CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Monday, September 29, 2008

Salam Aidilfitri

Dikesempatan ini Yan ingin menyusun 10 jari memohon keampunan sekiranya selama kita blogging nie ada mana2 pihak yang tersinggung,lagi sekali Yan pohon kemaafan.

KEPADA BLOGGER YG DISAYANGI,TERIMALAH UCAPAN INI :

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR & BATIN

Rumah Yan akan bercuti pada 30.09.2008 ~ 05.10.08.Yan doakan yg pulang kekampung tu selamat pergi & selamat pulang.Semoga Raya tahun nie bermakna buat anda sekeluarga.

Kad Raya Hani

Terima kasih Hani....Yan dah letakkan dalam blog gitu.So Yan pun nak Ucapkan :


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN
HARAP RAYA TAHUN BERMAKNA BUAT HANI SEKELUARGA


Kad Raya MA

Terima Kasih MA....Yan dah ambik & tempik kat dlm blog Yan.Semoga selamat pergi & pulang.Diharap raya tahun nie meriah buat MA sekeluarga......
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Friday, September 26, 2008

Kuih-Kuih Raya

Dalam keadaan yg agak malas,terhasil jugak beberapa jenis kuih.Tahun nie rajin jugak lah aku tolong Cik Uji buat kuih.Tahun nie gak Cik Uji tak berapa sihat.Kena gagahkan gak sebab ada kawan adik yang order kuih Tart Nenas Cik Uji.Selebihnya banyak buat kuih tunjuk........buat kuih pun waktu malam,senang nak rasa.




Thursday, September 25, 2008

Show Duit Raya

Kalaulah dapat betul2 kan best...tapi sapa yang nak bagi kat orang yang dah jadi tua bangka :D
So dapat show duit raya je lah....meleleh air liur......Yg geramnya aku pulak yang kena bagi diorang duit raya.....huaaahuaaahuaaaaa

Wednesday, September 24, 2008

Tag Tertunda

Nie Tag yg dah lama tertunda.From Mama Anis..sorry yek lambat siapkan :)

1) Berapa pasang baju raya anda tahun nie & color apakah?
Soalan yg mengancam nie...tahun nie baju raya boleh dikatakan bnyk lah...nie kes tak sengaja.Tahun nie aku prepare awal.Senang tak nak buat last2 minit.Colornya ada kuning cair,merah jambu,hitam 2 psg,biru,orange,hijau pun 2 psg.

2) Apakah makanan raya tradisional kegemaran anda?
Of course lah Lemang & rendang buatan orang N9.Terutama pulak yg masaknya makcik yg memang mahir buat lemang.Marveloussssss

3) Apakah biskut raya kegemaran anda?
Semestinya biskut Tart nenas & Almond London

4) Berapa bnyk duit raya anda dapat & spend utk bagi kat bebudak?
Tahun nie hampeh....Dan tahun nie gak tak dapat nak spend atau bagi kat bebudak.selalu tu ada but tahun nie aku budget lariiiiii tak dapat nak kejar :P

5) Apakah aktiviti malam raya korang?
Sedih,tahun nie aku tak tau apa aktiviti malam raya aku.Tapi sebelum nie aku tlg makcik pasang langsir lah,kadang2 tgk TV & ada masanya pulak duduk goyang kaki.


Kali nie pun aku tak nak tag sapa2.....diorang semua dah masuk mood raya........

Monday, September 22, 2008

Tag Datang Lagi....

Tag From Kak Intan Rosnitta Ibrahim....

My top 10 most favourite food :
1) Laksa
2) Nasi Ayam (yg mak masak)
3) Sambal Ikan Keli (yg nie makcik yg masak)
4) Semua masakan Emak
5) Pizza
6) KFC
7) Seafood
8) Tom Yam
9) Bubur Nasi (baru jad Favourite)
10) Rendang Ayam & Daging N9

10 things i love to do :
1) Membaca Novel
2) SMS
3) Mengemas time bila mood rajin datang...
4) Tidur
5) Blogging
6) Belik almari baju & kira ada berapa pasang baju
7) Layan internet
8) Chatting
9) Berangan masa depan
10) Ada money gi main Bowling lah....

5 types of guys I adore :
1) Penyayang
2) Romantik giler
3) Smart
4) Love me
5) Ikhlas sayangkan aku

5 things I love doing when I'm emo :
1) Tidur sambil berangan
2) Fikir nak cari ketenangan
3) Makan
4) Layan TV
5) Duduk diam2 je

5 things I love doing when I'm happy :
1) SMS
2) Senyum memanjang
3) Maybe makan kot
4) Tidur
5) Sembang

10 ways to win my heart :
1) Menyayangi diriku
2) Jujur sejujurnya
3) Memahani diantara 1 sama lain
4) Tak mengongkong
5) Understanding
6) Caring
7) Loving
8) Romantik
9) Tidak merokok
10) Menghormati

My top 5 most favourite junk food :
1) Apa jenis kerepek2
2) Aiskrim tgk mood nak makan
3) Tart Nenas kena tggu time raya je
Dan tak tau apa lagi :)

5 things I wish it could happen :
1) Of course lah duitttttttt
2) Dapat boyfriend yg diidamkan
3) Nak tukar kereta baru
4) Rumah baru
5) Handphone baru

My top 10 recently most addicted songs :
Buat masa nie layan lagu org putih & lagu melayu kureng sikit.Al-maklum nak mahirkan bahasa english.

Tak nak lah tag sapa2,mungkin semua org dah kena tag ntah2 saya lah org yang terakhir siapkan tag.....

Saturday, September 20, 2008

Banyaknya Juadah

Sabtu malam minggu hari tu,aku & family berbuka puasa dirumah pakcik kesayanganku di Klang Utama.So banyak jugaklah juadah yang telah disediakan.Aku datang pun tolong sikit2 je......selebihnya datang utk yummy.....yummy.....yummy


a) Kerang Rebus





b) Mee Goreng Ala Mamak

c) Air Asam cecah ngan Kerang

d)Gulai Udang dengan Kacang

e) Martabak

f) Kuih Limas @ Tepung Pelita

Thursday, September 18, 2008

Berbuka Di KFC

Walaupun berada didalam keadaan sedih,tapi nak berbuka ngan orang yang jauh.....hilang sikit kesedihan dihati.

Jumpa pulak ngan Adik Aliff & Adik Ainna....makan KFC sama2.Sambil menunggu makanan di order,aku sempat berborak dengan mereka.

Adik Aliff & Adik Ainna bawa bekalan utk Acik Yan.Sedappppppp rasanya.Tak berapa ingatlah nama pudingnya........Kalau buat lagi jangan lupakan Acik Yan tauuuuuuu......




Note :
Kalau ada sumur diladang,boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,kita akan berjumpa lagi....
Berpantun pulak Acik Yan nie.....Terima kasih ye belanja Acik Yan makan KFC.

Tuesday, September 16, 2008

Lucu

SENYUM KAMBING

Simpulan Bahasa : SENYUM KAMBING

Maksudnya : SENYUM SEDIKIT ATAU SENYUM YG DIBUAT-BUAT

Kalau nak tengok ORIGINAL - SENYUM KAMBING

Silalah lihat gambar di bawah :

=

=

=

=

=

=

=


Haaaa....ini baru padan dengan simpulan diatas " SENYUM KAMBING "cute kan......

Note : Hanya utk menghiburkan hati & gurauan semata-mata :)

Inilah Pejabatku


Haaaa..nak tunjuk pejabat lah pulak...Sederhana je.Janji selesa nak buat kerja.Meja aku yg nombor 2 belah kanan,belakang aku Bos cayang duduk.Nak sekodang atau nak buat apa2 pun susah cikit,tapi tu no problemnyalah.....boleh kautim punyerrrrrrr

Monday, September 15, 2008

Ikutkan Hati

Macamana nak luahkan....semuanya ada geram,marah,sakit hati....macam-macam adalah.Tapi di bulan puasa nie aku kena banyak bersabar.Jenis aku pulak,asyik ingat je benda2 yang menyakitkan hati.Yelah nak buat macamana,dah jauh nie ikut suka hati dioranglah.Tapi jangan salahkan aku,kalau aku pulak yang buat tak tahu.Cuba nak buat yg terbaik,tapi asyik ada halangan & bermacam2 alasan.

Biarlah berjauhan sekarang,sekurang-kurangnya aku tak rasa disakiti,dikhianati & lebih teruk lagi aku ditikam dari belakang.Bukan aku tak nak faham situasi diorang,tapi sampai bila.......asyik dapat alasan yg sama.

Lebih baik berkawan dengan bangsa asing yg senang,mudah utk memahami hati org lain.Dan yg lebih bagusnya "Bangsa Asing" nie tahu utk menghormati sesuatu persahabatan tak kira apa jenis pun seseorang tu.Bukan aku sengaja memuji,tapi apa yang aku lihat dengan mata kepala aku sendiri ia memang ada terjadi.Kadang2 kita sesama kita nie suka memburukkan lebih dalam lagi "Dengki"sesama kita.Apa yg diorang dapat,aku sendiri pun tak tahu?

Sebenarnya bukan aku nak menyelongkar,tapi aku dah tak tahan utk menanggungnya lagi.Bila di ingat,aku rasa sakitttttttt yg amat.Org yg aku kenal dari kecik (masa sekolah) sama-sama rasa susah,tapi apa yg aku dapat?Aku bukan nak minta balasan,tapi cukuplah sekadar mengingati masa susah yg dilalui bersama.Kalau aku nak ungkit....banyak tapi tak baik mengaibkan orang.Biarlah aku simpan sehingga ianya hilang sendiri...InsyaAllah



Note :
Ini hanyalah luahan dari hati yg tengah sakit.Bila hati dah sakit,automatik aku boleh luahankan apa yg aku rasa sekarang.Dah lama sangat terpendam jadi keluarlah laharnya......Ini baru bab pertama nantikan bab seterusnya.

Sunday, September 14, 2008

Juadah Berbuka

Hari nie sudah 14 hari kita berpuasa.Baru hari nie jugaklah aku snap gambar utk juadah berbuka puasa.Sebelum nie tak berkesempatan,harap maklum laparrrrrrrrrr :D

Di antara juadah2nya :-

Kuih karipap giant (besar).Intinya telur,bawang & daun sup.Makan time panas2 sedap.

Mee Sup yg ringkas adalah makanan kegemaran ayahandaku.

Haaaa...nie pulak makanan kegemaran aku.Sejak bulan puasa nie dah 3 kali aku masak bubur.Makan pulak dengan sambil ikan bilis.Ada Umpppppppp

Saturday, September 13, 2008

Handbag Baru

Habis duit aku lagi.Pantang nampak,terus beli.Tak yah nak fikir2.Itulah aku sebenarnya.Sebelum nie dah nekad tak nak beli lagi handbag.....tapi tak boleh lah.Cam sekarang nie terbang RM20.

Cam pernah tgk lah handbag nie?Kalau nak tahu aku beli dalam katalog Avon.Lain yg nak di beli,lain yang aku beli.Nasib baik kali nie Cik Uji tak bising2.Al-maklum kerja tempat baru semuanya nak baru hehehehe :P

Hilang Penat Timbul Seronok

Hari nie dah seminggu aku kat tempat baru.Sekejap masa tu berlalu........
Memang tak dinafikan di tempat baru nie aku memang penat sikit,mana taknya aku kena banyak berjalan.Office aku kat belakang,bila nak update sesuatu aku kena ambil masa dalam 10 minit utk sampai main office.Itu masa nak pergi belum masa nak balik pulak.Sampaikan haus tapak kasut aku....Ada can aku nak beli baru hehehehehe.....

Seronok?????Apa yang seronoknya.....
Yang bestnya aku dijaga dengan baik oleh bos aku tu.Bukan nak bangga2kan tetapi tulah hakikatnya.Sampaikan pada satu tahap,dia follow aku nak tgk samada org2 sana buli aku ataupun bagi aku kerja banyak.Bos aku tu mesti tanya "everything ok" & siap pesan kalau ada apa2 masalah feedback balik pada dia.Aku pulak yg rasa segan....tapi tulah sebenarnya sikap prihatin & tanggungjawab dia sampai menyebabkan aku jadi sayang kat dia (sbg bos).Susah nak dapat bos yg bertimbang rasa.



Note : Aku memang rapat ngan bos nie,sebabnya sebelum nie pun aku pernah kerja ngan dia.So aku berhenti pun sebenarnya dapat offer dari dia.Selepas dia berhenti tempat lama aku masih still berhubung. Kalau time kerja dia jadi bos aku,tapi bila habis waktu kerja dia jadi kawan aku.Satu je yang aku kena ingat,jangan hilangkan kepercayaan dia terhadap aku.Bangsa Cina nie susah kalau dah tertipu sekali diorg takkan percaya lagi.

Wednesday, September 10, 2008

I Love Your Blog - Tag

Bestlah tajuk tag kali nie....I LOVE YOUR BLOG from CHEQTIE.Sebenarnya dah lama Cheqtie bagi,tapi Yan tak berkesempatan utk ambil.Tq...Tq....Tq
Kalau ada lagi janganlah segan-segan utk memberi,Yan dengan senang hati menerimanya.

Tuesday, September 9, 2008

Siaran Tertunda

Salam....


Buat masa nie tuan rumah berhenti seketika untuk aktiviti blogging nie.Sebab tuan rumah kena belajar sesuatu yang baru,memandangkan tuan rumah telah berhijrah bekerja di tempat baru.Banyak perkara yang ingin diceritakan,tetapi keadaan yang tak mengizinkan.InsyaAllah,tuan rumah akan menyusul perlahan2 utk meluahkan apa yang terbuku selama ini.


Diharap kengkawan bersabar & sentiasa menyokong tuan rumah seperti sediakala.



THANKS YOU!!!!!!!!!!

Monday, September 8, 2008

Lupa Nak Upload


Masa nie aku diraikan oleh kawan2 & adik2 yang baik hati.Sanggup masak untuk berbuka bersama-sama.Kes terharu lagi.....Budak2 nie memang rajin kalau buat makan2.Masakan diorang pun boleh tahan.Majlis berbuka puasa pada malam minggu hari tu 06.09.08.

TERIMA KASIH NASIBAH,AZURA,HAJAR,DANI,SHIKIN,HUDDA,FIDOT & DANI

Menu berbuka puasa :
1) Kuih Limas @ Tepung Pelita
2) Cucur Udang
3) Pegedil
4) Popia Basah

Lauk makan nasi :
1) Pajeri Nenas
2) Tauge masak lemak
3) Ikan sumbat kelapa
4) ulam
5) Sambal Belacan





Hari Pertama Ditempat Baru

Cuma nak berkongsi rasa & pengalaman sahaja.......
Sampai saja ditempat baru,hati,jantung bedegup dengan lajunya.Seram sejuk beb.Bila nampak Mr.Choo hilang segala seram tu hehehehe

So,Mr.Choo pun introduce kepada pekerja2 lain.Mula2 tu rasa janggal gak.Biasalah tempat baru.Jadi aku pun bersihkan meja & sebagainya.And then Mr.Choo bawa aku round2 kat production & sempat lagi borak2 kosong ngan Mr.Choo (nasib baik bulan pose,kalau tak msti dia ajak minum) Aku pun ambik kesempatan cerita apa yang aku nak cerita :) Aku diperkenalkan ngan Main Office.Penat jugak round kat tempat baru nie.Lenguh kaki mak oiiiii.Orang2 kat situ aku tak leh nak nilaikan lagi..sbb masih baru & tak baik aku mengandaikan sesuatu ngan terlalu awal.So aku kena pandai sesuaikan suasana & keadaan.

Banyak benda yang perlu aku pelajari,mula2 tu risau jugaklah tapi aku kena ringan mulut utk bertanya & ringan tulang utk buat yg terbaik.Aku kena buangkan sifat malu kalau ingin berjaya.Aku pun rasa segan ngan Mr.Choo nie,tapi dia nie jenis ok je.Lama2 aku nie jadi secretary Mr.Choo pulak.Mana taknya,Dia dpt msg,suruhnya aku baca,phone berbunyi aku kena jawab.Mentang2 aku duduk depan dia...tapi aku suka :P

So,aku kena teruskan hari2 yg mendatang dengan hati yang senang.Abaikan malu kalau ingin maju jaya.Ambik segala pengalaman yang ada untuk future yang akan datang.

SMS Berharga


Diantara MESSAGE yg berharga buat aku :-

# Waktu terima : 9:10 malam
# Tarikh : 07.09.08
Ayu : Selamat menempuh suasana baru,moga cekal & tabah hadapi kenyataan di atas keputusan sendiri dalam membentuk jati diri.Yang nyata kebahgiaan menanti didepan...apa2pun liku kehidupan akan ditentangi dengan keredhaan.Cuma jangan alpa yg diganti kedukaan kelakJadi susah & senang sekalipun jangan cepat melatah.Senyum pengubat paling kuat...Ingat tu..berkasih biar 1 berkawan biar 1000.Jadi sejauh mana kita melangkah jangan dijeling silaturrahim lama..Amin jadikan kata-kata ini pandangan bukan sindirin.ALL THE BEST,BABY

# Waktu Terima : 8:06 pagi
# Tarikh : 08.09.08
Emma : Semoga hari ini adalah hari indah buat anda.Selamat maju jaya dibulan mulia ini....Amin

# Waktu Terima : 8:18 pagi
# Tarikh : 08.09.08
Kak Liza : Selamat bertugas kerja elok jangan main mata pulak


# Waktu Terima : 8:22 pagi
# Tarikh : 08.09.09
Yakop : Good Luck
# Waktu Terima : 9:11 pagi
# Tarikh : 08.09.08
Kak Intan : Akak tengah buka blog Yan nie,sedih & sayu tiba2....Bergenang airmata....Akak sayang Yan tau,ingat tu.....



Bila dengar sms kak Intan & bila dengar ada org nangis bila tgk aku tak lalu kat production...Ya Allah terharunya sampai tak terluah dengan kata2.Baru aku tahu bertapa selama nie aku dihargai sebegini rupa.Aku pun hampir2 nak menitiskan airmata.....tapi kena control :(

Sunday, September 7, 2008

Salam Sakaratulmaut

Kengkawan ada tak tgk cerita kat ASTRO PRIMA.Bagi aku jalan ceritanya memang best giler...Biasalah arahan RASHID SIBIR memang ada kelas gitu!!!!!!!!

Aku tgk sampaikan bawa dalam tidur & boleh ulang tayang w'pun dalam tidur.Apatah lagi tgk Aqasha dalam ceritu hensem lah pulak.Bergandingan pulak ngan pelakon airmata Norkhairiah.
Layan drama tu ibaratkan aku dalam cerita tu.Ntahlah tak tau nak di gambarkan & tak dapat bayangkan sekiranya yg terjadi tu adalah DIRI kita sendiri.Nauzubillahhhhhhh........

Nota :
Kalau ada ulangan kena tengok & hayati jalan ceritanya......

Saturday, September 6, 2008

Thanks A Lot

Terharu bila buka hadiah dari Sensor Assy.Rasa macam tak percaya bila diorg sanggup berhabisan duit utk bagi present nie kat aku.Memang terharu sesangat.


Dahlah terharu gambar aku dilukis,siap ada ucapan lagi kat belakang Frame tu....Macam2 ucapan yg ditinggalkan..Kenangan Manis sepanjang hayat.

Tak sangka,selalunya Frame nie aku selalu beli bila setiap kali ada orang yg resign.Alih2 aku sendiri pun dapat present nie.Kelakar pun ada....

Yang nie pulak pemberian dari Final 1.Mesti mahalkan beli Jam Tangan Casio.Terasa sangat dihargai selama 8 tahun berkhidmat di Felio

Ema oh Ema.Buat apalah susah2.Nice hadiah nie.Terima kasih ye Emma

Ni dari Final Assy 2.Terima Kasih banyak2.Love U All






Berpisah Jua.......

Hanya tinggal kenangan...........
Inilah yang akan aku rindui buat selamanya.....
Apa-apa pun korang semua tetap dihatiku......


SELAMAT TINGGAL KAWAN-KAWANKU
ABG YA'KOP
KAK SUZANA
YANIE
MARY
ROHAYU
MISRIAH
MUZAIDAH
ROHANA MAN
AKMA
KAK KAMALAM
ALONG
NORINA
KAK ANIES

DAN ORANG YANG SENTIASA BERADA DISISIKU
INTAN ROSNITTA
NORLIZA YUSOFF

Thursday, September 4, 2008

Menghitung Hari


Bagaimana ingin aku tafsirkan perasaan ini.Sejak aku membuat keputusan untuk meninggalkan orang-orang yang aku sayang.Tak pernah terlintas difikiran ini untuk mencari pekerjaan yang lain selain felio.Inilah kenyataannya yang harus aku hadapi.

Ada peluang yang baik aku harus memikirkan yang terbaik untuk diri aku dengan keadaan sekarang apabila kehendak lebih menguasai dari keperluan.Aku harap apa-apa jua keputusan yang aku buat adalah yang terbaik untuk masa depan aku sendiri.


Felio adalah company pertama aku bekerja setelah habis SPM.Aku di ambil bekerja sebagai Production Operator,tidak berapa lama kemudian aku dinaikkan pangkat sebagai MH (material handler) & aku diberi peluang untuk menjawat jawatan sebagai Leader sehinggalah sekarang.Banyak pengalaman pahit & manis selama 8 tahun 7 bulan aku berkhidmat untuk company Felio.Nak kata company nie bermasalah tak jugak cuma orang2 atasan saja yang tak dapat nak memelihara kebajikan pekerja & sebagainya.Sehingga sampai satu tahap membuatkan aku menjadi tension & tertekan.

Aku tak dapat bayangkan suasana di tempat baru.Adakah sama dengan suasana di tempat lama?Itu yang membuatkan aku menjadi berbelah bahagi.Tetapi untuk mengubah cara kehidupan aku harus membuat sesuatu yang baru & mencuba sesuatu yang baru.Susah untuk aku huraikan perasaan yang aku alami nie kepada tulisan.Hanya orang2 yang pernah mengalami sahaja boleh tahu perasaan ini.

Di tempat baru aku diberikan tugas sebagai Kerani HR disamping itu aku menolong bahagian Purchasing.Harap2 di tempat baru aku dapat menyesuaikan diri & dapat bantuan dari kengkawan yang baru.Ini adalah kerjaya aku yang baru & ini juga adalah sebahagian dari cita2 aku.

Wednesday, September 3, 2008

Terharu...

Terharunya....dapat present dari Mama Anis.Yan tak sangka tau....tapi nak tau jugak utk hadiah hari lahir atau hadiah persahabatan???????
Nielah yang dikatakan "PERSAHABATAN YANG TIADA BATASAN"


Brooch from Mama Anis