CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, December 31, 2009

Berakhir 31.12.2009

Pejam celik, pejam celik tanpa kita sedar sudah sampai ke penghujungnya.Hari ini adalah hari terakhir kita semua berada dalam tahun 2009.Apa azam tahun 2010?


Rasanya x ada azam kot?Bukan apa malas nak berazam-azam nie,sebelum-sebelum nie pun buat azam tapi rasanya x pernah 1 pun tercapai.Baik tahun nie x payah buat azam.

Yang penting aku nak jumpa Siti kat port biasa.Nak sembang2 tentang memori untuk tahun 2009 sebelum masuk ke tahun baru.Tak lama jumpa pukul 9+++ aku dah sampai rumah.

Tepat pukul 12 malam, terdengar bunyi bunga api yang berwarna-warni.Tanda kita sudah masuk ke tahun baru 2010.

Monday, December 28, 2009

McDonald

Nak sambung kerja aku memang dah x ada mood.Why??????

Susah nak luahkan isi hati ini.Tiada siapa yang akan memahaminya......

Tapi yang bestnya aku sentiasa dapat panggilan dari kawan aku Siti Ashmani.So aku pun plan nak jumpa & lepak kat tempat biasa McDonald section 23 Shah Alam.Tepat 6:30 ptg habis waktu kerja aku terus menuju tempat yang telah dijanjikan.Hanya sembang2 kosong sambil order French Fries yang besar serta dengan air dah cukup.Bukan membuang masa tapi hanya untuk mencari ketenangan dengan berhibur dengan cara begitu.Pukul 9 lebih aku pun pulang kerumah.Mandi & nak tengok AWAN DANIA hehehehehe

Saturday, December 26, 2009

Macam Tak Percaya

Ya Allah....apakah nie ujianmu.........
Pagi2 lagi telefon rumahku berdering2.......
Sungguh x percaya sepupu emakku telah pulang kerahmahtullah.Dalam sekelipa mata saja.

KEMALANGAN BAS EXPRESS SANI DI IPOH.....
Apa kaitannya?????
Kemalangan ngeri tulah yang menyebabkan sep
upu emakku menghembuskan nafas terakhir dengan cara yang sangat mengerikan.Pasangan suami isteri iaitu Allahyarham Shaharin Mohd Nor & Allahyarhamah Supiah Adam meninggal dunia di tempat kejadian.Tak dapat bayangkan kesedihan anak2 yang kehilangan ibu & ayah dalam sekelip mata.

Semoga rohnya dicucuri rahmat & ditempatkan dalam golongan orang-orang yang beriman....Amin

Tuesday, December 22, 2009

Atok!!!!!!!!!!

Fobia aku bila dapat panggilan dari rumah.......

Panggilan kali pertama :-
Emak memberitahu yang atok sudah dibawa pulang kerumah dan keadaan atok sangat nazak.Emak menyuruhkan aku pulang segera.Aku hanya kata " Ya ".Terus aku buat panggilan kat adik aku supaya tidak bekerja lebih masa.

Panggilan kali kedua :-
Berita yang sangat menyedihkan, atok aku telah menghembuskan nafas yang terakhir tepat jam 1:33 ptg.Aku macam x percaya dan bertanya dengan emak sekali lagi : ( aku terus call adik dan dalam keadaan kelam kabut aku terus pulang kerumah.Aku hanya sempat melihat jenazah atok aku yang diselubungi dengan kain.Jenazah siap dimandikan & dikapankan pada pukul 4:30 ptg dan dikebumikan dikampung halamannya di Beluru,Kuala Kangsar Perak.Itu adalah pesanan arwah bila dia meninggal jenazahnya perlu dikebumikan ditanah lahirnya.Keseluruhan kerluarga bergegas pulang kekampung & jenazah dikebumikan selepas isyak jam 9:30 malam.

Selepas semuanya selesai dengan majlis tahlil selama 3 hari berturut-turut aku pun pulang semula ke rumah pada hari jumaat petang.

Semoga arwah atok ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman.....Amin

Monday, November 30, 2009

Aktiviti Terbaru - Lepak

Sekarang aku kerap lepak dgn Siti kat tempat yg agak comersial sikit hahahahahaha kat mana lagi tempat yang paling best nak lepak......

Aku selalu lepak bila habis waktu kerja.Dalam pukul 7.30 malam aku berada di McDonald's sampai pukul 10 malam.Macam2lah borak kekadang tu sampai x sedar jam bergerak dgn pantas.Bila aku rasa tension,aku call siti & ajak jumpa.Dalam seminggu 2 @ 3 kali gak lah melepak.

Wednesday, November 25, 2009

Tak Ada Kerja Yek

Dah terlalu asyik sangat dgn kerja.....
Sampaikan aku terlalu tension,so apa lagi cari sesuatu yg menarik
Pergi kantin & aku nampak?????????


%%%%%%%%


%%%%%%


%%%%


%%


%

Apa lagi nampak Aiskrim & makanlah.....

hehehehehehehe : )

Wednesday, November 11, 2009

Happy Bisday Mek :)

Hai.....
Happy Bisdy Mek!!!!!!
Semoga ko di panjangkan umur,dimurahkan rezeki serta cepat2 dapat jodoh yek : )

Aku pun pening nak bagi ko apa??????
Tapi ini je yang dapat aku berikan,harap2 ko sudi ye : )

Friday, November 6, 2009

Frust : ( Date Cancel

Hati mana yg x sakit, bila date yg sepatutnya berlangsung hari tu kena cancel.Aku punyalah excited naak berjumpa dgn dia...tetiba phone aku menerima call dari dia.Suspen gak bila dia call,ingatkan dah sampai rupanya dia masih dipejabat.Dia menyuruh aku tunggu dia & aku hanya katakan aku x mau tunggu lagi lama.So lebih baik x payah jumpa....lain kali saja.

Lagi yg menyakitkan hati bila dia menyuruh aku yg buat janji bila boleh jumpa.Aku hanya katakan lagi pada dia jgn berjanji nanti x akan tertunai janji tu......

Mungkin aku tiada jodoh utk ketemu sama dia :(

Thursday, November 5, 2009

Salam Takziah

Aku mendapat panggilan dari adik kawanku tepat jam 0645 pagi.Aku yang masih dalam tidak sedarkan diri tetiba terkejut dgn berita yang aku dengari.

Sungguh mengejutkan yg kawanku berada didalam ICU dihospital Tengku Ampuan Rahimah.Lagi menyedihkan apabila anaknya telah pulang kerahmatullah dalam usia 7 bulan......

Aku pun call semua orang yg mengenali dirinya dan memberitahu keadaan yg sebenarnya.Aku pun bergegas menuju ke kapar utk menziarahi jenazah.Sedih bila melihat bayi yg cukup sempurna tiada harapan utk melihat duniawi yg banyak dugaan.Mungkin Allah lebih menyayangi bayi tersebut.Lama aku berada disana sehinggalah bayi tersebut siap dikebumikan.Hati pun terasa lega bila mendapat berita yang kawanku telah sedarkan diri........



# Semoga kawanku dpt tabahkan diri dlm menempuh setiap dugaan yg Allah berikan.Kami sbg kawan akan sentiasa memberi semangat dari belakang......amin

Monday, October 26, 2009

Wayang - SURROGATES

Selalunya aku gi tengok wayang hari Rabu,memandangkan ada " seseorang " yang ajak aku tengok wayang apa lagi aku layan lah.

Lagipun dah lama x layan movie.Rasa happy lak....ada masa2nya rasa romantik hehehehehehehehe : )
Nanti ada masa kita keluar tengok movie lagi ye.....

Sunday, October 25, 2009

Picnic - Waterfall Pangsun

Di waktu pagi jam 8:30am berkumpul di station minyak PETRONAS Federal Highway aku ,Ayu & Kak liza membawa family masing2 ingin menuju ke hulu langat utk bermandi-manda di Pangsun.Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam sahaja.....


Ini adalah antara gambar2 yang sempat diambil.Memang ghairah bila melihat air sungai yang mengalir.X sabar2 rasanya nak terjun.Sampai je uruskan makanan dulu mana yang belum sarapan kena sarapan dulu & baru boleh berendam.Khemah telah disediakan.Antara harganya ialah RM15 hingga RM30.

Bila perut dah kenyang...apa lagi tunggu masa utk terjun.Air sungai sudah memanggil2 utk dirasai kesejukannya.Yang bestnya tengok anak Ayu yang kecil,suka mandi x menangis langsung.Lama jugak berada kat sana,sembang2 makan & mandi lagi terlupa yang jam pun bergerak laju.Bertolak balik dalam pukul 2:30 pm.nampak muka2 masing2 amat kepenatan.

Friday, October 23, 2009

Mau Dating

Sesuai ke tajuk tu....tapi memang betul aku mau gi dating????
Tapi dengan sapa yek????
Amboi....ramai ke buah hati?????
Adalah sorang dua.....
Dashyat tu...biasalah biar ramai kawan
So,nie nak date dgn yg mana?????

hehehehehehe : ) Dengan rasa excited aku tunggu ditempat biasa.6:45 pm aku dah sampai.Aku mula rasa bosan.Risau bertandang dihati.Dia x sms aku pun.Tengok jam dah ke angka 7:15 pm.Aku pun sms.........

I sms : U datang ke x????

Berdebar gak sms x berjawab...selang beberapa minit dia call......

Dear call : Lagi 10 minit saya sampai.

Aduhhhhh,lega rasanya.Tepat 7:30 pm aku nampak kereta dia.Merungut aku dalam kereta cam mak nenek.Aku bagi tau dia aku dah tunggu dia hampir 1 jam.Dia pulak marah sayang kat aku katanya siapa suruh datang awal.Aku jawab x mau awak tunggu saya.....

Dia bawak tempat makan kegemaran dia,apa lagi A&W lah.kalau selalu keluar aku tengok asyik dia je yang lapar.Aku yg lapar terus jadi kenyang tengok dia makan.

Sepatutnya jumpa dia esok,tapi dia kena hadirkan diri utk meeting kat Nilai,so dia jumpa aku hari nie : ( what to do....relakan dia pergi atas urusan kerja.

Monday, October 19, 2009

Boss Bagi Present : )

Jeng..jeng..jeng..jeng
Terkejut gak,Boss gi China balik bawak present.Ingat gak kat staff

Pagi2 boss datang bagi wallet nie.Bestnya,tetiba bersemangat nak kerja.Alamak terharu gak.Dgn x sabarnya aku pun buka nak tgk isi dalamnya,sekali..............


******

*****

****

***

**

*

Rupanya dalam pun ado lagi.....dari besor sampai kecil.Leh sedekah kat sedara-mara nie.Thanks bos,kalau gi lagi boleh bagi present : )


Saturday, October 10, 2009

Te Amo - Rihanna

Aku suka lagu nie...hari2 aku layan kat PC office, rumah & dalam kereta....

Thursday, October 8, 2009

Alamak!!! Tayar Kereta Bocor

Alamak!!!! Kenapa dengan tayar nie.....Aduyai,masalah nie.Tapi nasib aku sangat baik sebabnya tayar tu bocor dikawasan rumah.

Apa lagi,aku panggil abahhhhhhhhhhh......tolong tukarkan tayar nie : ) berpeluh2 gak orang tua tu.Aku hanya tolong tengok je : ) Aku terpaksa halfday hari tu.Lepas settle semuanya aku sambung tidur...cam aku lak yang tukar tayar.

Wednesday, October 7, 2009

Kumpul & Baru Cerita : )

Kisah Raya ada,Kisah Hari Lahir ada & macam-macamlah....layannnnnnnnnnnn : )

Comel kan....geram sesangat aku.Hani Khalilah & Hana khalisa.Pandai posing,jangan x tau : )

Nie lah Hani Khalilah...sambut bisday pada 06.10.2009.Aku memang tiap2 tahun bagi dia present.Seronok bagi budak2 hadiah nie.Tengok bukan main lagi senyum..

Cik Ayu nak datang raya rumah aku!!!!datanglah,tapi makan apa yang ado.Sebenarnya mak aku nak sangat tengok anak Ayu,almaklum dah anggap cam cucu.Siapa yang x geram.Cuba tengok muka Lisa yang gebu,cam muka aku gak hehehehehe : )

Amboi...posing maut nampak?Tau x nie kat mana.Haaa raya ke-4 aku & sepupu gi belasah layan movie kat Terminal 2 seremban.Movie "Jin Notti" lakonan Mawi gitu.Tu maknanya dah terlampau boring sampaikan hari raya gi tgk movie.

Meriahkan,x tau lah nak kata kekenyangan baru raya rumah yang pertama,tapi muka masing2 muka orang kepenatan.Tu lah pagi2 x nk beraya waktu nak cari bantal baru nak keluar beraya

Hadiah sapa nie?Nak bagi sapa yek?Of courselah nak bagi kat kakakku ROHAYU NASRUDDIN yg menyambut bisday pada 12.09.2009.Adik tetap ingat hari lahirmu

Cantik tak kasut tu???? Nak kata beli tuk raya x jugak.Yang putih tu aku dah belasah,yang hitam masih elok lagi belum berpakai.Bila yek mau pakai???????

Thursday, October 1, 2009

Apa Dah Jadi Yan.......

Hi Semua Pembaca & Penyokong blogspot azian2608.blogspot.com
hehehehehehehe :)

Kemaafan dipinta diatas kesunyian blog nie.Bukan menghilang tapi menyepikan diri seketika sementara mencari arah hidup yang tidak tahu dimana penghujungnya.

Asyik cerita derita dari aku,mana cerita bahagia.......Bukan nak mengaibkan diri sendiri,tetapi ingin berkongsi cerita & pengalaman hidup.

Kadang-kadang ingin update blog tapi bila baca blog kengkawan yg lain terus lupa utk blog sendir.Rasanya ramai pembaca yang ingin cerita dariku.....Baca jugak yang ingin aku hiasi blog nie....tunggulah akan kemunculan diriku dalam blog nie hehehehehehehe :)

Wednesday, September 2, 2009

Berbuka Puasa

Happy rasa hati nak berbuka puasa dengan " seseorang ".Dia janji hari nie nak berbuka puasa dengan aku.

Tak kisah lah berbuka kat mana pun, yang penting aku happy bersama dengan dia.Seronok tengok dia makan.Hari nie aku nampak dia terlalu smart & handsome.Dah lama x tengok dia berpakaian yang smart macam tu.Ada part2 yang aku rasa dia nie mengambil berat tentang aku.

Tak dinafikan bila berjauhan dia & aku sama-sama merindu.Banyak jugak yang aku bualkan supaya tidak terlalu bosan.

Tuesday, September 1, 2009

Bazar Ramadan

Macam mana nak story yek???
Balik kerja pukul 5:30pm.Sampai rumah pun hampir2 pukul 6:15pm.Tetiba teringin nak jalan-jalan dibazar ramadan.Lagipun hari nie mak x buat apa-apa pun.So aku & adik pergi bazar ramadan di section 17 Shah Alam.

Aduh!!!!! penuh & sesak sungguh.Pening kepala aku.Jalan-jalan sehinggakan x tau nak beli & makan apa sebenarnya.Terlampau banyak sangat pilihan.kalau ikutkan hati semua yang dijual hendak dibeli.Nafsu dibulan puasa.

Alih2 aku hanya beli rangka ayam goreng & laksa (sorry no picture).Begitu meriah sekali bila menyambut bulan puasa.Masa inilah kita dapat melihat bermacam-macam jenis kuih-muih & lauk pauk yang pelbagai jenis mengikut setiap negeri.

Monday, August 31, 2009

Merdeka!!! Merdeka!!!!

Laungkan MERDEKA.....MERDEKA......MERDEKA.....
Sekejap saja kita sudah merdeka 52 tahun.So apa yang kita tahu tentang kemerdekaan?

Apakah diri kita juga sudah merdeka? Aku pun x tau samada diriku sudah merdeka atau tidak.Masih tercari-cari lagi.

Aku x pernah sambut merdeka.Hanya duduk dirumah & mendengar bunyi bungi api bila tiba saat ke angka 12 am.Maknanya kita sudah merdeka......

Cuti merdeka aku x ada plan apa-apa pun.Hanya berehat dirumah sambil menjaga atok & opah.Lagipun kali nie kita sambut merdeka didalam bulan yang sangat mulia Bulan Ramadan.

Friday, August 28, 2009

Kek Hari Lahir

Masih lagi bercerita tentang hari lahir aku.Tak habis lagi.Dapat sms dari Abg angkat,dia nak belikan aku kek hehehehehehe

Sebelum balik,dia pesan ambil kek kat atas meja dia.Alamak sekali tengok kek dari secret recipe beb.....Terima kasih ye Abg,ingat kat adik.....





Wednesday, August 26, 2009

Dinner & Celebrate MY BISDAY

EXCITED nya......
Malam nie dinner & celebrate bisday aku.Apalah yang aku dapat agaknya ye......

Dia bawa aku pergi One Utama & masuk shopping complex THE CURVE.Sebelum tu aku terpaksa berbuka didalam kereta memandangkan azan telah berkumandang.Banyak jugak gerai disitu.Akhir sekali aku dijamukan dengan makanan jepun...

Sampai jugak hajat dia nak belanja aku makanan jepun.Ini dah 2 kali aku try makanan jepun.Aku x tau mcm mana nak order, So dia yg tolong orderkan utk aku......

Apa yang aku harapkan hanyalah mimpi je...Hadiah pun x de (dia ingat kat ruang legar ada jual2,so dia nak aku pilih sendiri) katanya postpone.Teruk tapi aku still sayang.Lepas makan ingat nak jalan2, tapi dia ajak balik.So aku pun ikut ajelah....lagipun hari baik kan malas nak gaduh2.Yg penting dia ingat bisday aku & dia wish :

" HAPPY BIRTHDAY MY SWEET GIRL "

Amanah Yg Ditinggalkan

Sekarang Pokok nie diamanahkan pada aku utk dijaga.So aku akan jaga pokok nie sebagaimana aku menjaga diriku sendiri.Banyak memori aku dekat pokok nie.

Pokok nie aku anggap hadiah sempena hari lahir aku.Tuannya akan ambil balik bila tiba masanya.Aku hanya menjaga buat sementara waktu sahaja.

My Birthday 27 Tahun : )

Hari ini genap sudah aku 27 tahun (26/08/2009).........
Sekejap masa berlalu & aku pun semakin lama semakin tua........

Hati nie sentiasa libang-libu.Sepatutnya aku dapat meraikan hari nie dengan hati yang ceria, tetapi tidak.Hadiah yang sentiasa akan aku ingati bila sesorang yg kita sayang akan tinggalkan kita.Beratnya hati nie utk menerimanya..

Tetapi aku juga ingin ucapkan terima kasih pada kengkawan yg sentiasa mengingati hari lahir aku.banyak jugak aku dapat hadiah........

Hadiah dari kakak ku Ayu.Sweet sangat..tapi aku sayang nak pakai....

Hadiah pemberian dari Adik ku & BFnya....thanks.Cam tau2 je..handbeg raya gitu

Hadiah ini pulak dari BESTFRIEND aku yg sentiasa akan mengingati hari lahirku.Kata dia kalau boring suruh aku cakap dgn teddy bear nie hehehehehehe

Friday, August 21, 2009

A&W PJ

Hari nie ada temu janji yang telah dijanjikan dalam sms semalam.Tak tau nak ceritakan perasaan nie samada seronok, bahgia atau sebaliknya.Macam-macam yang aku fikirkan.

Aku tunggu ditempat yang biasa dijanjikan, Dia datang ambik aku & bawa aku makan di A&W.Sebelum aku & Dia mengalami krisis yang teruk, tetapi bila aku dapat penjelasan yang aku rasa itu satu parut aku terpaksa banyak sabar utk teruskan "perhubungan" ini.

Sekadar gambar hiasan


Aku terpaksa buat diriku happy sendiri didepan mata dia.Sedangkan hanya tuhan saja yang tau hati aku nie.Macam-macam aku borak dengan dia.

Entahlah.....apa akan jadi kesudahannya.......


Thursday, August 20, 2009

Tak Boleh Tidur : (

Sedihnya aku.....
kenapa aku x boleh tidur?sedangkan aku amat keletihan hari nie.Dalam tidur aku boleh berfikir apa yang akan terjadi pada hari esok.Pusing kanan, pusing kiri masih sama.........

Tanpa berfikir lagi aku pun online & layan internet.Layan punya layan aku tengok jam pukul 4:30 pagi.Mata pun dah terasa berat.Alih2 aku tetidur jua.Bangun pagi dengan mata yang masih mengantuk.

--> Activiti hari nie <--

Waduh!!!!
aku kena buat kerja yang dah 2 hari aku tinggalkan.Tapi otak aku memang jam.
Tiba2 bos dari taiwan datang tanpa memberitahu.Bos aku pulak sibuk nak itu & inilah semuanya kelam kabut.Bila aku tanya sekali lagi, bos tengking aku.Sedih lagi aku tersentap sekejap (tapi aku rasa dia xde niat aku je yg perasan kot).Lagi sekali aku kepenatan.

Yang bestnya bila waktu balik aku mesti akan lepak minum dengan " seseorang " yang baru saja aku kenali.Bestlah dapat kawan yang boleh layan karenah aku.Sementara aku nak lupakan kesakitan yang aku alami nie, sekurang2nya ada jugak orang yang sanggup mendengar masalah aku nie.Boleh dikatakan dah 3 hari berturut2 lah aku pergi minum dengan dia.

Tuesday, August 18, 2009

Jaga Training

Semalam aku halfday....WHY? hehehehe mood aku tak ada utk buat kerja.Tak inform sapa2 pun.Lantaklah kalau bos nak marah pun : ) bukan aku buat selalu pun (dulu kat tempat kerja lama x leh buat).Kalau tengok muka aku memang ramai yang x suka lah.Jenis aku kalau tension aku memang x pandai nak simpan muka aku yang buruk tu, kalau simpan sapa yang tau aku ada masalah kan hahahahaha


Tu cerita semalam --> hari nie punya cerita pulak

Aku kena belajar cara2 nak mengendalikan macam mana nak buat arragement utk training?

Alamak !!!!!!!

Bunyi cam susah jer, yelah bukan bidang aku.Conpious pun ada.Tapi aku dapat belajar sesuatu yang baru.So pagi2 aku dah kena ada kat bilik training tu & nak tau training apa......

Latihan First Aid.

So aku pun belajar & aku rasa ok jugak.Training nie diadakan selama 2 hari 18/08/09 ~ 19/08/09.Nasib baik aku dulu pernah attend dalam training nie sambil jaga aku boleh refrensh balik mana yang aku dah lupa.Buat permulaan aku belajar training yg diadakan dlm kawasan kilang & after that aku akan diajar pula jaga training di outside.

Nak tau ke apa tugas2 aku masa jaga training.
1st thing......

* Barang2 utk traineer mesti ada spt notebook, white board & mcm2 lah
* Kena pastikan peserta kena hadir & datang tepat pada waktu yang telah dijadualkan memandangkan masa itu adalah penting.
* Ambil attendance PENTING sbb training nie akan dapat certificate & pastikan ada signature
* Pastikan waktu breakfast, lunch & tea break mesti kena ontime.
* Bila tiba waktu rehat x kira bfast, lunch & tea break kena pastikan peserta akan mengikut arahan masa yg telah diberikan.
* Dan bnyk lagilah.....................

Bila training tu berjalan dgn lancar, aku banyak masa yg terluang.Dari situ jer aku terasa amat bosan.Nasib baik aku boleh melakukan aktiviti aku sendiri (tapi kena jaga2 jugak,manalah tau bos skodeng).Buat permulaan aku x buat apa2 pun hanya layan sms hehehehehe

Tapi memang penat & banyak kerja yg aku x dapat nak buat bila training dijalankan.So kalau aku rajin aku boleh stayback (FOC) kalau x baik lepak pergi minum : )


Monday, August 17, 2009

hehehe

Hi....
Rindukan saya tak?
hahahahahaha.....mesti ada yang tertanya2 kemanakah menghilangnya empunya blog nie kan?
Saya ada,tak kemana2 pun cuma tak dapat nak meluangkan masa untuk meng-update kan blog nie.Tetiba idea & tahap kerajinan sudah hilang utk dilakarkan didalam blog nie.Hari tu beria-ia aku berazam nak update blog semula alih2 hampeh..........apa nak buat at this moment aku memang berada ditahap kritikal dengan situasi yang aku alami sekarang ini.

Kadang2 aku pun rasa sedih jugak ialah tak tau apa akan jadi dengan BLOG nie.Maybe akan lenyap begitu saja.Entahlah.....susah nak diceritakan.Aku sendiri pun tak tau apa nak jadi dengan diri aku nie.Banyak sangat masalah yang aku alami terutama sekali masalah HATI & PERASAAN.Sapa yang nak tolong jawab......

Wednesday, July 1, 2009

Jangan Mare !!!! Tengok Movie

Hahahaha.....sempat lagi posing tu, kekenyangan pun ye gak.Mcm mana nak layan movie nie...


Layan Movie " Transfomer Revenge Of The Fallen ". Nak kata aku suka sangat tu x lah jugak, tapi BF adik dah beli tiket so aku pun terpaksa join sekali. Sekali sekala tengok midnight punya ok kot......

Alamak....mata aku pun hampir2 terpejam.Dah lah dlm panggung sejuk memang sesuai kalau nak buat tahi mata.Aku pun x perasan sama ada aku tengok movie atau aku zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Tuesday, June 30, 2009

:)

Sorry Blogger....
Dalam bulan June blog aku dipenuhi dengan Youtube KUCH KUCH HOTA HAI.Sebab2nya aku download :-

1) Aku dah x tau apa lagi yang perlu aku ceritakan serta apa lagi yang patut aku kongsikan kepada blogger.Kadang2 dah naik buntu mencari idea utk memeriahkan blog nie.Ada masa aku pun takut blogger naik boring nak baca kisah peribadi aku yang kadang2 ada yang benar, mengarut & macam2lah.

2) Aku pun dah naik malas nak update blog nie.Cam dah xde thrill.Yelah dulu boleh gak tukar2 idea & berkongsi cerita.Tapi bila masing2 dah ada karier sendiri blog nie pun dah x berseri.Balik kerja dah penat nak buat blog nak kena kerah otak pulak.Memang MALAS tu akan terngiang2 di telinga.

3) Masalah lain, kat office aku x leh nak bukak macam2 laman web.Susah jugak.Kalau leh bukak memang aku akan menceriakan blog nie cuz aku memang xde kerja langsung.Bos pun tau yang aku xde kerja.Nasib badan dapat bos yg jenis x kisah.

4) Azam bulan July.....akan curi masa utk meneruskan blogging.Sayang pulak nak pupuskan terus.Nanti ramai kengkawan tercari2.

Sunday, June 28, 2009

Kemana Tu.....


Apa lagi....layan movie jelah.Nak keluar date pun tak tau nak ajak " pakwe " yang mana 1 (amboi bnyk ke).So aku pun ajaklah kawan aku yg dah lama x bersua.Dia pun sejak 2 menjak agak sibuk sedikit.Dekat panggung actually dah xde apa cerita pun.Nak tengok Transfomer tiket awal2 dah sold out.So aku layan je cerita NIGHT AT THE MESEUM 2.Agak kelakar jugaklah, tapi kena tengok yang 1st baru boleh faham cerita yang 2nd.

Sebelum tayangan, aku sempat gi food court makan & sembang2 apa yang patut.Al maklum memang dah lama x berjumpa.Lepas habis tengok wayang jalan2 & shopping apa yang patut.Yang buat geram ialah " SALE ".Kalau banyak duit memang aku shopping habis2an.

Thursday, June 25, 2009

KKHH - Part 12

Sambungan...

Wednesday, June 24, 2009

KKHH - Part 11

Sambungan...

Tuesday, June 23, 2009

KKHH - Part 10

Sambungan....

Monday, June 22, 2009

KKHH - Part 9

Sambungan....

Sunday, June 21, 2009

Jogging

Haaaa....aku nak gi jongging?
Seru belum tiba utk aku berjongging.Tapi teman orang jongging adalah.Aku cuma jalan2 je.Niat dihati nak baca novel.Tapi bila dah bersembang lupa apa yang telah dirancang.

Inilah orang yang beria2 nak gi jongging.Letih ke dik?Tak pe nak nampak lagi handsome kenalah usaha dengan gigih hahahahahahaha

Saturday, June 20, 2009

Balun 2 Movie

Ha...Balun 2 movie dalam 1 hari.Memang giler......Nak buat macam mana ada masa, apa lagi layanlah movie.






2 movie nie memang best.Tapi movie yang buat aku kena serangan jantung ialah DRAG ME TO HELL.Nak kata seram & takut taklah,tapi banyak aksi terkejut.Dengar pulak sound system yang terlampau.

Thursday, June 18, 2009

KKHH - Part 8

Sambungan...

Wednesday, June 17, 2009

KKHH - Part 7

Sambungan....

Tuesday, June 16, 2009

KKHH - Part 6

Sambungan...

Monday, June 15, 2009

KKHH - Part 5

Sambungan.....

Sunday, June 14, 2009

So Cute

Tau x nie kat mana?Sebenarnya aku & kawan baru balik dari kenduri kahwin,pastu nak pergi birthday party.Sebelum start b'day party aku singgah di Tesco Setia Alam.Masuklah 1 kedai yang menjual bermacam-macam binatang.Tapi yang paling best sekali ialah kucing.Yang buat geram dengan kucing nie ialah dia pandai main.Sedih tak dapat nak miliki kucing nie kerana harganya mencecah RM1450 selepas diskaun.

Kalau orang yang sayang kucing,memang dah beli kucing nie x kiralah harga kucing tu berapa pun.Tapi kalau x reti jaga, lagilah sedih....kucing mati duit pun terbang.......Aku bukan x nak bela, tapi masih fobia sudah 2 kali kucing yang dibela mati....

Saturday, June 13, 2009

Jeritan Batinku

Aku dah x tau apa lagi yang patut aku cerita dalam blog nie.Kadang-kadang aku rasa " budus " bila aku menceritakan kisah peribadi yang sepatutnya menjadi simpanan aku.Tapi aku perlukan pandangan kawan2 yang lebih tahu mengenai hati & perasaan.

Kadang-kadang aku x dapat nak mengawal perasaan, bila hati meronta-ronta meminta diri nie dibelai, dimanja, disayang, dikasihi & merasa nikmatnya apa itu " cinta ".Cinta memang buat seseorang tu boleh menjadi gila sekiranya hati & iman tidak kuat.Begitulah aku.....terasa parah bila diri nie dibiarkan terkontang-kanting tanpa haluan.

SABAR.....hanya kesabaran yang boleh aku harapkan.Tapi sampai bila harus aku bersabar? Selagi aku boleh bersabar aku akan terus bersabar.Sampai 1 tahap aku rasa yang aku hanya dipermainkan & diperbodohkan, tapi kerana cinta yang mengaburi mata aku lupakan apa yang pernah terjadi dalam hidup aku.

Apa orang nak kata tentang aku katalah....selagi aku x meluahkan apa yang terbuku didalam hati nie aku merasakan yang aku akan mengalami tekanan perasaan yang teruk.

Friday, June 12, 2009

KKHH - Part 4

Sambungan....

Thursday, June 11, 2009

KKHH - Part 3

Sambungan....

Wednesday, June 10, 2009

Miley Cyrus - The Climb

Tuesday, June 9, 2009

KKHH - Part 2

Sambungan.....

Monday, June 8, 2009

KKHH - Part 1

Kan aku dah bagitau yg aku memang rindukan movie nie.....so dalam bulan nie aku akan download dari part 1 hinggalah seterusnya......x yah nak pasang VCD lah, DVD lah...aku pun nak kengkawan join sama :)

Saturday, June 6, 2009

Ronda2 Di Kuala Kangsar


hahahaha...jauh aku import benda nie.Macam kat Shah Alam xde.Dah lama aku nak kan benda nie, akhirnya jalan2 kat Arena Square Kuala Kangsar aku nampak & terus beli dgn harga RM18 sahaja.Aku letakkan didalam kereta.Fungsi ialah benda akan bergerak tanpa menggunakan bateri..ianya menggunakan cahaya matahari.

Sementara keluargaku menikmati makanan, aku & adik pergi cara barang yg boleh dibuat souvenir.Pening jugaklah nak cari.Akhirnya aku nampak barang nie....oklah dari balik dgn tangan kosong :)


Huhhhh...penat sungguh tapi seronok boleh dikatakan 1 hari tu memang hari berjalan sakan.Lepas dari rumah Pak Ngah aku bawak keluargaku singgah dibandar Kuala Kangsar.Aku memang nak singgah nak makan laksa buatan sendiri.So akhirnya aku dapat makan & siap tapau sekali.Bila dah berkumpul memang mcm2 kerenah tapi happy.......


Pak Ngah Kami Mai

Seronok tau bila dapat berkumpul sebigini.Kalau nak tau nie semua melepaskan penat dalam perjalanan.Mau x penat jauh perjalanan bayangkan dari N9 terus ke utara.Aku pun dah naik boring nak duduk drive lama-lama dalam kereta.Aku speed 110 ~ 130 km.

Ini bukan pengantin tau, Aku hanya tumpang duduk saja.Manalah tau ada aura ke terus dapat jodoh apalagi nak tunggu......

Inilah pengantin perempuannya.Aku sempat snap nie sahaja.Itu pun kami berselisih.Tak sempat nak tengok sepupuku bersanding.Maaflah Nina.Memandangkan keadaan yang x mengizinkan.

Ini kalau nak tau aku & adik berposing di tepi highway selepas Tol Jelapang.Bukan sengaja nak berposing, masalahnya ialah kena tunggu lagi 1 kereta.Berpeluh jugak beb, dari pagi kena pakai baju kurung.Bayangkan keluar dari nilai pukul 3 am.


Along nak wish buat Nina :-
SELAMAT PENGANTIN BARU
ADIK & SUAMI
SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KEAKHIR HAYAT





Thursday, June 4, 2009

KKHH - Tujhe Yaad Na Meri Aayee

Actually, aku rindukan movie nie KUCH KUCH HOTA HAI..kalau tengok banyak kali aku x kisah & x jemu.Aku rasakan aku adalah kajol & Shah Rukh Khan adalah " someone " yang x tau bila nak timbul.Tapi sejak aku layan lagu dari movie nie, memang aku sangat rindukan cerita nie.So mari kita layannnnnn.........



Wednesday, June 3, 2009

Pekena Nasi Kandar

Tetiba phone aku berbunyi...tanpa kuduga Dia yang send msg.

Dia : Awek nak dinner x 2nite...

Hati sebenarnya tengah tahan marah...elok pun dia ajak aku dinner cuz aku nak lepaskan geram dekat dia..

Dia ambil aku ditempat biasa, dan pergi makan ditempat yang aku rasa dah lama x pergi.Apa lagi kalau bukan Restoran Kayu SS2 Petaling Jaya.Macam biasa makan..kenyang terus balik....

Monday, June 1, 2009

Cepat Betul Masa Berlalu

Betul kata orang dulu-dulu, bahawa masa tidak menunggu kita.Kita yang akan mengejar masa itu.Sekarang sudah masuk bulan baru iaitu bulan June hanya tinggal 6 bulan saja lagi untuk kita masuk ketahun baru 2010.Ya Allah....makin lama makin meningkat umur aku.

Apa lagi yang akan aku alami pada bulan ini.Adakah aku akan alami kemuraman yang berpanjangan atau kebahagian yang sedang menanti dihadapan.Siapa yang tahukan....Kalau boleh aku ingin sentiasa "tersenyum" seperti gambar-gambar dibawah ini.Aku sudah penat untuk layan perasaan sedih, muram, duka dan sebagainya.







Sunday, May 31, 2009

Kain Batik

Hari nie adik aku yang gi melancong kelangkawi akan pulang.Aku jugak yang jadi mangsa kena ambil dia ditempat kerja.Dan menggangu terus keindahan aku semasa tidur.Hilang segala mimpi-mimpi yang aku tunggu.

Nasib baik dia ada beli souvenir utk aku.X jadi nak marah2 :)

Apa aku nak buat dgn kain batik nie??? Boleh tahan jugak coraknya, cuma colour je yang aku kureng minat (dah dibagi x reti nak terima kasih) kenalah aku cari kain utk buat bajunya.Boleh buat raya nanti hahahahahahahaha

Saturday, May 30, 2009

Star Trek vs Terminator


Alamak....kena tengok cerita STAR TREK ke???? Sebenarnya aku nie bukan suka sangat movie yang berkisarkan alam planet nie, tapi disebabkan masa & waktu so kenalah layan jugak.Niat dihati nak layan TERMINATOR, tapi seatnya dibawah sekali....kang mendongak pulak.Apa2 jelah, janji kita layan mood tengok wayang.