CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, July 31, 2008

Time Gaji

Yahoo!!!! Dah GAJI hari nie.....
So,Macam-macam nak plan nie.Yang penting petang nie aku ada temu janji.Iaitu gi makan PIZZA HUT at TESCO.Plan nak makan pizza nie masa belum gaji hehehehe


Makan Pizza macam biasa,cuma ada ahli baru je.Mesti ahli baru pening ngan karenah ahli2 lama.Beginilah kami bila dah kumpul ramai2 & mulalah perangai2 buruk yg keluar.


Dah abis makan,plan seterusnya nak shopping kat Tesco.Dah alang2 sampai terus beli apa barang yg diperlukanlah.Belanja hari nie hampir2 RM100.Sekejap je duit mengalir.......


Balik dari Tesco,singgah kat dewan pulak tgk org lelaki main badminton.Pecah2 perut gelak.Macam2 style diorg nie main.Dalam pukul 9 mlm aku pun pulang kerumah & ......

# Lupa nak cerita,semasa dalam perjalanan my Ex-Boss sms :

Ex-Bos : Joint me 4 drink

Me : No,thanks.I dah ada janji ngan Mary,Usha nak makan Pizza or U join Me?

Ex-Bos : Tq,next time






Note : Beginilah keadaan aku bila dah time gaji.Bila time tak de gaji nanti aku update :P

Wednesday, July 30, 2008

Kena Tagged......

So,kena selesaikan tugas yg telah diberikan oleh MA kepada Yan :P

1. Kali Pertama Naik Kapal Terbang
Actually,plan tu memang ada tapi kena pulak fikirkan ongkosnya.Mesti seronok naik kapal terbangkan.Tak dapat jauh pun takpe,asalkan merasa naik kapal terbang........

2. Kali Pertama Ke Oversea
Bila agaknya????Xtaulah bila nak merasa.Sedangkan nak naik kapal terbang pun ongkosnya kurang,niekan pulak nak ke Oversea.

3. Kali Pertama Duduk Berjauhan Ngan Keluarga
Tak pernah pun hehehehe.....Utk sehari dua tu adalah.Perit gaklah.Sebabnya aku nie
jarang berpisah ngan mak Anak mak lah katakan

4. InginMelancong Ke....
Seluruh Malaysia..Dah abis round M'sia baru fikir nak keluar negara :D

5. Favourite Accessories
Yang still on buat koleksi ialah Handbag,Rantai leher & gelang.Tapi semuanya jarang pakai.Bila tak nak pakai mulalah cari org utk pakai ataupun ke tong sampah.

6. 4 Perkara yang selalu disebut
a. Sengal
b. Bengong
c. Yehuhuhu
d. Ok lah tu

7. Kalau ada Duit *Juta... Juta... Juta*
Macam2 leh buat.Yg paling penting utk ada keberkatan pada duit aku nak sedekahkan pada anak2 yatim,rumah2 org tua & sbgnya.Lepas tu bagi mak & ayah.Yg selebihnya.....aku pun tak tau nak buat apa lagi.Sbbnya duit tak dapat depan mata hehehehe

8. Siapakah Yg Mahu Di Tag
1. Hani
2. Sanyaleya
3. Kak Manje

Tuesday, July 29, 2008

Kenduri Arwah

Sebenarnya kalau ikut jadual kenduri nie nak buat pada sabtu malam minggu hari tu,tapi tak jadi disebabkan Makcik aku pulak jatuh sakit.Dan hari nie selesai sudah majlis yg telah dirancang.

So,gambar nie pun curi2 snap.Segan gak nak snap time org tengah makan.Banyak gambar Cik Ujilah jawabnya.Pandai pulak tu Cik Uji posing.Dia tau nie mesti anak dia nak buat blog :P
Aku pulak ambik tender basuh pinggan.Sampai lupa nak makan hehehehe.......


# Terkenang balik semasa kejadian yg berlaku pada 27.08.2003.Aku dpt berita yg Arwah Syukir kemalangan.Macam tak percaya pun ada.Sampai skrg maknya tidur bertemankan baju peninggalan Arwah.

# Semoga Arwah Syukri sentiasa berada bersama org2 yg beriman & dicucucri rahmat,Amin.........

Monday, July 28, 2008

Happy Besday Eta

Inilah org yg sambut Birthday :D
Dengan Ucapan : Semoga sentiasa sihat,ceria & lebih matang memandangkan usia adik Eta pun dah mencecah keangka 22 tahun.Jodoh tu kemudianlah fikir cuz muda lagi.Cari duit bnyk2 & enjoy puas2 dulu baru cari suami heheheheh :P

Nama : Norzairita Razali
Nama Panggilan : Eta @ Angah
D.O.B : 28 hb Julai 1986

Sunday, July 27, 2008

Aduh ! Usahlah Berubah

Note : Tetiba je aku suka 1 lagu dalam CD nie.Nak tau camne lagunya kenalah cari CD @ gilah ke YOUTUBE yg berdekatan.

Tajuk Lagu : Aduh!Usahlah Berubah
Kumpulan Samudera

Bagaimana caramu menafsirkan cinta
Didalam hubungan kita nie
Apa cuma pujian dan manis kata
Yang kau hargai dan kau sanjungi
Dimanakah cintaku kau tempatkan
Disaatku tiada disisi
Walaupun kini ku jauh dari pandangan
Namun kau takku lepaskan lagi
Kita tidak dapat selalu bersama
berpisah hanyalah sementara
Cuma tidak dapat selalu bersama
Itu tak bermakna putus cinta
*Corus*
Air merlimpah pantai berubah
Tapi tidakku aku bersumpah
Usah kau sangka aku dah lupa
Dimana aku bermula
Tapi andainya memang kau sudah
Berpatah arang aku pasrah
Apa gunanya ku berharap
Kau tak sudi apa nak diratap
Diketika ini aku masih lagi
Menyimpan rasa dan cinta kita
Kuterus berdoa sepenuh hati
Moga nanti kembali bersama
Bagaimana caramu menafsirkan cinta
Didalam hubungan kita nie
Apa cuma pujian dan manis kata
Yang kau hargai dan kau sanjungi
Aduh usahlah usah berubah

Friday, July 25, 2008

Makan-Makan

Ringgggg,
Sudah tiba waktu rehat.Memang perut dah berbunyi mintak utk diisi.Tapi apa kaitannya
gambar dibawah?

Sebenarnya,Aku & kawan2 ada buat sikit makan2 bagi meraikan hari perpisahan utk
Siti Hawa.Seronok bila makan ramai2 nie.Macam kenduri doa selamat pulak.Utk menu
makan2 nie,aku & kawan2 order je Nasi Ayam dan ada jugaklah kawan2 yg lain buat
kuih-muih spt Kasuwi,apam & Kek Kukus.

Picture 1 : Snap time tgh makan,Si Akak yg ber-Uniform biru tu sempat lagi nak posing.Tu
senyum ikhlas @ kena paksa.

Picture 2 : Bila dah siap makan,apa lagi masing2 nak berjoging,utk turunkan isi perut.


* Waktu petang gi lepak2 kat kedai Pak Li Kopitiam ngan Kak Intan.Lagipun dah lama plan,cuma tadi baru dapat dilaksanakan

Wednesday, July 23, 2008

Sedapnya Lauk

Kerana lauk2 nielah badan aku hampir2 menaik.Malam nie je aku dah makan nasi 2x.Terasa
kesabaran aku diuji.Bila aku nampak lauk2 nie sabar aku ditahap Maksima.Lari aku punya
target iaitu " nak makan nasi sekali dlm satu hari "

Nie baru betul,lauk aku & Family.Bagi aku ada Rendang nie pun dah cukup.Kalau bnyk2
lauk aku pun tak tau nak makan yg mana satu.Nak ucapkan terima kasih kat Mak sbb
masakan lauk favourite aku nie :D

Sebenarnya lauk Sup Ayam nie adalah utk Tuk aku.Jadi aku pun tumpanglah sekaki.
Nampak sedap je,rugi kalau tak rasa.

Kerja Banyak

Adusss....
Banyaknya kerja...penat tol hari nie.Terasa tak cukup masa nak siapkan kerja utk hari
nie.Boring tau nak tunda2 kerja nie.Kerja yg belum terusik sapa yg nak buat ?????

Bukan nak merunggut,cuma tension jap je & terpaksa take over kerja org lain pulak.
Biasalah nak jadi " Pekerja Contoh " :P

Tak pelah aku ambik nie sbagai cabaran utk memperjuangkan kehidupan & masa
hadapan.



Sbagai hiburan,apa kata kita ikut gambar tu buat aerobik.Sekurang2nya hilang sikit
tension yg ada :D

Tuesday, July 22, 2008

Berita Sedih

Selalunya kita dengar org diserang " STROKE " kita hanya boleh berkata Ooooooo..
macam tu.Tetapi bila kita ataupun ahli keluarga kita sendiri yg diserang penyakit nie
baru kita tahu bertapa seksanya seseuatu penyakit termaksulahh STROKE.

Apa yg berkaitan diatas adalah ada kaitan dgn kisah aku.Baru2 nie,tak salah aku hari
sabtu org kampung beritahu yg Opah aku tak boleh bergerak sebelah badan.Mula2 tau
tu suspen gak.Makcik aku pun ingin membawa Opah aku ke Shah Alam utk
mendapatkan rawatan di hospital Tengku Ampuan Rahimah,memandangkan
di kampung tiada sapa yg ada utk dijaga semasa berada di hospital.Semalam Opah
aku dimasukkan ke hospital.Balik2 je kat rumah tak de org pun.

Dahlah aku kena jadi penjaga budak,tak lama lepas tu nak kena jaga Atuk pulak.
Dugaan aku semalam,dahlah puasa.Sabar banyak2.Tadi aku dpt berita yg Opah
akuu dah pun di keluarkkan dari hospital.Allhamdulilah,penyakitnya tak berapa
teruk.Cuma Aku & Family yg lain kena usaha utk memulihkan balik kesihatan Opah
aku kepada sediakala.



Note : Opah,jgn risau tua,kami akan bantu Opah utk sihat seperti biasa.Macam dulu2
balik.Yg penting Opah ada semangat utk sihat kembali :D

Monday, July 21, 2008

Jadi Penjaga Baby

Tinggal beberapa minit saja lagi nak keangka 5 ptg.Tambahan pulak hari nie aku puasa
dibulan rejab.Tiba2 aku dapat panggilan yg nombornya aku tak save dalam phone.
Rupa2nya Mak kepada anak sicomel nie.Pesanannya ialah :

Mak sicomel : Along,nanti tolong ambik Haziq ye.Mak cik nak pergi hospital.

Aku : Ha...yelah.

So,kerja utk menjaga baby sudah menanti.Nak buat macamana,kenalah terima.Bukan
anak org lain pun,anak sepupu sendiri.Sambil2 tu bolehlah praktikkan mana2 yg
perlu...cewah.....

Nasib baik Haziq tak menangis tinggal dgn Mak Long,kalau tak....pening
Nak jadi budak baikkan...Sayang Anak Mak Long

Sunday, July 20, 2008

Minum Petang


Menu Minum Petang dihari Minggu :
Roti Jala & Serawa Durian

Tiba2 terasa nak makan serawa cecah dgn Roti Jala.Umphhhhhh.....Marvelous.Memang
best gitu.Alang2 dah ada durian,apa lagi buatlah.Senang je.....Puas hati bila dah dapat
apa yg ingin dimakan.

Inilah Orgnya......

Sorry ye,gambar lama.Sekurang2nya dah tau sapa orgnya :D
MY EX-BOS (MR.CHOO)

Ibarat mimpi yg jadi kenyataan pulak.Sebelum nie aku tak pernah terfikir pun nak keluar
berdua.Selalunya aku akan keluar pun secara beramai2.Berangan tu pernahlah......Tapi
hari tu mmg,aku tak percaya langsung.Bukan tak suka keluar berdua,tapi takut tak tau
nak cerita apa.Lagipun aku baru nak mengenali dia dgn lebih rapat.Jgn salah tafsir,
I mean utk lebih erat sebagai seorang kawan.Dia pun anggap aku tak lebih dari seorang
kawan.Hari tu adalah hari sejarah bagi aku.Memang rasa macam mimpi.


Hadiah yg berbentuk "Hati"

Nielah hadiah yg sempat aku belikan.Sebuah hadiah yg tak seberapa dari aku.Sebenarnya
sebelum nak beli pun hati aku berdolak-dalik.Nak beli ataupun tidak.Tu sebab aku snap
gambar pun lebih kurang je.Tapi yg penting,dia akan ingat pemberian aku sampai bila2.
Terutama sekali bila dia terpandangkan bantal yg berbentuk hati nie,gerenti dia ingat aku :D





Note : Dah lama tak jumpa,so nielah peluang nak bersua.Thanks Choo cuz you belanja
I minum,but I still ada hutang ngan you.Nanti ada masa I bayar hutang tu.

Saturday, July 19, 2008

Jumpa Member Lama

Serious semacam.Al-maklum masing2 dah berat perut.Nak bergambar pun ala2
paksa gitu.......

Ade yg pose macho & ada pulak yg malu nak tayang muka.Mamat yg pakai
baju gelap

Mamat nie bila time ambik gambar asyik dia aje yg pose lebih.

Bila dah berjumpa,mcm2 gelagat yg ada.Nie muka yg kekenyangan

Bila dah berkumpul ramai-ramai seronok gak.Macam2 gelagat.Bukan senang nak dapat
kumpul semula.Yelah ada diantara kawan2 yg dah tinggalkan aku kerana mereka men-
dapat kerja yg lebih bagus.So pertemuan nie dibuat di SUNWAY PIRAMID,SUBANG.
Selepas waktu kerja terus gi.Masing2 pun perut dah kebulur.Yg tension pulak nak cari
parking.Hampir2 setengah jam.Aku & kawan2 makan di CHICKEN HATZ.Semua makanan
yg berasaskan lauk Ayam.Best jugaklah.Memang menjaddi satu kenangan yg paling indah.
Lepak2 hampir pukul 6 ptg.Bukan selalu dapat peluang macam nie.Thanks Kawan2 kerana
dapat meluangkan masa utk kita berjumpa.




Happy B'day Mr.Choo


Song 4 You :-
Happy Birthday to You
Happy Birthday to You
Happy Birthday to MR.CHOO
Happy Birthday to You......

From me for You MR.CHOO
I always miss you & I hope you still remember me alwalys
D.O.B : 19 hb July 1972

Friday, July 18, 2008

Happy...Happy & Happy

Macamana nak cakap ye.....
Dari pagi tadi aku rasa berdebar satu macam hinggalah ke petang.Selagi aku tak msg kat
dia,selagi tu aku berdebor2.Sekali tgk jam dah pukul 4.05 ptg.Gelebah aku cari phone.
Haaaa..lega bila dah hantar msg.

Aku : Hai,......How are you?Sebenarnya I nak jumpa you hari nie selepas pukul 5 ptg kat
depan kilang you.I have something for you.Boleh?

Lama gak lah aku tunggu jawapan dari dia.Mula lah aku berdebar balik.Mcm2 perasaan
yg timbul nie.Tak tau nak luahkan....

..... : 6 is it ok

Yahooo,dia balas msg aku.Bila baca jawapan yg positif.

Aku : Ok

So,aku pun hantar adik aku balik dulu & aku tumpang rumah kawan aku sehinggalah pada
waktu yg dijanjikan.Dalam pada masa tu aku dpt msg.

..... : I come & pick up U up & we go for drink.

Alamak!!!! dah lain jadinya.Aku tak ready lagi nak minum berdua.Mengeletar satu badan
aku dibuatnya.Selalunya aku keluar ramai2.Nak tolak pun rasa rugi.Benda nie bukan selalu
datang.AKu ambik keputusan utk teruskan aja perlawaan nie.

Aku : So I nak tunggu kat mana?

..... : Felio

Lama jugak aku tunggu kat felio.Rasa mengeletar masih ada lagi.Ingatkan nak ambik aku depan
kilang,rupanya2 dia park kat kilang sebelah.Penat aku nak menapak.Tapi yg bestnya,cam tak
caya aku dalam kereta dia gitu.So aku pun bagi " PRESENT " yg aku cari semalam.Tu
sebenarnya niat aku nak jumpa dia.And then dia ajak aku gi minum.Aku ajak dia minum kat
kedai mamak aja.Sambil minum sambil sembang.Berdiam lebih bnyk dari bercakap.Biasalah
first time keluar berdua.Lama jugak aku kat kedai mamak tu.Balik pun dalam kul 7 mlm.
Dalam kereta pun dia sambung sembang.Nak tau sembang apa,biarlah aku sorang saja yg
tahu.



Note : Nielah pengalaman yg takkan aku lupakan.Memang indah & tiada yg lebih indah dari tali
persahabatan yg baru terjalin.So nak tau siapa & Present apa kena tunggu next N3 ok :D

Thursday, July 17, 2008

Present For ??????

Mana nak pergi nie????
Sebenarnya nak cari barang utk diberi seseorang.Tapi apa bendanya yg nk dibeli?
Peninglah.......Dahlah pergi sorang-sorang.Mula2 gi GIANT SEKSYEN 13 masuk kedai
MEMORY LANE.Cari jugak apa barang yg sesuai utk dibeli.Ingat nak ambik teddy bear,
tapi takde stock Begang pulak aku.Mulalah fed-up.Alih2 aku gi pulak SACC MALL buat
kali kedua.Cari kedai yg sama.Tanya benda yg sama pun takde stock.So aku berkenan
ngan satu barang nie.Tak payah nak fikir2 panjang aku pun gi kaunter & bayar.Aku rasa
berpuas hati dengan apa yg aku miliki.Tak sabar rasanya nak bagi.........




Note : Nak tau barang apa,so kena tunggu next N3 ok :D

Wednesday, July 16, 2008

Yummy2 Nando's

So,dibawah nie makanan yg aku & d'geng order.Setiap pesanan yg berlainan.Nak cerita
apa yg aku & d'geng order pun tak tau nak tulis.Main tunjuk je masa order huhuhuhu.
Oklah dari situ aku dapat pengalaman.So Layanzzzzzzzzz..........

Nielah aktiviti aku & d'geng.hehehehe kalau bab2 makan nielah groupnya.Seronok gak
buat aktiviti makan setiap bulan (masih dlm perancangan lagi).Tak kiralah western food
ke,makanan melayu ke & whatever lah yg penting aktiviti nie kena jalan setiap bulan.
Bukannya apa,dah penat2 kerja so kita melantaklah apa yg perut kehendaki.Kali nie
punya resipi dikedai NANDO'S bertempat DI SACC MALL,SHAH ALAM.Balik kerja
terus tuju kesana & yg kelakarnya masa nak order tu,ya Allah...kelam kelibut.Mesti
pening pelayan tu nak ambik order.Sorry ye lah adik.First time nak order........

Tuesday, July 15, 2008

Yan Buat Pecal

Akhirnya,jadi gak PECAL aku.Berpeluh aku nak buatnya.Tapi bila dah jadi & siap aku rasa
berpuas hati.Sbbnya aku buat sendiri.So aku nak makan sepuas hati :D


Apa mimpi nie Yan??????
Tetiba je aku ada hati nak buat PECAL.Mana taknya kawan2 office cerita pasal makan
pecal,cam sedap je bunyinya.Aku pun Excited nak buat.Balik kerja terus gi kedai beli
bahan2 yg diperlukan.Memang lawak giler nie......Seronok gak sekali-sekala buat kerja
masak-masak nie.Al-maklum aku nie jarang nak memasak.Kelam kabut gak aku nak
masak nie.Nasib baik resipi nie sonang bai tu......Nak tau jadi atau tak,silalah rujuk
gambar diatas...

Sunday, July 13, 2008

Berkelah diDesa Water Park

Apa org kata setiap yg mula pasti ada akhirnya,begitu jugak ngan aku sudah tiba
masa utk kami bersiap2 pulang memandangkan hari pun sudah hujan .
Bila dah penat,masa nielah nak bergambor.Yg seronoknya ialah budak2.Jadi yg bawak
keluarga best lah.Aku pinjam jap anak Ayu utk main.Bagi can kat Ayu & Suami utk
bercandar di DESA WATER PARK.

Hai... gambar tiket utk masuk pun nak upload.Biasalah dah jadi satu
tradisi hehehehe.So sesiapa nak gi bolehlah rujuk pada harga yg
terdapat diatas.

Nielah Pintu masuk ke DESA WATER PARK,KL.Cam tak caya sampai
gak aku kat sini :D

Gambar yg sempat disnap,memandangkan tempat letak barang dekat ngan pintu
keluar - masuk.


Seronok bila dapat berkumpul & berkelah bersama kawan2 office.Sebenarnya dah lama
plan nak gi Desa Water Park,So termakbulah sudah.....Bertolak dari Shah Alam dalam pukul
9.30 pagi sampai disana pukul 10.40 pagi.Jalan nak ke Kuala Lumpur jam sekejap, cuz polis
buat sekatan.Oklah tempatnya,utk kanak2 selamatlah bermain tapi ibubapa sentiasa kena
beri perhatian jugak,dimana2 ada bahaya ibarat pepatah melayu mengatakan :

"MALANG TIDAK BERBAU"

Saturday, July 12, 2008

Lepak kat Tasik Shah Alam

Nielah gambar yg sempat disnap.Bangunan yg berwarna kuning & merah tu bangunan Plaza Alam
Sentral.Satu lagi tu bangunan hotel Quality.
Note : Sorry ye dik ,Akak dah "terdelete" gambar adik,So tak dpt nak letak dlm blog :(

Balik kerja aku nak jumpa seseorang (bukan lelaki) dia adalah Adik angkat aku.Dia nak ajak
jumpa & borak2 kosong.Lagipun tak plan nak jumpa.So tempat yg paling best nak borak
ialah Taman Tasik Shah Alam.Dalam tak sedar, borak punya borak jam dah pukul 4 ptg.
Malamnya pulak aku ada jemputan kenduri doa selamat kat Taman Sentosa,Klang.




Wednesday, July 9, 2008

Award From MA (Mama Anis)

Thanks ye Mama Anis,cuz sudi nak bagi Yan award nie.So lepas nie yan akan jadi
pelawat yg setia kat umah Mama Anis & blogger2 yg lain huhuhuhuhu
Terharu dapat Award (cam lagu jamal & mawi gitu)...



Novel Baru : Hanya Dikau

Tajuk Novel : Hanya Dikau
Nama Pengarang : Ebriza Aminnudin
Tarikh Beli : 31.01.2008
Harga : RM 19.90

Lega....saat2 nie yg dinantikan.Tak sabar rasanya nak start balik baca novel.Lama gak
aku tak update cerita pasal novel nie.Al-maklum bnyk benda yg perlu aku settle kan.
So tanpa membuang masa,jom membaca hehehehehe


So aku pun dah habiskan tajuk novel nie.Kisah yg bagus.Dan bertambahlah lagi koleksi
Novel aku.




Tuesday, July 8, 2008

Sindarela - Sin,dar & ela

Aku dah tatau nak update cerita apa.No idea & ilham.Apa kata aku ceritakan drama yg
sedang hangat ditayangkan di TV.Aku rasa ramai gak yg layan cerita nie....So Layannnnnn

Sebelum nie aku jarang lah nak tgk cerita nie.Rasanya cam ntah apa2 je.But bila layan
satu episod ada plak part2 yg romantik,terus jatuh hati ngan cerita nie.Aku dah tak
sabar nak tgk siapa yg akan jadi kekasih Zoela antara Hussien @pun Haidar.Kdg2 part
yg kelakar tu ketawa hampir2 nak pecah perut.Sekurang-kurangnya cerita nie selitkan
adegan romantik,kelakar,penyiasatan dll.So diharap penonton saksikan cerita SINDARELA
nie sampai penghujungnya.

Waktu Siaran : 9 malam ~ 10 malam
Hari : Selasa
Channel : TV3

Monday, July 7, 2008

.....Stock Malam.....


Bila dah jarang makan nasi waktu malam,so benda2 cam nie perlu ada kat dapur.Kalau tak
aku akan kebuluran.Makanan ringan dalam gambar tu adalah sebahagian dari makanan
kegemaran aku,tapi taklah selalu aku mengadap benda nie je.Bila aku perlu saja.(leh caya ke)
Sambil2 layan televisyen atau internet ke benda2 nie mesti ada ngan aku hehehehee
Nielah sebenarnya habit aku & aktiviti aku diwaktu malam.....

Nak Cari Ketenangan

Luahan Hati yg terpendam.....
Sebenarnya aku rindukan suasana kampung yg begitu nyaman,dipenuhi dengan
kehijauan pokok2,bunyi cengkerik & sebagainya.Bertapa aku perlukan suasana tu
sekarang.Kalau lah boleh sekarang aku pergi...Tapi

Bagaimana dgn kerja aku?keluarga aku?
Macam2 aku kena fikirkan.Aku perlukan ketenangan kerana aku rasa aku terlalu rimas
dengan keadaan yg aku hadapi sekarang.


TENSION...FED-UP....BORING.....PENING.....hampir2 nak jadi GILA

Bayangkan kalau aku dah dpt apa yg aku inginkan :
1. Sedang rehat sambil menghayati kejadian semula jadi diatas ciptaan yg maha agung.
2. Rasa setenang-tenangnya tanpa gangguan deruan enjin kenderaan.
3. Dikelilingi dengan kehijauan pokok-pokok kelapa & pokok pisang ngan angin yg dtg
sepoi-sepoi bahasa.
4. Menikmati hidangan lauk-pauk kampung & ulam-ulaman yg hijau
5. Dapat merasa mandi disebuah perigi sambil mencurahkan air yg sejuk dibadan.Bertapa
segarnya badan ketika itu.
6. Tidur malam yg ditemani bunyi-bunyian binatang spt cengkerik & dihiasi dgn binatang
Kelip-Kelip.
7. Terasa segar apabila bangun tidur diwaktu pagi.Nyaman.......
8. Sarapan pagi bersama deruan angin pagi yg asli
9. Yg bestnya dapat menikmati AIR TERJUN yg mengalir tenang, jernih & sejuk
10. Fikiran pun sentiasa tenang hilang segala kekusutan yg melanda.

Saturday, July 5, 2008

Hari Makan

Sebenarnya dapat voucher nie RM10,tapi dah digunakan utk beli sarapan pagi McDonald's.
Kirim kat office mate. So kat tangan aku masih ada lagi balance RM5.

Sambil makan breakfast,Bos pagi pulak roti jala berintikan lauk daging.Mula2 nak jugak rasa
tapi dah kenyang bangat.Sampai balik langsung lupa nak makan.Utk makan tengah hari pulak
aku memang dah plan ngan kawan2 bujang makan kat rumah dia.Boleh tahan gak lah dia
masak.Masuk kali nie aku dah makan 3 kali kat rumah dia.Setiap kali nak buat makan2 aku
akan collect duit sebanyak RM5 utk membeli brg2 yg diperlukan.Nak tau dia masak apa,sila
lihat menu dibawah :-

Menu-menunya :


  1. Nasi Putih
  2. Gulai Lemak Nenas Ikan Masin
  3. Ikan Kembung & Cencaru Bersumbat kelapa
  4. Sambal Belancan
  5. Ulam Timun,Kacang Botol,Kacang Panjang & Petai

Bertambah aku makan.Sampai tak sedar aku berada kat rumah orang.Boleh tahan masakannya.

Note : Terima kasih ye kawan2 sebab menjamu kami makan dengan seleranya :)

Friday, July 4, 2008

Si Putih Dalam Kenangan :(

Sedih :(
Masih terasa sangat pemergian kucing yg sangat disayangi.Tak dapat nak dibayangkan
macamana si Putih menghadapi saat-saat terakhir kematiannya.Aku pun baru dapat tau
dari mak.Kalau aku tak tanya kemana hilangnya si Putih,sampai bila2 pun aku tatau yg si Putih
telah lama pergi :(.Masa mak cerita pasal si Putih aku memang dah tak boleh nak tahan air mata
memang aku tak percaya si Putih telah tiada.Aku tatau punca kematian si Putih.Dari cara mak
cerita Putih kena langgar,tak pasti motor atau kereta.Yang menyedihkan lagi si Putih mati betul2
depan pintu rumah maybe putih nak bagitau @pun nak minta tolong??????????

Mak tak sempat nak buat apa.Mak jumpa pun mayat si Putih dah keras & banyak alat2
berterbangan.Mak pun tanam si Putih tak jauh dari rumah.Kalau ada masa mak akan ziarah
kuburnya.Kadang2 bila duduk kat rumah teringat tempat2 yg pernah si Putih selalu lepak.
Bila teringat mesti air mata mengalir.Mak pernah kata si Putih tak pernah nak menyusahkan
mak.Lagi satu nak jaga si Putih nie senang segala najisnya buang dalam bilik air.Si Putih selalu
jadi jam loceng utk mengejutkan mak waktu pagi.Kalau mak tak bangun haaa siaplah lah
si Putih akan naik atas katil lompat satu badanlah,usik rambutlah dll.Org yg paling rapat
ngan si Putih adalah mak.Sampaikan mak termimpi mimpikan si Putih.Bertapa kami

sayangkan Si Putih...........
KAMI RINDUKAN PUTIH.......


Note : Hari nie genap sudah seminggu pemergian Si Putih :(

Thursday, July 3, 2008

Tiba2 Nak Gi Shopping

Jarum jam nak ke angka 4 ptg.Dalam kepala aku mula nak cari kemana hala tuju after pukul
5 ptg.Aku jumpa adik ajak pergi Plaza Alam Sentral & Tesco.Macam2 aku fikir apa yg aku
nak beli hehehehehe dtg idea yg memang nak mengabiskan duit je.

Sesampai kat Plaza Alam Sentral aku pun masuk kedai Optimo.Tengok apa2 yg boleh aku beli.
Nampaklah seluar,apa lagi ambik dan terus gi test.Bila dah test kena pulak sedap dipakai apa
lagi tak fikir pjg terus ke kaunterlah & bayar.Nampak pulak tudung singgah jap.cari color yg
belum ada.dah jumpa yg sedap mata memandang ambik & bayar.Dah puas jalan kt situ,terus
gi Tesco.Carilah brg2 makan utk stok malam.Aku nie malam2 nak ada stok.Bila tak makan nanti
aku tak boleh nak tidur ngan lena huhuhuhuhu

Wednesday, July 2, 2008

Beli Oven


Tak dirancang pun nak beli oven,tapi mak dah tak bergerak dari tempat oven yg ada kat situ.
So Abah pun kata pada mak :

Abah : Kalau nak ambik ajelah.
Emak pun jadi keliru & serba salah.So alih2 mak minta pendapat aku.

Yan : Mak nak ambik Abah dah offer.Nie time Abah ok atau pun Mak nak servey kat kedai
dulu?
Emak pun kata oklah kita servey kat kedai dulu.

Abah : Nak servey kat kedai mana?Kalau dah berkenan ambik jelah (dalam nada tension nie)
Aku pun naik pening ngan kerenah diorang.

Yan : Mak kita ambik jelah.senang nanti nak minta lain kali bukan senang nak dapat.
Mak : Ok.....

Kalau tadi ambik dah boleh bayar pun.