan
2) Mama Anis
3) Hani
4) Kak Combi
5) Kak PB

Nota :
Jangan malu-malu ambik TAG nie & letakkan kat umah kengkawan ye :P

Friday, August 29, 2008

Novel Baru : Meniti Kasih

Tajuk Novel : Meniti Kasih
Pengarang : Norzailina nordin
Tarikh Beli : 04.04.08
Harga : RM19.90

Ini adalah Novel seterusnya....Meniti Kasih.Dah start baca.

Best betul cerita "Hanya dikau" nie.Aku baca pun boleh senyum2 dengan jalan ceritanya.Rugi kalau kengkawan yg suka baca novel tak beli Hanya dikau.


Makan Kat Luar


Kalau time2 gaji nie memang aktiviti aku & Family buat plan makan kat luar.Yang kena belanja semestilah aku.Cik Uji memang dah malas nak masak.Aku lagi lah.......

So aku bawa family aku makan kat seksyen 15 Shah Alam.Dekat sikit..Dan tibalah masanya utk ORDER......
Diantara2 menu yg aku order :-

Makanan

1) Nasi Goreng USA
2) Nasi Goreng Ayam
3) Nasi Goreng Pattaya
4) Sup Ayam
5) Tom Yam Campur

Minuman

1) Air Epal
2) Air Laici
3) Teh Ais
4) Air Kosong

Jumlah yang aku kena bayar pada malam tu RM36.50.Makanan pada aku boleh tahanlah.Lepas makan apa lagi nak tunggu.....balikkkkkkkk

Thursday, August 28, 2008

Kekasihku Seru


Ada kengkawan yang mengikuti cerita "KEKASIHKU SERU"best tak?Pada aku best gak lah.Aku suka tengok Fizz Fairuz dalam cerita nie..Slow & Steady je watak dia.So aku ada letakkan Episode utk minggu nie punya.Saksikanlah........

Interview

Dup...Dapp...Dup....Dapp.......(jantung aku berdegup kencang)
Sebenarnya aku dah lama tak gi interview,so nielah yang aku alami sekarang.Masa nak pergi interview pun suruh abang (En.Ya'kop) hantar & teman.Bila sampai di tempat yang ingin di interview.......alahai takde apa yang menakutkan pun....SUSPEN je hehehehehe.Aku sendiri pun tak tau,nie ke cara orang kena interview?
Tapi apa yang aku dapat dari situ ialah pengalaman di interview walaupun interview aku secara SEMPOI.....(ala-ala AC disini pulak)

Wednesday, August 27, 2008

Finally....


KEPUTUSANNYA!!!!!!!!



Aku bersetuju untuk belajar sesuatu yang baru.Aku terima tawaran sebagai kerani HR di tempat baru.Nie bukan keputusan yg terburu2,tapi aku inginkan perubahan baru & inginkan sesuatu yang baru.Lagipun nielah cita-cita aku dulu masa sekolah.Harap2 ini adalah keputusan yg betul aku buat.

Tuesday, August 26, 2008

Celebrate My Besday


Hadiah tetap tak tinggal.Gambar2 diatas adalah pemberian dari org2 yg menyayangi aku.Love U all.....

Waduhhhh..Banyak pulak kali nie aku dapat KEK.Bestnyerrrrr.
Picture 1) Tak sangka sanggup mak angkat gi belikan Kek,terharu sangat.Terima kasih diatas kasih sayangmu
Picture 2) Tak sangka jugak sahabat baik aku kali nie bawak Kek.Suprise kot :P

Nie menu makan tengahhari.Spagetti Chicken Mushroom & Ice Lemon Tea
Mak Angkat belanja...Kelas gitu :P

It's My Besday

Happy Birthday


Hari nie adalah hari yang paling bahagia buat aku..Hari nie jugak aku menyambut hari lahir yang ke-26 tahun.Alamak!!!!dah masuk alam T....

So aku harap tahun nie aku dapat mencari JODOH yg sesuai hehehehe...Yelah bosan gak bila asyik dapat soalan : Bila nak KAWIN?Apa2 pun InsyaAllah,ada jodoh tak kemana kan.....

Monday, August 25, 2008

Confuse!!!!!!

PENING!!!!!!!!!!!

Dah 2,3 hari dok fikir.Apa pilihan yg harus aku lakukan.Rupanya bukan senang nak buat pilihan.Sebenarnya aku dapat 1 OFFER utk menjadi PURCHASING CLECRK.Problemnya aku tak berapa CONFIDENT ngan diri aku sendiri.Kalau ikut kata hati memang aku nak mencuba,tapi...........banyak sangat tapi,tapi.Sampaikan aku tak lena tidur pada hujung minggu yg lepas asyik memikirkan masalah nie.Lagipun aku dapat OFFER nie pun bukan dari tuan badan sendiri cuma dari mulut kemulut je.

TUNGGU!!!!!!!!!!!!

So apa yg boleh aku buat,hanyalah menunggu sampai ianya menjadi terdesak & sehingga tunggu "seseorang" pulang bercuti.

Sunday, August 24, 2008

Aktiviti Hujung Minggu

Kerana dah terlalu banyak memikir sampaikan aku terlupa nak snap aktiviti hari minggu.
Aku ceritalah sikit apa yg aku buat pada hujung minggu yeeeee....

SARAPAN PAGI
1) NASI LEMAK makan ngan SAMBAL SARDIN
2) AIR NESCAFE PANAS

MAKAN TENGAHHARI
1) LAKSA
2) balance NASI LEMAK & SAMBAL SARDIN

# Utk minum petang En.Razali belanja kat kedai mamak seksyen 18

MINUM PETANG
1) ROTI CANAI TELUR ngan KUAH KARI
2) AIR TEH TARIK

MAKAN MALAM
1) NASI MINYAK (makcik bagi ada kenduri kat kampung)
2) AYAM MASAK MERAH

Thursday, August 21, 2008

Terima Award Gitu...

Macam menang Anugerah Bintang Popular gitu.....Thanks lah Cheqtie cuz sudi sesangat bagi kat Yan Award yg cute nie...

So,Yan pun nak forwardkan Award nie kat Blogger yg lain :

a) Kak Intan
b) Mama Anis
c) Hani
d) Eiba
e) Qasih

Tuesday, August 19, 2008

My Biodataku

Ingat lagi tak masa sekolah2 dulu,suka buat Biodata kan.Pantang ada buku yg cantik sikit mula start reka-reka biodata.Yg lagi bestnya leh tukar2 ngan kengkawan yg lain..So aku pun ingat nak imbas kembali & nak jadikan KERJA pada kengkawan blogger..Boleh kan?




MY BIODATAKU @ PENGENALANKU

Nama Penuh : Norazian bt Razali

Nama samaran : Yan

Umur Sekarang : 26 Tahun

Adik Beradik : Anak Sulung Dari 3 beradik

Status : Bujang @ Single lagi tau....

Tarikh Lahir : 26 hb August 1982

Tempat Lahir : Hospital Besar Seremban,Negeri Sembilan Darul Khusus

Asal : Negeri Sembilan tapi dibesarkan Di Shah Alam

Tempat Kediaman : Kampung Padang Jawa 41300 Klang.

Hobi : Membaca Novel , Mengemas , Menonton Movie , Internet & Lepak

Cita-Cita : Kerani ( tapi skrg jadi lain :P)

Makanan Kegemaran : Laksa , Nasi ayam , & Masakan Ibu

Minuman Kegemaran : Teh Ais & Air Sejuk

Warna Kegemaran : Coklat , Ungu , Biru & Merah Jambu

Sukan Diminati : Badminton & Bowling

Barang-Barang Yg suka Dikumpul : Handbeg (35~40 buah) , Kasut Tinggi (8 pasang) , Novel (60 buah)

Harta Sekarang : Sebuah Kereta Iswara 1.3 (beli dari 2000 hinggalah skrg)

Nama sekolah Rendah : Sekolah Rendah Kebangsaan Padang Jawa & Sekolah Agama Padang Jawa

Nama Sekolah Menengah : Sekolah Menengah Seksyen 16 Shah Alam

Orang Yang Dikasihi : Semestilah Bondaku

Kawan Yang Paling Rapat : Adalah 2 orang.Yg betul2 faham keadaan aku semasa suka & duka.Biarlah aku je yg tau

Kenangan Manis : Yang mana yek.....Pertama sekali jadi pemenang karaoke buat 3 kali berturut-turut,bukan riak tapi rasa terharu....Keduanya pulak saat mula2 jatuh cinta pada org yg kita sayang tapi.......sekarang hanyalah tinggal kenangan.

Kenangan Pahit : Bila dengar bonda aku sakit...Fobia :(

Muzik Yg Di kegemari : Balada , 90 an & Hindi

Lagu yg Diminati : Ketulusan Hati , No One , With You , No Air & bnyk lagi....

Tokoh Yg Diminati : Tun Dr.Mahathir Mohammed

Tempat Yg Ingin Dilawati : Semenanjung Malaysia

Harapan Masa Depan : Sentiasa bahagia disamping keluarga & diberikan kesempurnaan hidup dengan lebih aman supaya dapat menikmati kehidupan didunia & akhirat.

P/S : Ingat nak pas kerja nie kepada kengkawan blogger yg selalu singgah :
1) Kak Intan Rosnitta
2) Mama Anis
3) Hani
4) Cheqtie
5) Kak Combi
6) Katak_Ayu

# Tak paksa tau hanya suka2 & mengimbas kembali zaman2 sekolah dulu kala,ada masa buatlah :D

Monday, August 18, 2008

Teddy Bear From Sis Intan


Bestnya dapat Teddy Bear dari Sis Intan Rosnitta.Kalau dapat yang Ori lagi best pada 26.08.2008 hehehehe.....Thanks Sis Intan kerana sudi memberi Teddy Bear pada Yan......


Dan Yan pun nak bagi pada bloger2 yg selalu datang singgah blog Yan :
1) Hani
2) Cheqtie
3) Katak_Ayu
4) Eiba

So,kengkawan bloger datang lah ambik Teddy Bear yang cute nie :D

Kisah Ngeri

Dalam perjalanan aku ingin pulang ke kampung,berhenti di traffic light.Tanpa diduga sesuatu yg telah terjadi yg berlaku didepan mata aku sendiri.Dengan tak semena-mena aku menjerit aaaaaaaaaaa........Ya Allah satu kemalangan yg terjadi di antara lori & motosikal.Aku tak tau camana nak cerita.Bila cerita aku terbayangkan org yg menunggang motorsikal tu...kesian dia.

Dari arah Klang nak ke Shah Alam sebuah lori dengan lajunya telah merempuh sebuah motosikal dengan arah yang sama & mengakibatkan kemalangan di mana setelah lori tu melanggar motosikal & pemboncengnya berguling2 dan terhentak pada kereta dihadapan.Ya Allah,aku tak dapat nak bayangkan kejadian itu kerana kejadian tu berlaku dalam sekelip mata.Yg menjadi sialnya lori yg telah melanggar motosikal tu terus lari & menghilangkan diri sehingga tak dapat utk mengambil no plat.Ayahku pun memberi bantuan pada penunggang motosikal tu & tanpa rasa malu ayahku pun marah dikhalayak ramai.Memaki pemandu lori dengan hati yg geram.Nasib baik dalam kereta takde kayu,kalau tak malang pemandu lori tu kena belasah.Tak pasal2 ayahku masuk lokap.Bukannya apa,kita kena bayangkan kalau yg dilanggar tu adalah saudara mara kita....macamana?????????

Dalam perjalanan pulang ke kampung tu aku rasa FOBIA dengan kejadian yg memang tak di sangka.Bagaimanalah keadaan penunggang motor tu?Harap2 dia tidak mengalami kecederaan yg teruk.

Disebalik cerita Balik Kampung

Sempat lagi tu nak bergambar ngan pakcik kesayangan....Dialah pakcik yg selalu ambik berat ttg anak2 buahnya,cuma aku je yg kadang2 malas nak layan huhuhuhu :P



Haaaa...Gadis yg kami sunting utk Rashidi Razalli.Bersiap sedialah Jun utk menjadi salah seorang ahli keluarga kami :D

Nielah kisahnya......aku & family pulang ke kampung bagi menjalankan tanggungjawab sebagai wakil utk merisik & bertunang kepada sepupu aku.Semuanya adalah Emergency,memandangkan Tok & Opah aku tak berapa sihat.Seronok gak lah,sekurang-kurangnya aku tau cam mana org yg datang utk merisik & bertunang.Bincang punya bincang tarikh yg ditetapkan adalah 20.12.08 jatuh pada hari sabtu disebelah perempuan,manakala pula pihak lelaki pada 21.12.08 jatuh pada hari Ahad.Terpaksalah simpan cuti pada tarikh2 berikut.

Balik kampung


Haaa..cantik tak umah nie :P .Nielah umah yg selalu aku menginap setiap kali pulang ke kempung.Tempat aku tidur bila menjelang waktu malam adalah ditingkat atas.

Tanpa membuang masa lepas balik dari banting,aku pun bersiap utk pulang ke kampung.Ni adalah perancangan Emergency......dan aku pun terpaksa balik.Sampai di kampung dalam pukul 11 malam.Huuuuu...penat beb aku driver sorang,kalau dekat takpe nie jauh.....Tak pelah lagipun Mak & Abah aku yg sponsor minyak & tol.

Badget utk pulang kekampung Dari SHAH ALAM ke KUALA KANGSAR,PERAK :-
1) Minyak pergi & balik = RM200
2) Tol dari Guthire ke Kuala Kangsar pergi & balik = RM62.40 (Touch n Go)

Selamat Berbahagia Izam & Nor

Sebelum tu nak Wishes : -

SELAMAT PENGANTIN BARU
EZRINIZAM & NOR
Tak sabar rasanya nak kerumah pengantin.Dah terbayang-bayangkan lauk-pauk pengantin.Sampai dibanting pukul 3 ptg.Masa tu perut pun dah berkeroncong.......Sampai je bapak pengantin membawa kami ke khemah yg memang dikhaskan utk warga Felio.

Bila dah kenyang,masa utk bergambarlah pulak.Dahlah panas,sampaikan pengantin perempuan pun ntah mana2 perginya.....

Jangan salah sangka,bukan nie pengantin perempuannya..

Wednesday, August 13, 2008

Pizza Segera


Sudah masak...Woi..bestnya.Tak sabar nak rasa nie.Kalau nak tau aku bakar sendiri tau.Mula2 cam tak confindent je.Tapi bila dah jadi seronoknya.Kalau tgk gambar kecik tu sekejap je aku makan dah tinggal separuh.Sebab utama pulak saja nak test Oven baru :P

Ini pizza yg belum di masak lagi.Yg tlg promotekan ialah Kak Intan.
Perasa : Hawaiian Chicken

Tuesday, August 12, 2008

Pening


Cam2 dugaan yg aku kena hadapi.Bab-bab yg menuju kejalan utk membuang duit nie ada-ada je.Serba-salah gak kalau tak ambik.Bila dah tilik banyak kali memang pasti terpautnya.Tambah pulak nak dekat raya.Tu jelah alasan yg ada :D

PENING??????
Yang peningnya ialah aku tak tau nak pilih yg mana satu.Nak ambik dua2 aku tak mampu beb.Pada mata aku yg warna biru tu cantik,tapi cam dah bnyk pulak warna biru.Nak ambik warna purple cam tak menarik sangat.

Yang mana satu cantik ?tlg pilihkan kengkawan yg budiman........

N3 Yang Ke-200

Seronoknya....Nie adalah N3 yg ke-200

Monday, August 11, 2008

Ciri-Ciri Wanita Solehah

Bismillaahir Rahmaanir Raheem

Ciri-ciri wanita solehah
Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh islam utk seseorang wanita menerima gelaran solehah & seterusnya menerima pahala syurga yg penuh kenikmatan dari Allah s.w.t

Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat iaitu :
1. Taat kepada Allah & Rasulnya
2. Taat kepada suami

Perincian dari 2 syarat di atas adalah sebagai berikut :
1. Taat kepada Allah & Rasulnya

* Bagaimana yg dikatakan taat kepada Allah s.w.t?
- Mencintai Allah s.w.t & Rasulullah s.a.w melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias & berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki dewasa kecuali ada mahram bersamanya
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran,kebajikan & ketaqwaan.
- Berbuat baik kepada ibu & bapa
- Sentiasa bersedekah baik dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalawat dengan lelaki dewasa
- Bersikap baik terhadap tetangga

2.Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Menjaga kehormatan diri & harta suaminya selama suami tiada di rumah
- Tidak bermasam muka di hadapan suami
- Tidak menolak ajakan suami utk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak menerima tamu yg dibenci suami
- Sentiasa memelihara diri,kebersihan & kecantikannya serta rumahtangga


Faktor yang merendahkan martabat wanita
Sebenarnya puncak rendahnya martabat wanita adalah dari faktor dalaman.Bukanlah faktor luaran atau yg berbentuk material sebagaimana yg digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah :
1. Terlupa mengingati Allah
# Kerana terlalu sibuk dengan tugas & kegiatan luar atau memelihara anak-anak,maka tidak hairanlah jika banyak wanita yg tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah.Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yg paling berbahaya bagi diri mereka,di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-jathiah ayat 23 ertinya :
" Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai tuhannya & Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya.Dan Allah telah mengunci mati pendengaran & hatinya & meletakkan tutupan atas penglihatannya "

Sabda Rasulullah s.a.w ertinya :
" Tidak sempurna iman seseorang dari kamu,sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang telah aku sampaikan" (riwayat tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t bukan saja dengan berzikir,tetapi termasuklah menghadiri majlis2 ilmu.

2. Mudah tertipu dengan keindahan dunia
# Keindahan dunia & kemewahannya memang banyak menjebak wanita keperangkapnya.Bukan itu saja,malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya utk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa & noda.Tidak sedikit yang sanggup durhaka kepada Allah s.w.t didalam kenikmatan dunia yg terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t di dalam surah al-An'am ertinya :
" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan & kelalaian & sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi org2 yg bertakwa,oleh kerana itu tidaklah kamu berfikir "

3. Mudah terpedaya dengan syahwat

4. Lemah iman

5. Bersikap suka menunjuk-nunjuk

Dunia adalah perhiasan,perhiasan dunia yg terbaik adalah
WANITA YANG SOLEHAH
p/s : Sumber Info dari kiriman e-mail.

Mengiringi Pengantin

Sepatutnya N3 nie aku update semalam.Tapi "terlampau" penat,So aku pun upload kan hari nie.Nie majlis yg berlangsung diCheras & majlis diadakan didalam satu perkampungan orang minang.Makanannya pun not bad.

Saturday, August 9, 2008

Bertandang Dimlm Berinai

Majlis perkahwinan yang aku hadir nie adalah esok,memandangkan esok aku pun ada acara jadi aku datang pada waktu malam.Sekurang2nya aku datang utk memenuhi ajakan tuan rumah.Kalau aku sorang maybe aku pun tak gi.

Ucapan Kak Yan utk Pengantin Baru :

SELAMAT PENGANTIN BARU
NADZIRAH & MOHD IZWAN

# Semoga berkekalan hingga keanak cucu & sentiasa meniti kebahgian didunia & akhirat

JJCMDB (jalan2 cari makan dan barang)

Dah siap beli barang utk baby.Aku cari hadiah utk pengantin pulak.Kepala aku pun dah naik pening.Sbb dah tak tau nak bg apa.Memandangkan malam nie aku nak gi kenduri kawin,so aku rembat mana yg senang je.


Tahniah!!!!
Buat Abg Mat kerana mendapat cahayamata yg pertama.Yan pun tumpang gembira.Tadi dah tanya nama,tapi lupa.....Dan Yan pun nak hadiahkan barang2 kat bawah nie buat baby boy Abg Mat.

Topi Kepala

Sarung Kaki

Friday, August 8, 2008

Cuti & Repair Kereta

Bila dah siap,tibalah time membayar,sekali tgk harga RM460.

Seronok bila apply cuti,tapi cuti pun ibarat cam buat kerja gak.Sebenarnya aku cuti hari nie pun cuz nak servis & repair kereta.Nak kata rosak teruk tu taklah,tapi dah lama tak servis takut jugak.Biasalah kereta nie ibarat cam manusia kalau tak dijaga.Pagi2 aku dah keluar rumah,takut lambat siap nanti.

Kesian kat kereta aku habis terburai jadinya.......

Dari pukul 10 pagi hinggalah ke pukul 1 ptg,barulah siap kereta nie.Aku dah rasa bosan.Nasib baiklah aku bawak Novel,kalau tak.......meraunglah jawabnya.Bestlah bila dah servis.Selesa nak bawak kereta.Dah takde bunyi2 yg ganjil lagi.So rasanya aku berpuas hati ngan kedai yg aku repair kereta nie.

Thursday, August 7, 2008

Lunch

Yehuuuuuu......
Dah lama tak keluar tengah hari bersama2 Kak Liza & Kak Intan.Al-maklum Kak liza nie kadang2 bnyk selesaikan kerja part time dikala waktu rehat.Kak Intan pulak skrg nie rajin berpuasa.So tak de lah keluar selalu bila waktu rehat.Memandangkan kita dah hampir2 dekat dengan bulan Ramadhan nie.Kenalah belajar utk kurang2kan keluar waktu rehat.

Setiap kali ambik gambar,mesti org yg tangkap gambar tu tak de...ciannya :(

Woi..licin pinggan..Nie memang betoi2 lapar.

Wednesday, August 6, 2008

Terimbau Kembali

Sekejap tul masa berlalu.Gambar nie diambil semasa aku bersama kawan2 bercuti di GENTING HIGHLANDS pada 03.08.07 ~ 04.08.07.Memang menyeronokkan.HAPPY sesangat.Rasa puas bila dapat bercuti bersama2 kengkawan.Bila tgk balik gambar2 yg diambil terasa nak gi lagi.Tambahan pulak dalam kami berenam nie,seorang dah takde (resign).

Tuesday, August 5, 2008

My Small Family

Pyzam Family Sticker Toy
Create your own family sticker graphic at pYzam.com

Monday, August 4, 2008

Lupa Nak Cerita

Nampak Accessories nie pulak.Dah lama order cuma warna yg aku nak tu takde.So aku pun ambik warna orange.Mata kalau dah nampak macam2 susah nak dielakkan.aku pun tak tau bila nak pakainya.Kadang2 "terlupa" nak pakai bila gi kenduri.


1) Kembalikan Cintaku - RM24
2) Harum Chempaka - RM24

Kisah Novel nie pulak,aku singgah kat SACC MALL.So masuklah kat kedai MPH.Nak tengok kot2 ada novel2 baru.Aku ternampak 2 novel dari karya Norhayati Berahim.Rasa cam nak beli,tapi kena tgk budget dulu.Lepas nie kalau aku gi lagi sekali gerenti dah takde.Tuu yg aku frust sangat.

Harga : RM29.90

Kasut baru gitu.Beli kat Tesco Shah Alam.Ingat nak intai je,tapi bila tray test alamak cam best je.Rugi kalau tak beli.Takut nanti teringat-ingat pulak,So aku pun ambik.Kasut murah je senang nak buat belasah.Kalau yg mahal aku sayang nak pakai.




Sunday, August 3, 2008

Jadual yg Memenatkan

Bangun pagi yang indah...w'pun malam tadi tidur lambat cuz layan internet sampai kul 1.30 pagi.Masa2 cam nielah nak layan internet sampai kepagi.Nasib baik abah tak memekak.Kalau tak lebar telinga aku cam NABIL.......Nak tau apa aktiviti aku dihari minggu yg indah nie,silalah rujuk jadual dibawah :-


8.45 a.m
- Bangun tidur terus masuk bilik termenung,cuz itu memang rutin tiap2 pagi.Kalau tak masuk jadi rinduuuuuu

9.00 a.m
- Dah bersih seluruh badan,apa lagi sarapan pagi sedang menanti.Cik Uji gi pasar dia belikan mertabak.Yg problemnya mertabak tu banyak bawang.Jadi terbantutlah nak makan.


9.10 a.m
- Sambil makan sambil baca suratkhabar.Tapi bahagian yg aku suka baca ialah bhagian hiburan.Tu pun baca mana isu yg panas & yg paling seronok nak baca intisari rancangan :D


9.30 a.m
-Bila perut dah kenyang,nak buat kerja pun jd MALAS.Boleh duduk layan tv dulu.Masa berjalan,bnyk benda lagi yg perlu dibuat.


9.40 a.m
-Mulalah operasi rumah.Mula2 operasai bilik.Ubah apa yg patut.Ikut keselasaan mata.Berpeluh2 beb...Cuaca skrg mmg panas.Dah siap bilik terus ruang depan pulak.Sempat tgk jam lagi.Kelam kabutlah jadinya.


10.30 a.m
-Alamak,baju belum ironlah.Janji ngan kengkawan nak kuar umah kul 12.00 pm.Sebenarnya nak gi kenduri kahwin kat Sri Andalas.Memang kalau tgk masa bnyk lagi...tapi aku nie kalau mekap lambat.


11.10 a.m
-Ambik towel & terus masuk bilik mandi.Suspen nie,boleh ke aku siap secepat mungkin???


11.20 a.m
-Mulalah mekap dari atas hinggalah sampai kebawah....Tgk jam dah nak dekat kul 12.00 pm.Berdiri depan cermin nampak aku je yg CUN :P


12.10 p.m
-Keluar rumah & terus gi destinasi yg dituju.Time2 cam nielah bnyk pulak msg yg diterima.Nak baca tapi aku tgh drive.

12.25 p.m
-Dah sampai kat Petronas yg dijanjikan.Mary dah sampai.So kenalah tunggu lagi satu kereta.Manalah kawan aku nie,bila nak sampai.Aku boleh pulak shopping kat petronas tu dulu.


1.00 p.m
-Waduh!!!!! kok baru sampai deh..apa lagi terus serang rumah kendurilah.Perut dah lapar bangat deh.Nasib baik dah tak jauh & nasib baik jugak aku masih ingat lagi kat mana umahnya.


1.30 p.m
-Selesai makan aku pun jumpa mak pengantin & memberi sumbangan yg tak seberapa itu.Dan aku pun berpisah ngan kengkawan yg sama2 datang tadi.


2.05 p.m
-Ada lagi satu jamuan yg perlu aku gi.Nie jamuan hari jadi.Alamak!!! hari dah nak hujan.Dah turun pun hujannya.Nasib baik tak berapa lebat.Dah Cik Uji mintak hantarkan karipap yg diorder.Dah selesai,aku pun terus kerumah yg buat jamuan.Sampai terus makan & nak cepat pulang.Nak bawak Cik Uji gi Tesco Extra & De Pasar.


4.00p.m
-Ya Allah....Penatnya aku.Berbaloi pulak rasanya.Dapat aku beli satu seluar & satu bekas utk disimpan brg2 yg bersepah2.Ada faedahnya kalau bawak Cik Uji gi shopping,Aku pun ambik kesempatan.


5.30 p.m
-Aku ambik peluang nie sementara Eta takde dirumah.Aku pun melaramlah motor dia bawak ronda2 kat area seksyen 17 Shah Alam.Saja2 ambik angin.Kalau Eta tau aku bawak motor dia yg baru dicuci........


6.00 p.m
-Layan cerita BAWANG MERAH BAWANG PUTIH.Tetiba je aku jadi minat nak layan cerita nie.Sedangkan dah tau cerita nie membodohkan kita :P


8.00 p.m
-Eta ajak teman beli barang pulak.Bila aku nak terus rehat nie.Cik Uji gerenti penat dari pagi buat karipap & terus sambung buat inti,Cian Cik Uji......


11.oo p.m
-Akhirnya,aku pun masuk bilik dah zzzzzzzzzzzzz,Dibuai mimpi & nak bermimpi







Saturday, August 2, 2008

Brain Wash #@*%^

Hari nie dalam sejarah????
Apa maksudnya?Susah nak cerita.Tapi kat sapa lagi nak luah.....Memang nie yg ditunggu pun olih setiap kawan2 ku.Dalam satu perbincangan peribadi diantara pekerja & bos,dimana setiap perbincangan adalah yg berkaitan dengan diri masing2 yg banyak buat kesilapan & tak tahu dimana kesilapan tu terjadi.Teguran2 yg pedas,menusuk dihati & kata2 yg memang terkena batang hidung sendiri adalah satu perkara yg amat memilukan.Semua nie dibongkarkan & dijadikan satu teladan utk masa hadapan.Ada baiknya kita menerima satu teguran dari orang yg lebih tua kerana mereka lebih berpengalaman & lebih merasa asam garam kehidupan.Aku & kawan2 memang respect pada bos iaitu En.Yakop kerana sanggup menegur kami utk membimbing & memperbetulkan setiap ungkaian yg kami sendiri tak tahu nak menyelesaikan.Setiap ayat yg keluar dari mulut En.Yakop kami memang setuju disebabkan ayat2 tu ada kebenarannya.En.Yakop nie bukan setakat bos pada kami,malah sbagai Abg yg mendengar,menerima & melihat diri kami.Hanya Dia saja harapan yg tinggal utk kami berjuang didalam satu syarikat.Hilanglah dia,terbanglah semangat kami.

Kesimpulannya :
Kami akan cuba ambik teguran nie sebagai satu teguran yg membina & akan lebih berfikiran positif bukan hanya utk kerja malah kepada kehidupan.Kami jugak akan cuba perbaiki setiap kelemahan yg ada pada diri supaya kesilapan yg sama tidak akan berulang kembali.

Tentang En.Yakop :
1) Seorang yg senang mesra & tu yg buat dia jadi popular dikalangan pekerja
2) Mempertahankan hak pekerja & memberi sesuatu mengikut kemampuan dirinya
3) Cuba membela nasib2 pekerja
4) Menjadi Abg pada kami
5) Otak boleh tahan gak giler-giler
6) Kaki lepak kat kedai
7) Mudah berinteraksi ngan orang yg kepala angin
8) Bukan kaki pemujuk(marajuk pjg mana pun,klau kesalahan tu bukan dari dia maaf nak pujuk2)
9) Kepala Angin jugak
10) Seorang yg penyayang (w'pun sayangnya tak nampak dgn mata kasar)



Note : Sorry Abg,mintak izin nak cerita ttg Abg hehehehehe :P kalau abg baca nanti komenlah apa2 yg patut ye.Segala komen diterima ngan hati terbuka.

Undangan Walimatul Urus

Banyak betul aku terima surat saman (kad jemputan) utk bulan ogos nie.kenyanglah makan nasi minyak.Dah dapat kad kenalah jugak pergi.Kali nie aku pergi kenduri orang,esok lusa orang pulak datang kenduri aku hehehehe...tapi tak tau bila




1) Izam & Nor
Tarikh berlangsung : 16.08.08
Bertempat : Dibanting

2) Fizah & Fizul
Tarikh berlangsung : 03.08.08
Bertempat : Di Klang

3) Ira & Iwan
Tarikh berlangsung : 10.08.08
Bertempat : Di Meru

4) Ema & Shah
Tarikh berlangsung : 17.08.8
Bertempat : Di Perak

Friday, August 1, 2008

Pasar Malam


1) Satay
2) Yong Tau Fu
3) keropok Goreng

Malam nie ada pasar malam.So aku pun singgah jap.Nak bila makanan apa yg patut.Memandangkan Cik Uji tak sempat nak masak cuz banyak terima tempahan Karipap :P
Kalau tengok makanan kat pasar,macam2 nak beli.Tapi kena kuatkan iman.Peribahasa melayu mengatakan :
" Orang yang tamak,selalu rugi "