CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, July 8, 2008

Sindarela - Sin,dar & ela

Aku dah tatau nak update cerita apa.No idea & ilham.Apa kata aku ceritakan drama yg
sedang hangat ditayangkan di TV.Aku rasa ramai gak yg layan cerita nie....So Layannnnnn

Sebelum nie aku jarang lah nak tgk cerita nie.Rasanya cam ntah apa2 je.But bila layan
satu episod ada plak part2 yg romantik,terus jatuh hati ngan cerita nie.Aku dah tak
sabar nak tgk siapa yg akan jadi kekasih Zoela antara Hussien @pun Haidar.Kdg2 part
yg kelakar tu ketawa hampir2 nak pecah perut.Sekurang-kurangnya cerita nie selitkan
adegan romantik,kelakar,penyiasatan dll.So diharap penonton saksikan cerita SINDARELA
nie sampai penghujungnya.

Waktu Siaran : 9 malam ~ 10 malam
Hari : Selasa
Channel : TV3

Monday, July 7, 2008

.....Stock Malam.....


Bila dah jarang makan nasi waktu malam,so benda2 cam nie perlu ada kat dapur.Kalau tak
aku akan kebuluran.Makanan ringan dalam gambar tu adalah sebahagian dari makanan
kegemaran aku,tapi taklah selalu aku mengadap benda nie je.Bila aku perlu saja.(leh caya ke)
Sambil2 layan televisyen atau internet ke benda2 nie mesti ada ngan aku hehehehee
Nielah sebenarnya habit aku & aktiviti aku diwaktu malam.....

Nak Cari Ketenangan

Luahan Hati yg terpendam.....
Sebenarnya aku rindukan suasana kampung yg begitu nyaman,dipenuhi dengan
kehijauan pokok2,bunyi cengkerik & sebagainya.Bertapa aku perlukan suasana tu
sekarang.Kalau lah boleh sekarang aku pergi...Tapi

Bagaimana dgn kerja aku?keluarga aku?
Macam2 aku kena fikirkan.Aku perlukan ketenangan kerana aku rasa aku terlalu rimas
dengan keadaan yg aku hadapi sekarang.


TENSION...FED-UP....BORING.....PENING.....hampir2 nak jadi GILA

Bayangkan kalau aku dah dpt apa yg aku inginkan :
1. Sedang rehat sambil menghayati kejadian semula jadi diatas ciptaan yg maha agung.
2. Rasa setenang-tenangnya tanpa gangguan deruan enjin kenderaan.
3. Dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok kelapa & pokok pisang ngan angin yg dtg
sepoi-sepoi bahasa.
4. Menikmati hidangan lauk-pauk kampung & ulam-ulaman yg hijau
5. Dapat merasa mandi disebuah perigi sambil mencurahkan air yg sejuk dibadan.Bertapa
segarnya badan ketika itu.
6. Tidur malam yg ditemani bunyi-bunyian binatang spt cengkerik & dihiasi dgn binatang
Kelip-Kelip.
7. Terasa segar apabila bangun tidur diwaktu pagi.Nyaman.......
8. Sarapan pagi bersama deruan angin pagi yg asli
9. Yg bestnya dapat menikmati AIR TERJUN yg mengalir tenang, jernih & sejuk
10. Fikiran pun sentiasa tenang hilang segala kekusutan yg melanda.

Saturday, July 5, 2008

Hari Makan

Sebenarnya dapat voucher nie RM10,tapi dah digunakan utk beli sarapan pagi McDonald's.
Kirim kat office mate. So kat tangan aku masih ada lagi balance RM5.

Sambil makan breakfast,Bos pagi pulak roti jala berintikan lauk daging.Mula2 nak jugak rasa
tapi dah kenyang bangat.Sampai balik langsung lupa nak makan.Utk makan tengah hari pulak
aku memang dah plan ngan kawan2 bujang makan kat rumah dia.Boleh tahan gak lah dia
masak.Masuk kali nie aku dah makan 3 kali kat rumah dia.Setiap kali nak buat makan2 aku
akan collect duit sebanyak RM5 utk membeli brg2 yg diperlukan.Nak tau dia masak apa,sila
lihat menu dibawah :-

Menu-menunya :


  1. Nasi Putih
  2. Gulai Lemak Nenas Ikan Masin
  3. Ikan Kembung & Cencaru Bersumbat kelapa
  4. Sambal Belancan
  5. Ulam Timun,Kacang Botol,Kacang Panjang & Petai

Bertambah aku makan.Sampai tak sedar aku berada kat rumah orang.Boleh tahan masakannya.

Note : Terima kasih ye kawan2 sebab menjamu kami makan dengan seleranya :)

Friday, July 4, 2008

Si Putih Dalam Kenangan :(

Sedih :(
Masih terasa sangat pemergian kucing yg sangat disayangi.Tak dapat nak dibayangkan
macamana si Putih menghadapi saat-saat terakhir kematiannya.Aku pun baru dapat tau
dari mak.Kalau aku tak tanya kemana hilangnya si Putih,sampai bila2 pun aku tatau yg si Putih
telah lama pergi :(.Masa mak cerita pasal si Putih aku memang dah tak boleh nak tahan air mata
memang aku tak percaya si Putih telah tiada.Aku tatau punca kematian si Putih.Dari cara mak
cerita Putih kena langgar,tak pasti motor atau kereta.Yang menyedihkan lagi si Putih mati betul2
depan pintu rumah maybe putih nak bagitau @pun nak minta tolong??????????

Mak tak sempat nak buat apa.Mak jumpa pun mayat si Putih dah keras & banyak alat2
berterbangan.Mak pun tanam si Putih tak jauh dari rumah.Kalau ada masa mak akan ziarah
kuburnya.Kadang2 bila duduk kat rumah teringat tempat2 yg pernah si Putih selalu lepak.
Bila teringat mesti air mata mengalir.Mak pernah kata si Putih tak pernah nak menyusahkan
mak.Lagi satu nak jaga si Putih nie senang segala najisnya buang dalam bilik air.Si Putih selalu
jadi jam loceng utk mengejutkan mak waktu pagi.Kalau mak tak bangun haaa siaplah lah
si Putih akan naik atas katil lompat satu badanlah,usik rambutlah dll.Org yg paling rapat
ngan si Putih adalah mak.Sampaikan mak termimpi mimpikan si Putih.Bertapa kami

sayangkan Si Putih...........
KAMI RINDUKAN PUTIH.......


Note : Hari nie genap sudah seminggu pemergian Si Putih :(

Thursday, July 3, 2008

Tiba2 Nak Gi Shopping

Jarum jam nak ke angka 4 ptg.Dalam kepala aku mula nak cari kemana hala tuju after pukul
5 ptg.Aku jumpa adik ajak pergi Plaza Alam Sentral & Tesco.Macam2 aku fikir apa yg aku
nak beli hehehehehe dtg idea yg memang nak mengabiskan duit je.

Sesampai kat Plaza Alam Sentral aku pun masuk kedai Optimo.Tengok apa2 yg boleh aku beli.
Nampaklah seluar,apa lagi ambik dan terus gi test.Bila dah test kena pulak sedap dipakai apa
lagi tak fikir pjg terus ke kaunterlah & bayar.Nampak pulak tudung singgah jap.cari color yg
belum ada.dah jumpa yg sedap mata memandang ambik & bayar.Dah puas jalan kt situ,terus
gi Tesco.Carilah brg2 makan utk stok malam.Aku nie malam2 nak ada stok.Bila tak makan nanti
aku tak boleh nak tidur ngan lena huhuhuhuhu

Wednesday, July 2, 2008

Beli Oven


Tak dirancang pun nak beli oven,tapi mak dah tak bergerak dari tempat oven yg ada kat situ.
So Abah pun kata pada mak :

Abah : Kalau nak ambik ajelah.
Emak pun jadi keliru & serba salah.So alih2 mak minta pendapat aku.

Yan : Mak nak ambik Abah dah offer.Nie time Abah ok atau pun Mak nak servey kat kedai
dulu?
Emak pun kata oklah kita servey kat kedai dulu.

Abah : Nak servey kat kedai mana?Kalau dah berkenan ambik jelah (dalam nada tension nie)
Aku pun naik pening ngan kerenah diorang.

Yan : Mak kita ambik jelah.senang nanti nak minta lain kali bukan senang nak dapat.
Mak : Ok.....

Kalau tadi ambik dah boleh bayar pun.