Betul ke MIMPI TU MAINAN TIDUR.Sejak kebelakangan nie aku terima mimpi yang bukan-bukan.Tidur aku pun jadi x lena.Dahlah aku suka tidur lambat.Atau fikiran aku memang dah jadi x betul.
Memang x dinafikan, aku sudah jadi " mereng " terkena panahan asmara.Terbawa-bawa dalam tidur.Aku nie suka fikirkan yang buruk dari yang baik.Teruk sangat ke aku nie.Jahat ke aku nie.....Dan aku takut bila mimpi tu jadi kenyataan.Sekarang nie pun aku hidup dibayangi ketakutan.Takut bila aku ditinggalkan.
Susah bila " sayang " dah menjadi raja didalam hati.Pedih bila nak buang " sayang " tu dalam diri nie.Makin ingin dilupakan, makin ianya dekat dihati.
Thursday, April 30, 2009
Adakah Betul......
Coretan Dari Yan at 7:35 AM 0 comments
Labels: Coretan
Wednesday, April 29, 2009
Apa Nak Jadi Nie?
HANTU JAMU GENDONG.
Sebenarnya nak tengok BOHSIA, Tapi tiket semua sold out.So hanya cerita hantu indon je yg ada.Layan jelah.Waktu tayangan kul 9:20 mlm.Sebelum tu aku & the geng gi makan.
Nasi Ayam.Adik aku yg order.Kongsi makan dgn kawan "lelaki" dia.
Nie pulak aku yang order.Alamak x ingat apa nama makanan nie yg aku order.
Dah alang2 aku sampai Jusco, aku pun gi lah RENEW kad Jusco yg dah agak lama mati.So settle kerja aku utk bulan nie.
Boleh tahan gaklah cerita nyer.Dah balik tu ada rasa seram.Mana x nyer keluar panggung kul 10:50 mlm.Tu kan waktu2 hantu cari mangsa hehehehehehe
Coretan Dari Yan at 10:04 AM 0 comments
Labels: Have 2 Eat, Jalan-Jalan, Movie
Touch n Go
Time rehat aku kena pergi pejabat TOL untuk buat aduan tentang kad Touch n Go.Dah settle aku singgah rumah.Dah x tau nak gi mana2.Ingatkan nak makan tengah hari, Mak kata nasi baru nak masak.Terbantutlah hajat aku.Alamak !!!!!! hujan turun dengan lebat sekali.Macam mana nak balik ofis nie.Redah jelah.Sampai ofis kul 2:15 ptg.Opsss tetiba bertembung dengan Bos...apa lagi senyum jelah :)
Coretan Dari Yan at 6:52 AM 0 comments
Labels: Activiti
Tuesday, April 28, 2009
Cantik Tak?
Hobi aku nie x kan hilang sampai bila-bila kot.Tapi kali nie memang aku beli sebab handbeg yang lama memang dah koyak.Masa nak pilih tu, memang aku pening kepala.anyak sangat pilihan.Aku nie suka handbeg yg besar ruangnya.Senang nak masuk apa2 yang patut.Yang nie x tau berapa lama boleh tahan.
Coretan Dari Yan at 12:08 AM 0 comments
Labels: Myself
Monday, April 27, 2009
Antara Sutra & Bulan
Sekali-sekala kita layan lagu lama2.Teringat kenangan manis dengan seseorang yang kita sayang & kasih.Mula-mula aku dengar lagu nie best pulak.So sekarang dah jadi lagu kegemaran.So sesiapa yang nak nyanyi leh tengok dalam blog aku.....
Coretan Dari Yan at 11:32 AM 0 comments
Labels: Songs
Saturday, April 25, 2009
Tengok Rumah
Hari nie perjanjian utk melihat rumah telah ditunaikan.Terkejut gak aku, bila melihat rumah2 yang dibina dgn harga mencecah Milion ringit.Aku nak beli...ntah mampu atau tak.Cantik tu memang cantik.Kalau harga dah milion x kan rumah tu x cantik.Rumah tu dibina atas bukit.Kalau malam permandangan memang cantik.
Masa tengok rumah tu kat luar je.Belum dapat kunci utk melihat keadaan dalam rumah tu lagi.Tapi aku dah diberikan 50% utk buat renovation.Tapi aku x tau jenis renovation yg mcm mana? Susah jugak nie.Dah puas tengok rumah aku dibawa jalan-jalan seluruh kawasan disitu.Tempat yang aku x pernah sampai pun aku dah tau.cuma aku x berkesempatan utk snap gambar.Nantilah kalau ada peluang aku akan snap gambar rumah yg aku tengok.
Coretan Dari Yan at 9:53 AM 0 comments
Labels: Jalan-Jalan
Friday, April 24, 2009
Frust Sesangat :((
Nak tau pasal apa aku FRUST :((
Yang aku pun x berpuas hati tentang pesta buku nie ialah diadakan time tengah2 bulan.Kalau nak pergi fair yang mcm nie x sesuai bawak duit sikit2.Banyak jugaklah aku nak beli buku dari karya Norhayati berahim...tapi apa boleh buat.Aku nak cari buku yg susah nak jumpa, Kalau Karangkraf & Alaf21 tu aku x berapa nak heran cuz dekat je ngan rumah aku.
Coretan Dari Yan at 7:26 AM 2 comments
Labels: Coretan
Thursday, April 23, 2009
Go Where ??????
Go Where?????
Actually, x tau nak pergi mana...ronda2 kat area petaling jaya.Masuk kat SS2 cari parking punyalah susah.Alih2 nampak SECRET RECEIPE & oklah...Dapat parking jauh dari tempat yang nak makan.Apa boleh buat.Jalan kaki sambil menikmati panorama malam yang dikelilingi suasana sibuk..
p/s :Thanks a lot cuz belanja i makan yang mahal n dinner yang akan jadi history 4 me
Coretan Dari Yan at 6:39 AM 0 comments
Labels: Have 2 Eat, Jalan-Jalan
Tuesday, April 21, 2009
Alahai Anak Mak Long
Sejuk hati bila aku balik nampak wajah kanak-kanak yang comel macam aku hehehehehehe..mulalah perasan :)
Coretan Dari Yan at 5:55 AM 0 comments
Labels: Sweet Heart
Monday, April 20, 2009
Ikan Semilang vs Ayam Kampung
Kalau uol nak tau Ikan Semilang tu memang makanan favourite aku tau.Kalau nak makan aku balik kampunglah.Kat area rumah aku bukan xde ikan semilang nie,tapi xsedap bila masak bau lumpur.Hari tu aku balik kampung & hari minggu mak & makcik aku shopping kat pasar beranang.Seronok sangat shopping hinggakan x sedar duit habis RM100.Tetiba teringin nak makan ikan bakar.So mak aku pun bakarlah ikan semilang tu.Makan hingga menjilat jari beb.Bakar pulak guna kayu api..
Bab Ayam Kampung pulak.Makcik aku tengah membela ayam sebanyak 10 ekor.Rumah kampung senang nak membela apa saja binatang.Apa binatang yg xde kat kampung aku tu lembu ada,kambing ada,itik ada,ular ada (kwsn hutan blakang umah) ayam ada,kucing ada & buat masa nie belum nampak harimau je lagi.....Sebenarnya makcik aku nie suka bela ayam & itik sebabnya binatang nie mereka boleh makan.Aku bab2 ayam kampung nie tolak tepi.Kali nie aku balik ayam ada 10 ekor,lagi sekali aku balik mesti ayam tu tinggal 5 ekor.5 ekor lagi bukan disembelih tapi kena curi..macam2 hal
Coretan Dari Yan at 6:28 AM 0 comments
Labels: Have 2 Eat
Sunday, April 19, 2009
Anak Sapalah Nie?
Cute x baby nie.Tapi anak sapa ye.....manalah ibunya? Kalau nak tau,nielah anak ke-2 PN.ROHAYU.Ada x rupa ibunya.Ayu dapat baby Girl.Beratnya 3.1kg.Dilahirkan pada 18.04.2009.Pada kawan2 yang x sempat nak menjengguk Ayu dihospital, Post nie istimewa buat kawan2 di FELIO.
Coretan Dari Yan at 6:34 AM 0 comments
Labels: Jalan-Jalan, Sweet Heart
Ketagih.....
Best pulak kali nie main.Menjadi balingan & kurang masuk longkang.Mungkin otak aku tenang kot.Markah aku pun boleh tahan.Plan 2 games,last minute tambah 1 games lagi.X sabar nak tunggu hari jumaat.Nak training main lagi.Kali nie main dgn bos..hehehehehehe boleh main ke bos aku tu.Nanti aku cerita ye....
Coretan Dari Yan at 6:04 AM 0 comments
Labels: Activiti
Saturday, April 18, 2009
Berjalan Dalam Hujan
PIZZA HUT di TTDI.2 org makan RM32.20.Yg penting Dia yg bayar hehehehe :)
Dalam hujan membuat perut jadi lapar.So aku ada idea nak makan kat mana? Apalagi...jom gi PIZZA HUT.Singgahlah di TTDI.Gabra gak aku nak order.Bengang aku,makan seorang2.Order punyalah bnyk ada geng pun hanya minum sup.Malu aku bila dia tgk aku makan sebanyak tu.Aku ingat dia pun nak join sekali.Alih2 x habis aku tapau je :(
Coretan Dari Yan at 5:37 AM 0 comments
Labels: Have 2 Eat, Jalan-Jalan
Friday, April 17, 2009
Plan Lain, Buat Lain
Aku sebenarnya hari nie dah plan, balik kerja nak duduk rumah.Banyak benda yang perlu aku lakukan.Tup..Tup..Tup..Tup Abg Zul ajak aku main bowling pulak.Terbengkalai lagi kerja rumah aku.Serba-salah gak nak tolak.Nanti orang kata aku sombong.Nak x nak, aku join gak diorang main bowling dekat OLE-OLE SECTION 18 SHAH ALAM.
Datang awal tapi malam nie ramai pulak yang datang utk main bowling.So kena tunggu giliran.Start main dalam pukul 9:45 mlm.Yang buat happy nya ialah kerenah diorang tu.Macam2 cara baling pun ada.Yang main 9 orang lelaki seorang perempuan (yg pompuan tu akulah).Main pulak free, siapa lagi kalau bukan Abg Zul yang sponsor.Memang bestlah terhibur jugak hati aku yang lara nie...
Disebabkan lambat start games yang ke-2 aku dah stop.Tengok jam dah pukul 11:30 mlm.Alamak.....kena balik.Dah terlalu lewat sangat.
p/s : Thanks kat abg zul cuz belanja Yan main bowling & memang happy sangat :)
Coretan Dari Yan at 9:23 AM 0 comments
Labels: Myself
Thursday, April 16, 2009
Gelaran Baru
Sometimes aku nak ketawa terbahak-bahak pun ada, bila dapat msg yang betul-betul mengeletik hati kecilku.Pandai jugak Dia buat lawak.
Apa yang aku perasan sekarang nie Dia dah pandai bagi Gelaran Baru kat aku.Dia panggil aku " Jealous King " .Tak tau samada aku patut marah atau suka.Tapi hakikatnya Dia memang pandai buat aku ketawa, sedih, menangis & geram.
Aku x perasan ada msg yang patut aku baca.
Dia : Jealous King nak dinner x
Aku : K...saya tunggu awak kat tempat biasa :)
Dah lama gak aku x keluar dinner dgn Dia.Buat masa nie Dia sibuk dgn kerja.So aku kena understand....Hari nie Dia bawa aku makan kat restoran kayu di seksyen ss2 petaling.Lagi romantik Dia layan aku kali nie.Pening kepala mak nyah....
Coretan Dari Yan at 8:55 AM 1 comments
Labels: Coretan
Wednesday, April 15, 2009
I'm Back 2 Blogging
Coretan Dari Yan at 8:10 AM 0 comments
Labels: Myself
Thursday, April 2, 2009
Wednesday, April 1, 2009
Fikirlah.....
Indah bila bercinta???
Tapi bila berpisah.....aduh payah untuk dilupakan.Mengapa ini semua terjadi dalam hidupku.Bila aku rasa ini adalah cinta yg bermakna ada saja halangan utk diteruskan.
Mengapa kau menceritakan kisah silammu.Payah benar utk aku menerimanya.Aku adalah orang yg ke-5 yg hadir dalam hidupmu.Sesungguhnya kau memang benar2 berkesan dalam jiwa ragaku.
Sebelum aku mengetahui kisah silammu,aku membuat pengakuan bahwa kau tidak aku tinggalkan,hanya kau yg bertahkta dihatiku & yg paling aku takuti ialah aku akan kehilangan kau lagi.Aku bertekad utk tidak mencari teman lain cukup sekadar kau saja yg kumiliki.
TETAPI aku terpaksa membuat PILIHAN YG TEPAT utk masa hadapanku.Amat payah utk aku memikirkan sehingga aku menemui jalan buntu.KERANA SAYANG AKAN DIRIMU aku hampir2 tersesat arah.Ya Allah kau bantulah hambamu yang hina ini.......
Kepada kawan-kawan saja aku luahkan apa yg aku alami nie.Kalau aku simpan ianya akan manjadi racun dalam tubuhku.....terima kasih kawanku..hanya tuhan saja yg dapat membalas jasa2mu.....
Coretan Dari Yan at 7:03 AM 0 comments
Labels: Coretan